Assalamualaikum w.b.t
Bila bercerita pasal pasangan hidup kita mesti tertanya-tanya siapa dia.
Apakah dia yang pernah kita kenali, kawan kita, atau kita sebenarnya masih belum menemuinya.
Rumit bukan. Bila memikirkan perkara yang tak pasti.
Lumrah manusia ada sifat ingin tahu dan ingin mencuba. Tapi bukanlah semudah yang disangka kan.
Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Dan juga lihat pada diri kita, sudah cukup sempurna kah..sudah cukupbersediakah..atau sebenarnya jiwa kita masih kosong. Hanya angan-angan yang bersarang di jiwa.
Selalu berpegang pada pesanan ayah, nak cari suami/isteri bukan suatu proses mudah umpama membeli ikan di pasar borong..ada ke diantara kita yang nak membeli ikan yang dah pecah atau rosak..kalau ada pun mungkin mereka membeli untuk diberi pada kucing..itu hakikatnya, tidak termasuk dalam konteks orang yang kurang berkemampuan..itu jadi special cases. Jangan dipertikaikan. Perumpamaan sebegitu la.
Ayah selalu berharap untuk anak-anaknya agar pasangan anak-anaknya adalah refleksi diri kita. Tapi kita merancang Tuhan yang tentukan. Jadikan teruskan usaha dan berdoa..Mudah2an apa yang diimpikan itu menjadi kenyataan.
Apa yang saya pegang dari kata-kata dan pesan ayah adalah AGAMA!!
Biar dia bukan dari golongan yang berada, pangkat tinggi, punya pekerjaan yang hebat, berpelajaran tinggi, hidupnya penuh dengan kemewahan tapi yang paling utama adalah agama. Tanpa agama tiada guna segala harta yang dia ada. Biarlah dia bukan seorang ustaz/ustazah tapi dia boleh membimbing dan mengingatkan kita pada agama.
Andai tiang untuk meluruskan yang bengkok itu goyah..maka kebarangkalian untuk runtuh itu ada. Tapi sekarang sang suami yang soleh itu sukar dicari. Tak tahu ada di mana kerana terlalu ramai yang hanya hidup bermuka-muka. Bukan mengata tapi kenyataan kehidupan sekarang. Manusia sanggup lakukan apa saja demi kelangsungan, tidak kira lah walau dengan cara kotor. Naudzubillah.
Jika kita mengimpikan apa yang kita impikan sekarang jadi kenyataan. Maka kita haruslah berusaha untuk memperbaiki diri kita untuk membetulkan apa yang kurang dan yang salah. Kerana pasangan yang baik itu datang dari refleksi diri kita. Jika kita sentiasa berusaha untuk mengubah dan memperbaiki keadaan diri kita. Maka dengan itu, InshaAllah dia juga akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya.
Percayalah dan yakinlah bahawa "Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, dan juga sebaliknya" Walau siapapun dia, walau apa pun yang dia lakukan..apa yang paling penting adalah AGAMA!! Kunci utama menuju rumahtangga bahagia. Amin.
Semoga ada jodoh yang baik-baik untuk kita di luar sana.
Bagi yang masih belum ditemukan jodohnya, teruskan usaha anda, doa anda mohon pada-Nya sentiasa.
Bagi yang telah punya keluarga sendiri, sentiasa lah terapkan dan disiplin diri dan keluarga dengan kasih sayang,perhatian dan bimbingan agama yang cukup. Mudah2an sentiasa bahagia di dunia dan diakhirat. Amin. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment