Ya Allah, kenapalah semua ini muncul kembali sedang aku mencari kekuatan untuk terus bangkit dari kesilapan lalu. Bukan ku pinta ia terjadi kepadaku..tapi mungki ada hikmah semua ini terjadi padaku..Mungkin kerana aku khilaf dan lalai dengan-Mu Ya Allah..Kifarah segala dosa2 ku ini,kau berikan aku dugaan untuk menyedarkan tentang siapa diriku.
Kadang-kadang aku buntu memikirkan, di mana aku harus bersembunyi dari bertemu dengan insan itu..aku semakin tidak selesa dengan kehidupanku..seringkali tidak tenang sewaktu keluar ke mana-mana takut-takut terserempak di mana..Umpama mimpi ngeri. Bukan tidak sudi tapi aku hanya mahu mengelak fitnah atau khabar angin dari tersebar kerana aku tidak mahu mengganggi kebahagiaan orang lain. Kerana perbuatan dan cara layanannya padaku itu membuatku semakin tidak senang hati dek kerana ia mampu menimbulkan tanda tanya dan fitnah orang. Maaf aku bukan perampas..Namun seandainya ada jodoh biarlah segala Allah yang tentukan. Perbuatannya telah membuat aku serba salah bukannya membuatku bahagia. Memang tidak dinafikan layanannya baik dan menggetarkan jiwa seorang wanita. Tetapi aku sedar dan menyedari diriku, tidak setanding dengannya yang jauh lebih baik.
Ya Allah aku hanya menantikan apa yang akan terjadi selepas ini, segala perbuatannya yang mencurigakan itu biarlah aku sahaja yang tahu..mungkin ada rahsia di sebalik semua ini. Semoga segalanya terlerai juga akhirnya. Dan aku berharap agar aku dapat menjaga hatiku sebaik mungkin daripada di sakiti lagi. Sungguh seandainya hati ini disakiti lagi, aku tak tahu apa yang akan terjadi pada diriku ini..Semoga aku punya kekuatan dalam diri untuk terus berjuang hingga berjaya..
Semoga segala persoalan yang sedang bermain difikiran ini terlerai juga satu persatu, biarlah saat ini aku hanya menunggu dan terus menunggu tanpa sebarang kepastian. Semoga segala yang terjadi ini ada hikmah disebalik kejadiannya. Sesungguhnya di hati kecilku ini sangat bahagia namun tidak dapat ku sembunyikan perasaan tidak tenteramku ini. Aku harus bertahan untuk terus berjuang, biarlah terpaksa berlagak seperti tidak mengetahui apa-apa. Kerana aku inginkan kepastian atas segala yang terjadi ini. Moga terlerailah satu masalah yang masih terikat ini. Amin
No comments:
Post a Comment