Apa Khabar Sahabat-Sahabat semua???
Setelah hampir 5 bulan meninggalkan status sebagai PELAJAR.. Begitu jugalah sepinya Laman ini bersawang tanpa khabar berita..disebabkan kekangan masa yang mencemburui diri ini..Bukan apa, selesai tamat peperiksaan akhir terus pulang ke kampung halaman..baru beberapa hari menjadi 'suri rumah', tak berkesempatan untuk "menanam anggur"..saya sudah menerima tawaran bekerja..walaupun bukan bekerja dengan syarikat terkenal dan terkemuka tapi cukuplah untukku mencari sumber rezeki yang halal disamping mencari ruang dan peluang untuk menimba pengalaman serta menambah ilmu di dada sebelum melangkahkan kaki menuju ke gerbang impian yang bakal menjadi kenyataan InsyaAllah..
Alhamdulillah rezeki sentiasa ada,hampir 4 bulan bekerja di SITI AMANAH FOOD INDUSTRIES SDN. BHD., walau di sini adalah kedai yang menjual makanan ringan dan kerepek buatan orang kampung atau IKS..ia cukup memberikanku sesuatu yang baru untuk diterokai..melayan karenah para pelanggan yang berbagai-bagai ragam, hanya kesabaran yang menjadi teras utama..Alhamdulillah segala berjalan lancar..walau mungkin ada yang tidak sempurna tapi ku teruskan jua..Biasalah adat manusia, tak pernah nak cukup dengan apa yang mereka ada.
Kadang-kadang terasa rindu waktu belajar dulu..pasti kita terfikir.. "kalaulah aku boleh putarkan dan kembalikan masa,nak sangat kembali ke waktu itu". Tapi perjalanan kehidupan kita masih panjang..selagi Allah masih berikan peluang untuk bernafas, selagi itulah kita perlu meneruskan perjuangan sebagai khalifah di Bumi Allah yang Maha agung ini..Banyak sangat kenangan yang ditinggalkan sewaktu menimba ilmu di KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI,SELANGOR..kawan-kawan yang tersayang, yang istimewa semua ada, banyak sangat..tak dilupakan juga pengalaman..belajar berdikari sendiri bila jauh dari mak dan ayah..balik sekali sekala seronok sangat..Ingat lagi masa mula nak pergi belajar jauh..Rasa sedih bila tinggalkan mak ayah dan kampung halaman..rasa tak nak pergi..tapi dah lama2 makin seronok pula..bila dah habis belajar dan nak tinggalkan tempat kita menimba ilmu terasa berat pula..itulah orang kata "tak kenal maka tak cinta"..
Sekarang ini kalau boleh nak merantau jauh-jauh..cari pengalaman lebih luas..sebab dah rasa bagaimana hidup sendiri dan berdikari..tanpa ibu ayah disisi..itulah caranya kita belajar mengenal erti kehidupan..takkan selamanya kita perlu bergantung hidup dengan ibu ayah..perlu difikir-fikirkan juga, andai satu hari nanti ibu dan ayah kita tiada lagi..dengan siapa kita ingin bergantung hidup andai tidak belajar mengurus diri sendiri seawal mungkin..Tiada siapa yang inginkan ibu ayah mereka pergi dulu..tapi kita perlu memikirkan sesuatu yang positif iaitu setiap manusia yang hidup pasti akan pergi buat selamanya, termasuklah diri kita..hanya kita yang tak tahu bilakah waktunya akan tiba..
Alhamdulillah, keputusan peperiksaan untuk semester akhir telahpun ku ketahui..Apa yang ku harapkan menjadi kenyataan..Niat sedari awal semester untuk dapat ANUGERAH DEKAN untuk sekali lagi..setelah yang pertama sewaktu di semester 4..Doa dan usahaku Allah makbulkan..Bersyukur dengan GPA 3.67,walau tidak sehebat yang sebelumnya tapi cukuplah ia mencapai apa yang ku harapkan..Alhamdulillah..
Setelah menunggu hampir 4 bulan lamanya, menanti dengan penuh debaran bilakah keputusan permohonan ke IJAZAH SARJANA MUDA diumumkan..Alhamdulillah aku diterima masuk ke IPTA semula dalam bidang SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (PERNIAGAAN ANTARABANGSA) di UiTM KAMPUS BANDAR MELAKA.. 5hb March ini status ku bakal bertukar menjadi PELAJAR semula..
Tak sabar menunggu namun dalam hati ada debaran yang menanti..selalu terfikir di fikiran.."senang ke belajar nanti??" "sama ke macam diploma dulu??" macam-macamlah yang bermain difikiran..Hanya menunggu dan terus menunggu.. Allahu Akbar..mudah-mudahan kau berikan aku kekuatan, kesabaran, semangat dan ketabahan dalam menempuhi hari-hari yang mendatang..Amin..
Beberapa hari yang lepas bersyukur yang tak terhingga setelah dapat bertemu kembali dengan sahabat-sahabat di kolej setelah beberapa bulan terpisah..Kami bersatu kembali di Bangi atas urusan yang perlu diselesaikan di kolej sebelum memulakan sesi pembelajaran yang baru.. masa yang ada kami gunakan sebaik-baiknya untuk bersama-sama sahabat tersayang..Dan terima kasih juga pada sahabat-sahabat yang mengingati hari lahir ku pada 21 februari lepas.. Alhamdulillah sudah berusia 22 tahun sekarang..cepat masa berlalu..tapi masih lagi ku dengar kata-kata ini.. "Adik, baru lepas SPM ke??" walau sudah berusia awal 20an tapi masih ada yang menegur begitu..mungkin kerana diriku ini kecil dan tak besar-besar dari dulu sampai sekarang..tak mengapa yang penting dengan kurniaan Allah..Alhamdulillah..
Terima Kasih buat Sahabat yang Dikasihi terutamanya :
Siti , Suzy & Niesah yang sanggup menghabiskan masa bersama-sama..walau hanya seketika.. Tak lupa buat kekasih hati Siti, Mus yang sanggup datang jauh-jauh dari Gombak semata-mata nak luangkan masa dengan kami..
Buat Asmira (toiletmate masa kat hostel dulu) & Vivie (housemate masa dok rumah sewa dulu) terima kasih sebab layan kami best2..sewaktu kami berkunjung ke rumah kalian..
Terima Kasih juga buat kak Zimah , Iena , Sab , & kak Mas sebab bagi kami tumpang rumah korang beberapa hari..Thanks a lot..
Tak lupa juga buat Sahabatku,,En. Amy ..sebab sudi teman saya dan suzy makan malam haritu..bersama temannya En. Rull ..terima kasih banyak-banyak sudi layan kami berdua walaupun kami rasa malu dengan kamu..Biarpun persahabatan saya dan amy masih muda..tapi itulah namanya sahabat..Alhamdulillah.. Perhargaan yang tak terhingga hingga tak terkata.. Biarlah ia menjadi antara aku dan DIA tentang hubungan ini.. Moga aku tenang mencari redha-Nya..Amin
Mohon Sahabat-sahabat pembaca doakan kejayaan saya..moga terus istiqamah dalam kehidupan..InsyaAllah
*Entry seterusnya harap bersabar ye sahabat-sahabat..InsyaAllah laman ini takkan sepi lagi..
Ya Allah kenapakah aku harus merinduinya..
sedangkan aku tahu yang belum menjadi milikku lagi..
Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini..
Amin..
Semoga persahabatan ini kekal selamanya..
Saya bahagia ada kawan macam awak..!!
Saya bahagia ada kawan macam awak..!!
No comments:
Post a Comment