tapi bila dah besar..suka sangat bercerita bila nak kahwin..
Memang impian semua orang untuk punya pasangan dan keluarga yang bahagia.. Namun ia tak semudah yang disangkakan..banyak perjalanan yang perlu dilalui sebelum menemui sebuah kepastian.. Kehidupan ini terlalu banyak persoalan.. Banyak perkara yang kita sendiri tak pasti.. Yang penting bagi kita sebagai hamba-Nya adalah terus berusaha dan berdoa agar apa yang diimpikan menjadi kenyataan.
Pada usia yang menjangkau 21 tahun ini, banyak yang perlu difikirkan.. itulah orang selalu cakap "Makin meningkat usia kita, makin banyak halangan dan rintangan yang perlu kita lalui, bermacam-macam masalah bakal kita tempuhi"
Semua orang inginkan kebahagiaan..Ingin rasa disayangi dan dicintai.. Sebenarnya memang kita dah disayangi dan dikasihi sejak kecil oleh ibu bapa..itu yang paling utama.. Kita juga perlulah memikirkan kebahagiaan diri sendiri.. kebahgiaan yang membawa kebahagiaan buat ibu ayah juga..ibu ayah mana yang tak suka melihat anak2nya bahagia.. tak ada kan??
Sekarang ini saya selalu dengar cerita dan khabar gembira yang diterima.. mendirikan baitul muslim impian.. Tumpang gembira dengan berita itu.. sampai kadang-kadang terfikir "Bilakah akan tiba saatnya untukku pula??" persoalan yang tiada jawapan..diri sendiri tak mampu menjawabnya apatah lagi orang lain.. Jodoh itu rahsia Tuhan.. Tiada siapa tahu dan tiada siapa dapat menduga..Milik siapakah hati ini.. Itu yang pernah terjadi dikalangan masyarakat kita.. Berkasih dengan orang lain, bertunang dengan orang lain..tiba-tiba bernikah dengan orang lain pula.. Aturan Allah kan tiada siapa menduga..
Setakat ini saya dah dapat 2 undangan walimah dari 2 orang kakak usrah saya.. Pertama dari kak Leen..pada bulan November tak lama lagi di Johor Bahru.. InsyaAllah jika tiada masalah dan halangan sampailah saya di sana..beliau adalah kakak usrah saya sebelum ditukarkan kepada kak Yanti..atas sebab beliau pulang ke kampung halamannya setelah tamat pengajian di UKM.. dan seterusnya dari kak Yanti yang merupakan kakak usrah saya sekarang ini..InsyaAllah pada awal tahun hadapan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan..Usrah dibawah pimpinan IKRAM.. (Lepas ini jika dapat sambung Ijazah, saya kena satu je..Antara ISMA dan IKRAM..susahnya membuat pilihan)
Yang menariknya yang ingin saya ceritakan adalah tentang kakak usrah saya, kak Yanti..CInta Selepas Nikah.. sebab beliau tak pernah tak pernah berbual dengan bakal suaminya.. tapi pernah lah bersua muka.. Kami semua tercengang tatkala mendengar ceritanya..dan saya pun terfikir kalau suatu hari..tiba-tiba ada seseorang yang datang bertemu dengan kedua ibubapa saya dan mengatakan hasratnya untuk meminang saya sebagai suri hidupnya.. Agak-agak apa yang saya rasa kan?? tak dapat dibayangkan..
Namun andai benarlah si dia benar-benar jodoh buat kita..apa jua yang terjadi kita tetap akan jadi milik si dia juga.. dan secara tak langsung Allah akan menyuburkan didalam hati-hati antara kita dengan kasih dan sayang.. tersangat indah kan kawan-kawan??
bak kata-kata kakak usrah saya.. Jangan risau dan jangan gelisah kerana saat dan ketikanya akan tiba juga nanti..yang penting doa dan usaha..InsyaAllah ada kejayaan buat kita..
Satu lagi yang menarik adalah kahwin muda.. Biasa kita dengar kan sekarang ini.. begitu juga dengan kakak usrah saya seorang lagi..usrah dengan ISMA..kak Hasni namanya..beliau berkahwin sewaktu usianya baru menjangkau 20 tahun..sebaya dengan suaminya..dan masih menuntut dalam tahun ketiga bidang kejuruteraan di Australia.. Beliau pernah bercerita yang sepanjang pengajiannya di sana selepas berkahwin..hanya bertemu dengan suaminya sebanyak 3 kali dalam setahun..walaupun mereka belajar di negara yang sama namun jarang bertemu.. Tetapi kepayahan itu dapat diharungi bersama walau apa jua cabaran.. teruja mendengar cerita darinya.. sekarang ini kak Hasni dah dikurniakan 2 orang cahay mata..seorang puteri dan seorang putera yang comel.. Alhamdulillah semoga bahagia hingga ke Syurga..Amin..
Bila bercerita tentang orang lain..terfikir juga, agak-agak bilakah nak bercerita kisah sendiri.. hmmm InsyaAllah pasti akan tiba waktunya.. doa-doakanlah ye kawan-kawan.. Mungkin jodoh itu dekat hanya sampainya kepada kita lewat sedikit.. atau mungkin juga jodoh itu ada didepan mata kita.. hanya Allah yang belum membuka laluan itu buat kita.. Menanti sebarang kemungkinan.. Allah Maha Penyayang..
HANNAN NOTE:
ingin mulakan sesuatu yang baru..
think positve for the past incident..
*kewujudanku tak pernah disedari*
tak mengapalah..
No comments:
Post a Comment