Cinta ada berbagai-bagai..Cinta kepada Allah, Rasul, Ibubapa, Kawan-kawan, sesama makhluk, dan macam-macam lagi..
Tapi sekarang saya ingin berkongsi mengenai Cinta Sesama Insan..
Lumrah kehidupan, manusia yang hidup di dunia ini terasa ingin dikasihi dan disayangi sesama mereka terutamanya yang berlainan jantina iaitu antara lelaki dan wanita.. Tiada siapa yang tak ingin rasa disyangi dan dikasihi.. hanya kadang-kadang ada insan yang kurang bernasib baik..Ada juga yang amat bertuah kerana memperolehi apa yang dicita-citakan..
Cinta membawa banyak maksud..ada cinta yang membahagiakan, ada cinta yang membawa derita dan ada juga derita yang melalaikan.. Jika cinta itu tidak dikawal sebaik mungkin kita umpama sedang hanyut di dunia kita sendiri dengan permainan kita sendiri..dan mungkin kita juga tak perasan apa yang kita lakukan itu menjelekkan pandangan orang lain.. Tapi diri sendiri merasakan itulah saat yang paling membahagiakan.. umpama pepatah "ikutkan rasa binasa, ikutkan hati mati"
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
"Cinta itu bukan pilihan..
"Cinta itu ikhlas dari hati..
"Jika tepat pada masa..ketika..keadaan..dan siapa..
"Cinta itu adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingan....
"Cinta itu ikhlas dari hati..
"Jika tepat pada masa..ketika..keadaan..dan siapa..
"Cinta itu adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingan....
Jangan risau jika cinta itu masih belum datang kepadamu.. atau kamu sedih kerana sering dikecewakan.. itu bermakna Allah sedang mengujimu..menguji sekuat mana kamu mampu menempuhi dugaan itu.. dan ada hikmahnya kenapa Allah menemukan dengan orang yang salah..kerana ingin kamu sentiasa kuat dan tabah menghadapi masa hadapan yang mencabar.. Jika kamu terus diuji dan terus diuji sehingga kamu berasa tak mampu lagi menanggung bebanan itu..tandanya Allah sentiasa menyayangimu..Dia tidak ingin melihat dirimu terus hanyut dan hanyut dengan panahan cinta itu..Allah ingin menyedarkan kamu sebelum masa depan kita hancur musnah andai terus mengikut hawa nafsumu.. percayalah!! Allah menemukan kita dengan orang yang salah itu ada hikmahnya..InsyaAllah jika kita terus bermuhasabah dengan ujian yang Allah berikan pada kita dan kita terus bersabar.. InsyaAllah ada kebahagiaan sejati buatmu..kerana Hadiah disebalik pengorbanan itu adalah kebahagiaan.. Mungkin Allah ingin memberikan yang terbaik buatmu..
3 Jenis Jodoh :
(Petikan dari Filem Syurga Cinta)
Atuk: Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah.
Yang keduanya, jodoh dari Jin.Kamu berdua berkenalan.Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu.Dan kamu berdua menikah.
Dan yang ketiganya,jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu.Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.
(Petikan dari Filem Syurga Cinta)
Atuk: Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah.
Yang keduanya, jodoh dari Jin.Kamu berdua berkenalan.Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu.Dan kamu berdua menikah.
Dan yang ketiganya,jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu.Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.
Bak kata orang..Cinta itu boleh membutaka dan melalaikan.. Sebaik-baiknya hargailah cinta itu dengan sebaiknya..dan salurkan rasa cinta itu sejujurnya.. Jangan sesekali mempermainkan cinta yang kita perolehi kerana cinta itu mampu membinasakan.. Mudah-mudahan kita sentiasa sedar akan perbuatan kita.. Jangan ikutkan hati dan perasaan..
p/s: Terasa sedih hati dan kecewa dengan sikap seseorang sekarang ini, yang semakin jauh berbeza dari yang dulu sejak punya sesuatu yang istimewa..semakin lalai dan lupa akan tugas dan tanggungjawab sebenar yang selalu dicanang dan disanjung selama..tapi kelihatannya semakin suram sekarang ini..yang semakin banyak adalah sesuatu yang melalaikan dan kadangkala rasa tak percaya..Allahu Akbar terasa telah pergi jauh dari apa yang sepatutnya..Hebat betul penangan dan panahan itu.. bukan cemburu tapi tak sanggup melihat ia seperti kapal yang tiada nakhoda dan anak kapal.. semakin kosong jiwanya kurasakan..ingin saja saat ini ku katakan padanya..tapi apakan daya diri ini bukan sesiapa..bukan orang berilmu orang menasihatkan orang yang lebih berilmu itu..Ya Allah mudah-mudahan ada kesedaran buatnya.. Aku sayang padanya kerana Allah..kerana Dia yang menemukan aku dengannya..aku tak ingin melihatnya terus leka dengan tipuan nafsu itu..Apakah yang mampu aku lakukan?? Berdoa dan memohon pada Allah agar sentiasa diberi petunjuk ke arah kebaikan..Amin..
Hannan Bisikan Hati::
xnak mengharap pada yang tak sudi..
biarlah ia bahagia..
mudah2an ada kebahagiaan buat kita nanti..
Allah Maha Penyayang..
No comments:
Post a Comment