Blogger Layouts

Monday, September 12, 2011

Antara Keluarga dan Cita-cita..Perlukan Pengorbanan..

Antara keluarga dan cita-cita..kedua-duanya sama penting.. Dua-dua saya sayang.. Cuma buat masa sekarang saya perlu berkorban sedikit masa bersama keluarga demi cita-cita.. Tak ada siapa pun yang lupa mak ayahnya bila berjauhan dan hidup terasing diperantauan tanpa ibu bapa disisi..terasa sunyi dan kosong sangat dunia bila berjauhan.. Rindu selalu bertandang tak dapat diungkap perasaan itu..Hanya Allah yang tahu betapa saya rindukan mereka..
 Ibu Ayah Kaulah Permataku
Permata Ayah Bonda
Doakanku Menjadi Anak yang Solehah..
Amin
Jika rumah saya dekat dengan kampus, hari-hari saya nak balik rumah..senang cerita ulang-alik je dari rumah ke kelas..tapi apakan daya dah pilihan sendiri nak belajar berdikari..kenalah belajar hidup sendiri.. Bila dah berjauhan kenalah berkorban juga untuk tak selalu balik rumah..kadang-kadang sampai ada satu semester tue balik 2 kali je..masa mid-term dan study week..memang terbaik.

Tapi saya beruntung sebab mak dan ayah tak memaksa dan bertanya bertubi-tubi..soalan "Bila nak balik rumah?" Kadang-kadang terfikir dan terasa juga kenapa mak tak tanya..tapi saya tahu mak dan ayah nak yang terbaik dari saya..mereka nak saya berjaya.. Mak selalu cakap belajar betul-betul, jangan ingat nak main je..Jangan asyik nak balik rumah je..pentingkan pelajaran dulu..

Tak sangka dah hampir 3 tahun saya tinggal berjauhan dengan keluarga..Alhamdulillah, minggu peperiksaan semakin hampir..sekarang dah semester akhir..InsyaAllah lepas nie akan bertapa di rumah buat beberapa ketika sebelum meneruskan perjuangan ditempat baru.. Mudah-mudahan dapat sambung belajar lagi..Amin..

Saya sayang mak ayah saya, dalam masa yang saya juga perlukan cita-cita untuk digapai.. tak mak ayah yang nak tengok anak-anak mereka gagal dalam hidup..itulah sebabnya mereka nak kita belajar bersungguh.. Tak ada sebab untuk kita selalu ikutkan perasaan untuk selalu balik rumah..lagi-lagi jika dalam keadaan kerja dan assignment yang bertimbun banyaknya..kalaulah ibu dan ayah tahu kita balik rumah tapi segala kerja masih tak selesai..memang dapat kena marah percuma tanpa cukai..

Keluarga sama pentingnya juga dengan cita-cita sekarang..tapi sebaik-baiknya sesuaikanlah dengan masa dan rancangan..rancang masa dengan berkesan itu penting untuk tak menjadi seperti pepatah "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Kadang-kadang kalau saya tak dapat balik atau tak pasti nak balik..saya takkan berjanji dengan mak saya..kecuali bila saya dah set tarikh tue betul-betul dan tiada perubahan..sebab saya taknak buat mak dan ayah tertunggu-tunggu mereka risau selalu..taknak dah buat ibu ayah susah hati lagi..cukuplah mereka sentiasa risau dan susah hati sewaktu nak membesarkan kami adik beradik dengan penuh kasih sayang dengan tulang empat kerat mereka..cukuplah mereka risau dengan perangai anak-anak mereka yang sedang membesar dengan macam-macam perangai..taknak dah susahkan mereka..kalau boleh nak buat mereka tersenyum puas kerana berjaya menjadi tunggak keluarga yang cemerlang.. mungkin dah sampai masanya untuk saya balas jasa mak ayah selama ini..walaupun segala pengorbanan mereka tak mampu saya balas tapi cukuplah saya mampu membahagiakan mereka dengan kejayaan. Amin.. Mudah-mudahan Allah sentiasa meRahmati ibu dan ayah..


Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…….

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa’at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Al-Amin..

KHAS BUAT IBU DAN AYAH
..Layan Jap..



No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers