kadang-kadang kita senang nak maafkan orang yang buat kita terasa hati..tapi hati susah nak menerima kata-kata yang diucapkan itu.. Maaflah saya hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan..bukan kamu seorang saja yang ada perasaan.. sedangkan haiwan kena pukul dia marah kita..lagikan manusia.. Fikir-fikirkanlah..
Ini satu kisah yang mungkin takkan dapat saya lupakan sampai bila-bila..tak pernah saya jumpa orang macam nie sepanjang saya hidup lebih dari 21 tahun..baru nie la saya jumpa..ada juga spesies manusia macam nie.. nampak diam tapi mulut xde insurans langsung.. siat mulut macam the dark knight baru tau..
Tak tahulah kanak-kanak ribena nie datang dari planet mana.. Dah la tak ada adab dengan orang yang lebih tua.. lepas tue cakap ikut suka mulut dia je nak cakap apa.. tak fikir apa yang orang lain rasa.. Sejak dari awal lagi saya memang tak berkenan dengan makhluk nie..tak tahulah kenapa..memang hati punya naluri yang kuat mengatakan "saya memang tak boleh ngam dengan makhluk nie". Makin lama makin hari duduk satu bumbung dengan makhluk nie makin meluat tengok perangainya yang makin menjadi-jadi.. Nak tegur salah tak tegur salah jadi serba salah dah sekarang.. nak tegur nanti dia sindir kita balik, taknak tegur serumah, last2 diam je lah..DIAM LEBIH DARI MENGELUARKAN KATA2 YANG MENYAKITKAN.
Sampailah satu hari, nak dijadikan cerita kami berkongsi peralatan rumah terutamanya dapur.. bila ada share kita pun berhak nak guna kan?? duit kita juga tue.. Tapi tiba2 makhluk bersuara seakan menyindir lah..menyindirlah memang terbaik la sampai kita terbalik. Mula dari hari tue saya dan kawan-kawan saya, kami bertiga je sebenarnya.. ambil keputusan taknak share apa2 lagi dengan makhluk nie.. yang lain ok je..tak kata apa pun..tapi si makhluk nie yang lebih-lebih..huh..
Satu hari makhluk siap tinggi suara lagi.."hoi..Hoi pula tue" mana tak panas..tak ada adab langsung cubalah tegur elok2..dahla masa tue ada tetamu..lepas tue tau pula minta maaf cakap takut salah faham..ingatkan dah tak tahu nak hormat orang lain..punyalah kawan nie terasa sampai sesuatu yang tak sepatutnya..rasanya sampai sekarang dia benci tengok muka makhluk nie..kawan nie lagi dahsyat jangan main-main..apa saja dia sanggup buat..
Lepas dari kejadian tue, saya rasa tak tenang duduk dalam rumah nie..nasib baik la dah last sem..tak lama lagi tak jumpa dah.. Tak tahulah kenapa saya tak boleh pandang muka wajahnya..walaupun saya dah lembutkan hati maafkan kesalahan dia..tapi saya tak mampu nak pandang mukanya..mungkin saya tak ikhlas memaafkannya ataupun kesalahan yang makhluk nie buat terlalu mengguris hati saya amat dalam. Bila terserempak camtu saya buat2 tak nampak dan pura2 buat kerja lain..kalau dia tegur pun saya hanya 'ya', angguk2 atau gelengkan kepala sahaja..taknak cakap apa2 pun dengannya.. tak tahu lah kenapa bila nampak je, rasa nak bagi pelempang..nasib baiklah kesabaran dan keimanan masih menebal..kalau tak hancuq lebuiqq agaknya..
Manusia dalam dunia nie ada macam-macam jenis kan?? apa yang kita lihat, kita jumpa tue adalah lumrah kehidupan di dunia ini.. Jika ianya menyakitkan..tempuhilah dengan sabar..dan jika yang ditemui itu menenangkan maka hargailah mereka..kerana hidup di dunia ini hanya sekali..hidup ini juga jambatan ke akhirat.. Jika akhlak kita baik InsyAllah mudahlah jalannya namun jika tidak hanya Allah yang tahu..
Kebaikan dibalas kejahatan itu kejam,
Kebaikan dibalas kebaikan itu biasa,
Kejahatan dibalas kejahatan itu dendam,
Kejahatan dibalas kebaikan itu MULIA.
Kebaikan dibalas kebaikan itu biasa,
Kejahatan dibalas kejahatan itu dendam,
Kejahatan dibalas kebaikan itu MULIA.
Mudah2an dirinya mendapat Hidayah dari Allah untuk menjadi lebih baik..InsyaAllah.. Biarlah hanya saya dan kawan-kawan saya yang diperlakukan olehnya..harap-harap tidak pada pada orang lain..Amin.. Sesungguhnya Allah sentiasa menyayangimu..Redha Allah sentiasa terbuka buatmu.. Kami dah maafkan..Selebihnya hanya Allah yang mampu menilai.. Bak kata-kataku 'biar jatuh terduduk, jangan jatuh tersungkur...malu..'
Semoga kisah kehidupan ini jadi teladan buat kita.. Jaga Adab dan Akhlak kita walau dimana kita berada.. Apa yang kita tunjuk pada orang sekeliling itulah yang mencerminkan siapa kita sebenarnya.. CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG, CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR
Maaf akan perkataan MAKHLUK itu..seandainya kurang sopan tapi itulah hakikatnya.. kita semua juga makhluk..MAKHLUK ALLAH
Jaga diri, Jaga Amal,, Hiasilah Peribadi..
Ilal Liqa'..Maassalamah..
Waallahualam..
Hannan Note:
Final Exam semakin hampir
21hb September 2011 da start paper first..
Doakan saya ye kawan2..
No comments:
Post a Comment