Blogger Layouts

Monday, October 6, 2014

Jodoh

Assalamualaikum w.b.t

Membincangkan dan mempersoalkan tentang jodoh itu adalah perkara biasa yang kita lalui apabila kita meningkat dewasa. Its just like a typical questions when you getting bigger. Bila kita dah habis belajar  atau sekolah orang mesti akan tanya bila nak kerja..pastu bila dah kerja orang akan tanya lagi bila nak kawin, seterusnya kalau dah kawin bila pulak nak dapat anak..dan seterusnya.

Bila umur dah mencapai kedewasaan takkan terlepas untuk orang tanya bila nak kahwin. Itu biasa lah..selagi tak kawin hadap je la pertanyaan orang tu. walaupun rasa annoying dan xlarat nak layan.

Itulah yang saya alami saat sekarang..sikit2 orang tanya bila nak kawin and so whatever. Kalau saya cakap bulan depan..its sound like desperate and you're very flirty..haha. Apa la agaknya jawapan paling cerdik dan bernas dalam dunia utk elak soalan cepu cemas itu. Macam xde pun.

So bagi je la jawapan mudah..Ada jodoh x kemana. Tunggu dan bersabar la. Bila sampai waktu nya akan dijemput..Doakan saja.

Kalau sebenar-benarnya, saya sendiri pun xtahu bila, di mana, siapa. Itu semua masih rahsia Allah. Kalau saya tahu siapa dia dari awal saya dah ikat dia dan simpan dalam peti besi jgn bagi lari. Tapi masalahnya saya pun xtahu siapa. Itulah sebabnya penting Doa, Usaha dan Tawakal. Allah nak kita merintih sentiasa berdoa memohon kepada-Nya setiap masa dan ketika. Cepat atau lambat itu bergantung kepada-Nya krn Dia yang berhak memberikan utk kita. Kalau cepat Alhamdulillah kalau lambat mungkin ada yg lebih istimewa utk kt..Insha Allah.

Allahu Akbar kdg2 terfikir di mana si dia. Mengapa hingga saat masih belum muncul. Masih jauhkah perjalanannya itu. Tipu lah kalau kita tidak memikirkan dan terfikir. Namun dicekalkan hati untuk menghadapi semuanya. Mungkin kisah jodoh kita tak sama macam org lain, mungkin jumpa sekejap dan terus bersatu. Mungkin juga seorang yg tlh berada dlm hati kita itu bkn milik kita, kawan bercinta bertahun2 tapi akhirnya kawin dgn org lain, macam2 lagi lah.

Dan mungkin juga telah tertulis dan telah Allah tentukan hakikat kehidupan kita bahawa jodoh kita adalah dengan ajal. Allahu Rabbi. Andainya itu perjalanan yang terbaik utk kita, mudah2an kita redha. Amin.

Ya Allah walau apa pun jua jalan yang telah Kau berikan untukku semoga aku sentiasa redha,tawakal dan bersyukur di atas segala nikmat kurniaan-Mu. Mudah2an ada jawapan yang pasti utkku satu hari nanti. Semoga terjawab segala persoalan.Amin.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers