Blogger Layouts

Friday, October 17, 2014

Solat

Assalamualaikum w.b.t

Solat adalah tiang agama yg amat penting dalam menegakkan tiang agama. Andai solat x dijaga maka tidak sempurnalah iman seseorang. Suruhan pertama yg Rasulullah ajarkan adalah Solat. Lihat betapa pentingnya solat dlm Islam. Tidak dikatakan puasa atau bersedekah yg paling utama tapi solat.

Tapi apa yg terjadi masa skrg adalah sebaliknya. Sebabnya bila bersedekah orang lain nampak dan katanya boleh lah tunjuk sikit yg kita ni rajin bersedekah. Hmmmm bila difikirkan semula, amalan itu sgt mulia dgn tujuan untuk membantu orang lain tp niat dah menyimpang jauh. Jadi pahala xdpt dosa pula menanti.

Di sini bukan untuk mengatakan amalan saya sgt perfect tapi ingat-mengingati tu amalan mulia. Hanya secebis pandangan. Saya juga manusia yg sdg bertatih, sering terjatuh dan leka dgn duniawi.

Saya hanya terfikir knp susah sgt nak konsisten dgn solat sedangkan solat tu hanya ambil masa 5 minit paling minimum. Tapi susah nak buat. Tapi kalau ajak ke warung atau melepak berjam2 pun sanggup.


Bila kita bekerja juga, masih ada lagi yg x faham dgn konsep tersebut walhal dia juga sesama muslim. Sepatutnya dia lebih faham. Tapi apa yg saya selalu jumpa adalah orang non-muslim yg lbh prihatin dgn kita. What we does and dont.

Kadang2 malu sendiri bila orang non-muslim bg nasihat dan cakap bykkan doa la mintak dengan Tuhan, sembahyang. See. Eventhough we're not in the same religious but we just do the same things. Cuma cara yang membezakan kita.

Bukan nak mengata lah. Dalam kita bergaul dan berkawan dgn orang, brp ramai kawan kita yg boleh ingatkan kita dengan SOLAT. X ramai pun. Kalau ada pun mungkin sebab dia malu dengan kita sebab kita konsisten dengan amal ibadah kita. Tp lepas tu xtaw la. Ada jugak yang ON/Off. Kejap kita nampak dia solat kejap tak. Dan ada jugak yang xde perasaan langsung tengok kita solat. Xde terdetik langsung utk sama2 solat.

Pengalaman belajar dan duduk serta kenal kawan2. Boleh kita nampak kawan2 kita macam mana. Ada yg bila nak exam je baru nampak dia bentang sejadah yang dah berhabuk tu, Ada juga yg Setiap hari khamis mlm jumaat duduk baca yasin. Dan ada jugak yang tgk kawan solat siap perli pula. Macam2.

Pengalaman bekerja pun lain juga. Bekerja ni x boleh nak samakan dgn belajar. Belajar ada byk masa tapi bekerja perlu konsisten untuk lbh kurg 8 jam. Tapi xsalah kan utk kita pandai membahagikan ms. Pernah satu ketika meminta kebenaran dgn bos untuk solat. Tp mcm xnk bagi dan siap ckp jgn lama2. And I dont know why should to say like that. Sdgkan dia juga Muslim seharusnya dia tahu tatacara solat. Kadg2 saya tergelak sendiri. Tapi solat juga tanggungjawab, kerja juga tanggungjawab. Alhamdulillah, sy dapat tunaikan tanggungjawab itu walaupun kdg2 ada kekangan yg menghalang. Allahu Rabbi masih khilaf hamba-Mu ini.

Kdg2 terfikir. Adakah solat itu menyusahkan?. Memberi gangguan setiap pekerjaan?. Allahu Rabbi, Allah tidak sesekali zalim pada hamba-Nya. Tapi di manakah silapnya. Apakah perlu tunggu usia semakin lanjut baru nak berubah?

Beringatlah..
Ingatan untuk diri sendiri juga..
Moga diberi keteguhan iman dan sentiasa di bawah limpahan rahmat dan maghfirah-Nya
Amin.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers