Blogger Layouts

Wednesday, January 22, 2014

Hargai Kawan Kita

Assalamualaikum
Say Cheese & Alhamdulillah.. Good morning everyone..

Kawan, Teman, Sahabat, Rakan..
Orang selalu kata bersahabat biar beribu berkasih biar satu..
Betul kan? Ada ke sape2 yg suka jadi alone ranger.. xde kawan dan tak suka berkawan..
Mustahil xde kot..kalau ada pun mungkin orang tu ada something wrong with their life maybe.
Ok Done.

Secara jujurnya saya bukanlah seorang yang peramah dan suka bercakap..tapi sebenarnya saya sebaliknya..walaubagaimanapun itu bukan penghalang untuk saya tidak berkawan..I am the person of shy at first but once you know me, you will know how crazy imma be..

Saya bukan seorang sukar didekati tapi sebenarnya saya tak tahu macammana nak mulakan komunikasi..tapi bila semakin selesa dgn persekitaran kita akan pandai membawa diri..Sekarang ni lebih yakin bila nak tanya dan berkomunikasi dgn orang..yela kan..takkan nak jadi yang sama takde perubahan..susah juga untuk kita..

Tapi syukur Alhamdulillah, sekarang ramai kawan.. tak kira lah yang jauh ke dekat ke..yang baru kenal ke dah lama kenal ke..Almost they are my friends.. saya tak memilih kawan dan dengan siapa saya nak kawan..tapi hanya kawan dan bukan mengikut cara kehidupan dia..kalau yang baik bagus la kalau nak ikut tapi kalau ke arah yang kurang elok, lebih baik jangan peduli..hanya jadikan dia kawan.

Pernah kawan saya tegur.. "Yati ni g mana2 mesti orang kenal dia.." Oppsss. "aku yang dulu bukanlah yang sekarang" Sekarang saya suka menegur orang yang saya kenal dan apa yang penting kita jadi pendengar yang setia..sentiasa senyum walaupun kita ada masalah..jadi semua orang selesa nak tegur kita..

Saya tak memilih kawan..sebab semua saya okey..dari kawan yang pakai tudung labuh..cakap skema..yang tak pakai tudung..pakai seksi..rambut perang..semua peringkat usia ada..yang penting kita tak sakitkan hati dia..kawan2 je la..tapi jangan pula kita jadi culture shock, terikut pula cara dia..

Tapi kadang2 ada juga orang salah anggap bila kita berkawan dan rapat dengan sesorang..dan kadang2 siap perli bagai..terfikir juga.. "Salah ke nak kawan dengan dia..Kawan je pun..x luak pun..huhu.." Pernah masa praktikal saya jadi rapat dengan sorg akak ni..mula2 dia ni garang giler cam singa selalu nak touching dan marah2 xkena tempat..sampai orang naik menyampah dgn dia.. Sebenarnya saya bukan jenis yang suka memujuk dan nak ikutkan perangai orang dan apa yang saya buat adalah diam..tak pun pergi tempat masa dia marah..Sampai ada orang tegur "kemain baik ko dgn kakak ko.." Yaa I know why..saya tahu knp org ckp macam tu..sebab saya jenis pendiam dan lembut sikit..(maybe?) dan akak tu jenis garang dan hot temper.. Bak kata orang batu yang keras pun blh cair ini kan pula hati manusia..(cehh mcm puisi..) Saya malas nak layan kalau dia marah atau apa pun..Jadi lama2 dia jadi malas nak marah2, bosan sebab saya buat tak tahu je..Sebab tu kami boleh rapat..Bila saya dah tukar tempat lain pun dia masih cari saya..Alhamdulillah..

Saya sebenarnya memang pendiam dan senyap je..tapi saya ni degil sikit sebab tu orang marah ke maki hamun ke..saya xpeduli..hati batu..jenis malas nak fikir..tapi kadang2 macam touching juga pastu habis kat situ je..xde pun nak simpan lama2..

Kadang2 ada sesetengah kawan susah nak terima gurauan dari kita..sebab tu dalam berkawan saya suka tgk org tu macam mana..kalau dia masyuk dgn kepala saya.. I will proceed tapi kalau mcm xngam je..sy tgk je dari jauh..xnak sakitkan hati orang dan xnak buat orang benci kita..

Kita boleh terima orang untuk jadi kawan kita tapi belum tentu orang boleh terima kita jadi kawan dia..macam tu juga sebaliknya..belum tentu kita boleh terima orang untuk jadi kawan kita dan terima cara dia..

Jadi kalau dah ada kawan yang boleh terima kita apa adanya..jaga lah hubungan kita baik2..Jangan sampai kita hilang kawan.. Hilang kekasih boleh cari yang lain tapi kalau hilang kawan belum tentu dia nak kawan dengan kita balik setelah apa yang berlaku kat dia.

"Adalah mudah untuk menukarkan status sahabat menjadi kekasih, tetapi amat sukar untuk menukarkan status kekasih menjadi sahabat.." Kawan boleh je nak bergurau lebih2 tapi bila couple semua nak kena jaga..Jadi kawan lebih baik..tiada dendam dan benci..

May good things always with us.. Friendship forever till Jannah..InshaAllah.. Saya sayang pershabatan kita.

Missing You S

No comments:

Post a Comment