Maafkan ku
Kerana masih tak mampu menyapamu
Maafkan ku
Kerana masih mendiamkan diri
Maafkan ku
Kerana ku ingin memberi ruang buat diriku
Maafkan ku
Kerana ku ingin menjaga hatiku sendiri
Tanpa pesan dan perkhabaran
Ku di biar sepi..
Tanpa kata2 maaf
Kau pergi..
Saat aku tidak mengerti apa silapku
Sungguh aku terluka saat ini
Sungguh aku makin tak mampu menghadapinya
Semakin ku tahan semakin perit dihati
Sungguh aku hanya insan biasa
Walau aku mampu untuk kehilanganmu
Tapi jauh disudut hati
Aku tak mampu memadam semua kenangan
Maafkan ku
Berkali-kali ku cuba
Untuk menjadi yang terindah
Namun aku hanya mampu menjadi diri sendiri
Tapi kau tidak pernah perasan akan semua itu
Siapa diriku yang kenali
Inilah aku yang sebenarnya
Seandainya engkau tak mampu menerimaku
Jauhilah aku..
Jangan sakiti aku
Biarlah aku kehilanganmu
Namun aku tak sanggup
Kehilangan cinta sang pemilik hati
Biarlah doa dan harapan
Ku sandarkan pada-Nya
Kerana aku yakin Dia sentiasa mendengar permintaanku
Biarlah aku jauh darimu
Andai satu saat nanti kita berjumpa lagi
Ku ingin kau tahu
Bahawa aku tak pernah melupakanmu
Dan aku tak pernah membencimu
Walau sehebat mana perbuatanmu terhadapku
Kerana aku bukanlah penghukum..
Aku hanya insan pendosa
Biarlah Allah yang menentukan segalanya
Biarlah luka dihati ini sembuh sendiri
Diam adalah pilihanku..
Maafkan ku sekali lagi..
No comments:
Post a Comment