Mungkin ini mampu memberi ruang dan peluang untuk kita..
Berfikir sebaik mungkin..
Bukan tidak berusaha tapi biarlah ketenangan itu hadir..
Agar tiada lagi amarah di hati..
Ku ingin berfikir dengan hati dan rasional membuat keputusan..
Bukan mengikut nafsu dan perasaan semata-mata..
Mudah2an ada ketenangan yang akan dicapai..
Andai ada keajaiban yang Allah sedang rancangkan untukku..
Alhamdulillah..
Namun seandainya bukan itu jalannya..
Mudah2an ada sesuatu yang lebih..
Aku hanya insan biasa yang kadangkala tewas dengan emosi sendiri
Jadi aku tidak inginkan perbalahan ini berlaku..
Diam itu lebih baik dari berkata2 sesuatu yang menyakitkan..
Biarlah aku hilang seketika dari pandanganmu..
Kerana aku harus menjaga hati dan perasaan ku sendiri..
Cukuplah disakiti dalam diam..
Tanpa ku tahu apa salah dan silapku kepadamu..
Diriku dibiar kesepian..
Hanya Allah yang tahu perasaan ku saat ini..
Hanya Allah tempatku mengadu memohon pertolongan..
Kerana setiap yang berlaku adalah dengan izin-Nya..
Aku tidak menyesali pertemuan ini..
Sebaliknya aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan..
Untuk merasai pahit manisnya sebuah kehidupan..
Sungguh walau terasa diri teraniaya..
Namun aku tahu Allah sedang mengajarkanku sesuatu..
Mengajarku erti kesabaran..Alhamdulillah..
Semoga diriku sentiasa menjadi insan yang sentiasa bersyukur..
Dengan nikmat kurnian-Nya..
Tidak kiralah diwaktu susah atau senang..Amin
Semoga dirimu bahagia dengan kehidupanmu..
Ku ingin kau tahu..
Bahawa aku tidak pernah membencimu..
Dan aku telah memaafkan segala kesalahanmu..
Pergiku bukan kerana aku kalah..
Namun kerana aku masih punya banyak perkara..
Yang perlu ku selesaikan..
Seandainya kita ditakdirkan bersama..
Walau di manapun kita berada..
Walau sejauh mana kita melarikan diri..
Suatu saat nanti kita akan bersatu kembali..
Semoga ini jalan yang terbaik untuk kita..
Dan aku tidak pernah menyesali pertemuan ini..
Semoga ada bahagia buat kita..
No comments:
Post a Comment