Setelah beberapa hari pergi career fair harini baru sempat update entry baru untuk event tu..almaklumlah orang bekerjaya kan..haha.. padahal keje part time je..sebeno nya makcik malas nak update kena tunggu kerajinan memang sampai la x update entry baru..hoho
Alhamdulillah..hari jumaat lepas berjaya juga meloloskan diri untuk bercuti dan menyelinap masuk ke Kuala Lumpur tanpa sebarang halangan dan rintangan..cehhh..Career Fair ni kat Mid Valley Megamall. Cadangan sebenar nak g hari sabtu tapi disebabkan mungkin orang jadi lebih ramai, faham2 je la fresh graduate dan tahap pengangguran kat Malaysia ni kan tinggi..Jadi amek keputusan untuk pegi hari jumaat..
Banyak juga company yang turut serta sampai tak tahu nak pilih yang mana..tiba2 jadi cam jakun..ye la first time pegi..But everything ok.. Alhamdulillah pengalaman baru.. walaupun ada macam2 konflik masa nak g tu..haishhh biarlah saya simpan sendiri tak daya nak ingat..
Apa yang saya lakukan adalah just drop-by the resume/cv kat company yang kita rasa berminat dan boleh drop resume. Banyak juga lah resume yang dah dihantar, tapi sebenarnya sama je dengan iklan dalam jobstreer cuma bezanya kita boleh mendekati dan mengenali syarikat lebih dekat..yela kan kadang2 kita xtaw tu syarikat apa dan membuat bidang apa jadi lebih baik kita kenal dulu..
Inilah antara suasana dan aktiviti yang dilakukan kat sana
dan ini antar gift dan flyers yang dorang bagi lepas kita drop-by resume kita..
Sangat berharap mudah2an senang dan cepat dapat kerja yang lebih baik..Tengah tunggu jawapan..Harap sangat dapat..Berdoa dan terus derdoa disamping berusaha keras mencari peluang yang lebih baik..Insha Allah ada rezeki tak ke mana..Doa2 kanlah ye kawan2..
#BudakFreshGraduateSedangMencariPekerjaan
No comments:
Post a Comment