Blogger Layouts

Friday, May 20, 2011

Setelah Aku Menangis


Bukan ku pinta sebuah kesedihan..
 Apalagi tangisan..
Tapi itu semua bukan kehendak diriku..
Air mata terus mengalir tanpa ku pinta..
Tanpa sempat ku tahan dari terus mengalir..

Bukan ku pinta semua ini terjadi..
Tidak ku tahu mengapa, kenapa dan dimanakah silapnya..
Mungkin kerana sesuatu perkara yang menyayat hati..
Mungkin juga kerana sedikit kegembiraan kurniaan-Nya..
Allahu Akbar.. Lemahnya diriku..
Mudah tersungkur kerana Duniawi yang sering melalaikanku..


Ya Allah..kadangkala sering diri ini tertanya-tanya sendiri.. Mengapakah aku sering diuji?? Mengapa aku seringkali merasai kehilangan?? Namun kesedaran datang tatkala ku keresahan bagi merungkai segala persoalan.. Segera menepis segala bisikan2 halus yang bakal menghanyutkan diriku.. Allahu Akbar Lemahnya hamba-Mu ini.. 

Memang fitrah seorang Wanita dan Air Mata tak dapat dipisahkan..namun biarlah ia disalurkan pada landasan yang betul.. Tak dinafikan saya juga selalu menyalurkannya pada sesuatu yang tak sepatutnya.. Sering lalai dengan duniawi yang tak seindah disangkakan..kenapa ye?? Kadang2 kita menangis sebab perkara2 yang lalai.. Contohnya kerana Putus Cinta, Terasa Hati, Kehilangan dan macam2 lagi la.. dalam erti kata lain saya juga lalai disitu.. Masya Allah..
"dan bahwasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis" (53. An Najm :: 43)

Tak salah kita menangis..menangislah selagi nikmat itu masih Allah kurniakan.. Jangan riak dan sombong dengan Allah.. menangislah sebaik-baiknya dihadapan Allah atas segala kesalahan2 yang kita lakukan atau juga memohon untuk diperkenankan segala keinginan.. Andai diri dilanda kesedihan dan masalah mintalah dan mohonlah pada-Nya..Jangan sombong dan malu untuk merayu dan menangis dihadapan Allah..
"Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk" (17. Al Israa' :: 109)

Pernah terbaca sebuah artikel yang mengatakan.. Terlupa dimana sumber tersebut.. yang menyebut bahawa "UJIAN DAN DUGAAN YANG KITA HADAPI ADALAH TANDA ALLAH SEDANG MERINDUI HAMBA-NYA..DIA DATANGKAN UJIAN DAN MUSIBAH BUAT KITA SUPAYA KITA DEKAT PADA-NYA DAN MERAYU-RAYU MEMOHON PADA-NYA AGAR DIRINGANKAN UJIAN ITU..KERANA ALLAH MERINDUKAN RINTIHAN HAMBA2-NYA.." MasyaAllah hebatnya perancangan-Mu Ya Allah.. aku bersyukur kerana sering terpilih walau mungkin ujian dan dugaan itu kurasakan amat berat untukku hadapi lagi..namun jika inilah yang kau inginkan mudah2an Engkau memberi petunjuk buatku saat ku lalai dengan Duniawi.. 

Kita tak tahu apa yang terjadi kan..Hanya DIA yang tahu.. Saat air mata yang mengalir tak mampu ditahan lagi..segera ku mengingatkan diri untuk bersikap positif dan bersangka baik pada Allah..Segera memohon pada Allah agar diberi ketenangan..Alhamdulillah dengan mengingati Allah hati semakin menjadi tenang..Mudah2an aku sentiasa dekat dengan-Nya..InsyaAllah..

Ku perlu bermuhasabah diri..Mudah2an tidak lagi mudah patah semangat..Kadang2 saat aku ingin menjadi seorang yang tabah menghadapi ujian saat itulah aku diuji lagi dengan sesuatu perkara yang tak ku duga..Allahu Akbar.. Terasa diri lemah dan tak berdaya lagi..Namun selagi masih diberi nikmat untuk terus bernafas, moga dapat terus melangkah ke hadapan walau terpaksa melalui pelbagai ranjau dan rintangan yang menghalang..

""Hidup adalah ujian..kita harus menyedari bahawa hidup ini adalah kumpulan masalah..Sesiapapun orangnya, setinggi apapun jawatannya, sebanyak manapun hartanya..dimanapun & bilapun akan menemui masalah..semakin tinggi kedudukan semakin tinggi pula masalah yg dihadapi..proses perjuangan menakluki masalah itulah "hidup"..""

Sewaktu diri ini menghadapi kekecewaan..kata2 seorang ukhti yang pernah menjadi naqibah usrahku menjadi kata azimat buatku.. Sentiasa tersemat dihati walaupun dirinya jauh dimataku.. "Kita Dipertemukan untuk menjadi Sahabat dengan Izin-nya, apa jua yang berlaku juga atas ketentuan-Nya dan andai perpisahan terjadi ia juga atas Izin-Nya.."

Ya Allah apa yang terjadi Engkau saja yang tahu..aku Redha dan Sabar atas semua ini..Andai Ini ujian buatku..ku harap Engkau berikanlah petunjuk-Mu untuk aku terus bertahan dan tabah dengan Ujian-Mu.. Ampunkan diriku andai tak mampu melindungi persahabatan ini lagi..Moga kau Mengerti apa yang tersirat dihati ini.. Hanya Pada-Mu aku bermohon..
Sentiasa Berdoa dan Terus berusaha Tanpa Jemu..Moga Ada Sinar Bahagia Buatku..Amin..
Sahabat yang Baik sentiasa ada Saat Suka dan Duka.. ^_^

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers