Blogger Layouts

Monday, May 23, 2011

Saat Tiba Waktunya Aku Di Khitbah

Hari sabtu nie abang sepupu saya akan melangsungkan perkahwinan dengan insan yang bertakhta dihatinya.. ^_^ Seronok tengok dia sekarang..happy semacam je..yela orang nak kahwin dah kan..sapa yang tak happy.. Kalau orang nak kahwin tapi tak happy tue macam bukan spesies orang je.. (just joking..haha)
Apa2pun Barakallahufikum ya Ust Noorhadi dan pasangannya..

Saya terfikir.. Best ke bila dah kahwin??? entahla..saya pun tak tahu nak jawab sebab saya belum berkahwin.. hehe.. Perkahwinan nie bukan perkara main2 macam main pondok-pondok masa kecik2 dulu tue.. tapi ini adalah soal sehidup semati bersama.. Umpama mendirikan sebuah masjid yang perlu dijaga, dipelihara dengan sempurna dan dibajai dengan kasih dan sayang yang bakal dibawa hingga ke syurga..InsyaAllah..
Nak mengendalikan sebuah KAPAL di laut nie bukan satu perkara yang mudah..hari nie cari esok boleh dapat..oh tidak..tidak..tidak.. nie bukan cerita nak membeli ikan kat pasar ye. Ia memerlukan seorang NAKHODA yang betul2 memenuhi ciri2 yang tepat dan berkepimpinan supaya kapal takkan tenggelam atau hanyut.. Tapi kalau NAKHODA rosak..Maka punah dan musnahlah seluruh ANAK2 KAPAL.. Ermm anda nampak betapa beratnya tanggungjawab seorang NAKHODA??? anda Fikir2kanlah..

Dalam masa yang sama, Jika kita taknak KAPAL kita tenggelam dek NAKHODA yang tak bertanggungjawab.. Disinilah peri pentingnya tugas ANAK2 KAPAL untuk memilih NAKHODA yang benar2 layak dan memenuhi syarat sahaja.. Susah kan??

Tengok..Susahkan nak buat pilihan..?? Umpama mencari sebutir MUTIARA disebalik timbunan KACA.. Tak dapat dikesan dari mata kasar..bak kata pepatah "hanya jauhari yang mengenal manikam"..
(eh sesuai ke perumpamaan nie..) Kita takkan dapat tahu kan siapa yang betul2 terbaik..Ada yang kadang2 luaran je elok tapi dalam dah rosak..ada yang tak boleh pakai langsung.. Searching the best one among a million is hard..But better late than never..right??!! Tapi ini hanyalah perumpamaan..Another person have another perceptions..I notice that..hehe..

Bila difikirkan kembali..di mana saya nak cari seorang IMAM untuk sebuah MASJID saya nanti ye.. Siapakah gerangannya.. Hidup penuh dengan teka-teki kan?? Subhanallah..jika Allah tidak mengadakan sebuah teka-teki ini, mesti hidup nie terasa kosong dan tak mencabar..Walaupun kadang2 kita rasa bosan, tapi inilah hakikatnya..sebuah permainan yang Allah berikan untuk kita..Diuji dan terus Diuji..Berjayakah kita menempuhi halangan itu?? tepuk dada tanya Imanmu sendiri..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." ([2]Al Baqarah :: 286)

Bilakah agaknya saya akan dipertemukan dengan PEMILIK CINTAKU setelah ALLAH dan RASUL?? Bertanya soalan yang tiada jawapan..Jawapan sebenar ada pada sebuah DOA dan USAHA.. Jika kita seringkali berusaha dan tak pernah putus asa walaupun menemui kegagalan.. InsyaAllah dengan kasih-Nya kita pasti menemui apa yang kita cari..Yang kita YAKIN..KEJAYAAN pasti menjadi milikmu..

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." ([40]Al Mu'min :: 60)

Saya sering ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu siapakah wajah-wajah yang terpilih..tak mengapa suatu hari yang telah dijanjikan-Nya pasti saya akan menenuinya..InsyaAllah.. yang penting tingkatkan DOA, USAHA dan TAWAKAL.. Bilakah saatnya aku akan dikhitbah dan menemui IMAM buat MASJID yang akan didirikan.. Saya hanya mengharapkan seorang NAKHODA yang mampu menjadi IMAM atau KETUA buat diriku juga anak-anakku nanti..yang dapat membimbing diriku ke arah kebaikan..yang mampu menjadi AYAH terbaik, contoh dan tauladan buat ANAK-ANAKku nanti.. InsyaAllah andai sudah tiba waktunya..pasti kita akan temui jawapannya..

"(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat" ([42]Asy Syuura :: 11)


"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah" ([51]Adz Dzaariyaat :: 49)

Saat ku menantikan diri dikhitbah..ku mengharap ada cinta yang bakal bersemi.. Mengharap untuk dicintai dengan sepenuh hati dari insan yang mampu mencintaiku daripada mencintai insan lain yang tidak memberikan cintanya sepenuh hati.. Cinta ini hanya untuk 'dia' yang tidak pernah ku kenali..Moga ku menemui 'dia' yang ku cari..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers