Ramai yang tak percaya saya akan ambil bidang yang orang tak pernah terlintas difikiran..bahawasanya saya takkan ambil bidang nie.. Kenapa orang susah nak percaya yang saya ambil bidang PERNIAGAAN.. kenapa ye?? 1000 persoalan bermain difikiran.. Kenapa..kenapa dan kenapa??
Mungkinkah disebabkan oleh perwatakan saya yang agak pendiam, kurang pandai dengan orang sangat dan agak pemalu.. Bila orang tanya satu jawab satu.. Mungkin ada betulnya sangkaan orang2 tersebut.. tapi tak salahkan untuk membuat ANJAKAN PARADIGMA dan BERFIKIR DILUAR KOTAK ATAU DILUAR JANGKAAN BIASA.. hidup perlukan perubahan..tak semestinya kena berada ditakuk lama sahaja..kalau macam tue gayanya.. orang lain dah sampai ke bulan kita masih terkedek-kedek nak ikut..tue pun tak lepas2 lagi..
Agak kelakar dan lucu bila ada orang mempertikaikan bidang yang saya ambil.. Ada yang kata.. "kamu nak berniaga apa nanti??" "Boleh ke??" sedangkan mak ayah saya tak mempertikaikan apa2 pun malah makin menyokong apa yang saya nak.. Kenapa pula ada orang lain ragu2 dengan kebolehan saya..
Setelah hampir 3 tahun saya mempelajari bidang perniagaan.. banyak pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi.. yang ketara sekarang adalah.. Dulu saya kurang bercakap, bergaul dan pemalu dengan orang.. tapi dah semakin pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling walaupun kadang2 ada rasa tak yakin dan masih rasa takut2.. Tapi Alhamdulillah senang nak mesra dengan orang lain.. mungkin disebabkan oleh bidang yang ambil lebih mendekatkan diri kepada latihan asas berkomunikasi.. dalam setiap matapelajaran yang saya ambil kebanyakan menekankan konsep komunikasi.. Biasanya buat pembentangan berkumpulan.. Mula2 rasa kekok tapi bila dah masuk tahun kedua dan ketiga..rasa lebih yakin untuk berkata-kata berbanding yang lepas2..sampai ada orang cakap.. "wah masa sekolah dulu susah betul nak buka mulut macam ada mutiara dalam mulut..tapi sekarang nie laju je cakap kan siap loyar buruk lagi.." Opps..itulah diriku sekarang nie..
Sebenarnya memang itulah impian sejak dari kecil..cuma orang tak tahu sebab saya hanya suka tulis cita-cita doktor atau guru..biasalah zaman kanak-kanak itu je yang kami tahu.. Bila fikir balik banyak juga faedahnya ambil bidang perniagaan ini.. Antaranya seperti tak perlu kerja dengan orang lain dan tak perlu susah2 cari kerja.. itu untuk orang seperti saya yang tak suka kerja dibawah arahan orang lain yang boleh menyebabkan saya jadi stress.. Dalam erti kata lain I WANNA BE FOUNDER.
Sebab adalah sebagai langkah persediaan melangkah ke fasa kekeluargaan.. InsyaAllah bila dah punya keluarga sendiri dan ada anak yang comel2..kalau boleh nak jaga sendiri taknak bagi orang lain jaga anak kita..memang tak dinafikan mungkin bila dah jadi usahawan kita tak punya masa dengan anak2.. tapi tipulah kalau tak ada masa terluang sedikitpun..mesti ada kan.. Pada pendapat saya bila bekerja sendiri, masa mungkin lebih fleksibel kalau kita atur dan susun dengan betul.. InsyaAllah ini hanyalah rancangan..Jika sampai waktunya akan ku cuba sedaya upaya.. memang tak nak bagi orang lain jaga anak kita..nak anak2 dapat belaian dan kasih sayang seorang ibu sepenuhnya..barulah anak kita membesar dengan sempurna depan..nak didik jadi yang terbaik..Maklum sahajalah dunia semakin uzur..Kalau bukan kita yang mulakan langkah sedemikian, bukan uzur lagilah dunia nie tapi semakin bertambah nazak ada lah..
Harap2 janganlah ada lagi orang yang tak yakin dengan kemampuan saya.. Saya Insan Biasa yang juga punya cita-cita besar dan impian yang ingin digapai.. Bak kata ayah bila saya selalu mengadu bila saya nak besar.. "Biar badan kecil, makan sedikit tapi yang penting ada pemikiran yang besar"
Terima Kasih Ayah kerana sentiasa menyokong anak2nya walaupun apa jua bidang yang kami suka..
InsyaAllah saya mampu menggalas tangungjawab ini.. Cabaran buat diri untuk memacu perubahan dan terus maju..
Semoga Berjaya..
Hannan Note::
tadi pegi Islamic Town kat Seksyen 7 Bdr Baru Bangi..
pegi jalan tengok BABY comel2 n sweet2..
geramnyer.. Terasa nak baby sendiri plak..>_<
No comments:
Post a Comment