Blogger Layouts

Friday, July 8, 2011

KURUS itu juga Ciptaan Allah


"Kau kurus sebab tue takde pakwe.."
errmmm terdiam seketika..cuba membayangkan jika kita yang berada dalam situasi tersebut..
sedih?? terkejut?? terhina?? rasa nak lempang orang tue pun ada gak kan??

betul ke pernyataan itu yang mengatakan orang yang kurus xde pakwe..
nak tergelak pun ada..
ada juga rasa terkena dan terasa..sebab saya adalah diantara yang sedemikian..
memandai buat kenyataan sendiri.. janganlah hina dan menyinggung perasaan orang lain.. cuba letakkan diri sendiri kat tempat orang itu, apa yang kita rasa.. sama kan??
tak kisahlah kalau nak berbangga dengan kelebihan diri tapi janganlah sampai menyakitkan hati orang..
Cukuplah 'Good Looking' yang diri sendiri ada..

Namun Good Looking tak semestinya juga elok pada pandangan orang lain..ada juga yang tak suka.. sekurang-kurangnya jagalah hati orang lain..cukuplah.. Jangan mempersenda CIPTAAN ALLAH.. Ciptaan Allah adalah sebaik-baik kejadian..

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" 
({30} Ar Ruum : 30)

Kenapalah terlalu sombong dan bongkak dengan kecantikan dan kelebihan sementara yang Allah pinjamkan.. Allah telah tetapkan yang terbaik buat kita, jadi gunakanlah dan manfaatkanlah dengan sebaik-baiknya.. Jangan menghina dan mengutuk kekurangan orang lain disebabkan hanya dengan kelebihan yang kita ada.. Percayalah suatu hari nanti yang telah Allah janjikan.. Segalanya akan diambil semula oleh yang berhak.. Segala yang kita miliki didunia ini semua adalah MILIK ALLAH.. Sedarlah wahai saudaraku..

"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun" 
({2} Al Baqarah : 263)

"Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan- perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf" 
({42} Asy Syuura : 37)

Pada pandangan saya.. TAK KISAHLAH KITA GEMUK, KURUS, TINGGI, RENDAH, BESAR, KECIL, TUA, MUDA.. SEMUA SAMA SAHAJA DIPANDANGAN ALLAH.. KITA HANYA KHALIFAH YANG DIUTUS ALLAH DI BUMI-NYA INI.. SEMUA KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN YANG DIKECAPI HANYALAH PINJAMAN SEMATA-MATA.. JAGALAH TINGKAH LAKU KITA PADA ORANG LAIN..DITAKUTI JIKA MALAIKAT MAUT DATANG MENJEMPUT KITA HARI INI DAN TAK SEMPAT MINTA MAAF PADA ORANG TERSEBUT.. MAKA BERDOASALAH SELAMANYA SELAGI TIADA KATA MAAF DARINYA..

Saya tak kisah saya kurus dan tak punya kelebihan macam orang lain.. kadang-kadang ada jugak orang cakap.. "Eh kurusnye kau.." "kau ni bila nak membesar, cekeding je aku tengok.." macam-macam lagilah orang cakap.. tapi I DON'T CARE sebab saya bersyukur Allah jadikan saya sebaik-baik kejadian..dan tak menyusahkan orang lain.. Alhamdulillah..

SAYA HANYA BERHARAP SUATU HARI NANTI ADA SESEORANG YANG MAMPU MENERIMA DIRI INI SEADANYA..MENERIMA SEGALA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN DIRIKU DENGAN SEIKHLAS HATI..

Tak kisahlah orang tue macam mana keadaan sekalipun.. InsyaAllah andai dia boleh menerima saya.. saya juga dengan senang hati menerima dengan sebaik mungkin.. untuk pengetahuan kawan-kawan.. saya punya kawan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan usia.. dari kecil hingga yang dewasa.. yang bertudung labuh, yang bertudung dan tidak bertudung.. adalah kawan saya.. walaupun saya sebenarnya punya perwatakan yang PENDIAM dan agak PEMALU bila berhadapan dengan orang ramai.. dan saya tak mampu untuk memandang lelaki-lelaki tepat ke wajahnya.. entahlah mungkin kerana tiada keyakinan.. bukan saja dibuat-buat tapi kenyataan.. Apalah dayaku..Ku terima seadanya.. Don't Judge a Book by It's Cover..
Moga Allah berikan yang terbaik buatku..Amin..
Cuba teka mana saya..?? 
REHLAH K.A.L.A.M (Kembara Aku Lihat Aku Muhasabah)
 bersama Pembina..2 July 2011
di Taman Wetland Putrajaya

Hannan Note::
Nak cuba khatam Al-Quran sekali lagi
sebelum Ramadhan datang menjelma..
InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers