Blogger Layouts

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Datang Lagi..!!

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..
Selamat Menyambut Ramadhan!! ^_^
★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★═════
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwa” (Al -Baqarah:183)
★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★═════
untuk paparan video lebih jelas :: Devotees - Rindu Ramadhan

KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 
 
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

2. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

3. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

**********************************************************************************
RAMADHANKU KALI INI
Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bersama menyambut kedatangan bulan kemuliaan Ramadhan pada tahun ini.. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas.. Perbaiki mana yang kurang dan Rebutlah Pahala berganda yang Allah janjikan sebaik mungkin dengan beramal soleh dan beramal kebajikan.. Yang penting Jangan Lupa Solat Terawikh ye kawan-kawan..

Tahun ini dah dapat nak sambut Ramadhan dan Solat Terawikh bersama kawan-kawan di surau asrama.. sebab xdapat tinggal di asrama lagi..tapi Alhamdulillah rumah sewa yang saya diami sekarang ini dekat sangat dekat surau..walaupun kecil tapi selalu meriah dengan jemaah/qariah surau.. kadang-kadang saya juga berada disitu tatkala ada usrah.. walau di mana jua kita berada perintah Allah perlu ditunaikan.. Allah telah berikan kita kemudahan dan kesenangan kepada hamba-Nya..Jadi kita sebagai Hamba-Nya perlulah merebut peluang yang sekali-sekali ini.. Jika bukan kita yang mulakan, siapa lagi..

Ini adalah Ramadhan Terakhirku di perantauan..Sejak 3 tahun yang lalu ku berpuasa dinegeri orang.. 3 tahun menimba ilmu dan pengalaman di Bangi..Sudah tiba masanya untukku menuju ke era yang baru..InsyaAllah mudah2an dapat menamatkan pengajianku dengan sempurna.. Mudah2an juga dapat menyambung pengajian ditempat lain..Amin..

InsyaAllah esok akan bermulalah perjuangan kita dalam bulan Ramadhan ini.. Harapanku agar diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan kali ini.. Dapat menyempurnakan Ibadah dengan sempurna..
"Kekuatan untuk Berfikiran Positif, 
Memerlukan Kekuatan dari segi Fizikal dan Spiritual"
-at i-City, Shah Alam-

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian. Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.  
(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰˚* ˚ ★✰˚* ˚ ★✰˚*˚
Hannan Note:: 
xdapat sambut puasa kat rumah 
walaupun dari hari jumaat sampai isnin xde kelas..
apakan daya..assignment banyak kena siapkan..
due date dah dekat..>_<
Ibu nanti lagi seminggu nak raya kita balikla..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers