Blogger Layouts

Saturday, March 5, 2011

Teringin nak Ada ANAK Sendiri..?? Carilah AYAHnya Dulu

 Apa EXPRESSI pertama yang akan dilontarkan..
Bila nampak Baby camni??
Comel bukan??!!

 DAN,,,
apa yang kita rasa bila dapat pegang dan peluk Baby nie???!!
..sangat-sangat TERUJA kan??!!..
(rasa cam da ada anak sendiri je..hehe) 
*(sbnrnya nie ATIQ ASSIDIQ,, anak kpd Naqibah Usrah saya (kak Hasni)


Apa yang rasa kan..bila saya dah ada anak suatu hari nanti..?? Mampukah untuk saya menggalas tanggungjawab sebagai seorang IBU..?? Terdidikkah anak-anak saya nanti dengan didikan yang sempurna seperti yang saya impikan??? Allahu Akbar. Selalu tertanya-tanya pada diri.

Bila tengok anak orang atau baby..rasa teruja sangat.. Terutamanya bila keluar jalan-jalan outing dengan kawan-kawan bila ada masa terluang.. Rasa seronok bila tengok pasangan suami isteri yang mesra je dengan anak mereka.. bila si Ayah dukung anak dan si Ibu mengagah mesra anak dia.. rasa teringin untuk mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.. Tapi persoalannya??? Bilakah Saatnya?? Dimanakah?? Dengan Siapakah?? Itulah persoalan yang masih tak mampu untuk berikan jawapan saat sekarang.. Hanya dengan DOA dan RESTU dari Allah sahaja yang mampu memberikan jawapan..InsyaAllah.

Selalu terfikir nak ada anak..selalu cerita dan kongsi ke'teruja'an bila dapat jumpa baby-baby yang comel.. Rasa seperti saya menjadi ibunya.. (*Perasan lebih*) Bila difikirkan balik perkara tersebut..baru terfikir yang selama ini TERINGIN NAK ADA ANAK..tapi terlupa satu perkara.. MANA AYAHNYA??

Persoalan itulah yang sentiasa bermain difikiran.. NAK ADA ANAK, MESTILAH CARI PASANGAN UNTUK DIRI SENDIRI DULU.. terdiam dan terpaku seketika tanpa kata..bab nie yang lemah nie..MANA NAK CARI YE?? ..Ingat ye..tak mungkin ada dipasaraya atau di pasar borong..Ini bukan Jualan Gudang.. Ya Allah sukarnya mencari pasangan yang betul-betul dizaman sekarang nie.. DISEBALIK TIMBUNAN KACA YANG BERTABURAN BELUM TENTU ADA TERSEMBUNYI SEBUTIR PERMATA YANG BERHARGA.

Di samping berDOA kita juga disarankan untuk menCARI dan terus berUSAHA untuk menDAPATkannya.. bukan hanya mengHARAP dan SERAHkan sepenuhnya KUASA dan TAKDIR pada Pencipta-Nya semata-mata.. Membina sebuah BAITUL MUSLIM itu penting untuk menyempurnakan separuh dari AGAMA kita.. Seperti dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh AL-TABRANI FIL AUSATH.."SESIAPA YANG BERKAHWIN SESUNGGUHNYA IA TELAH MENYEMPURNAKAN SEPARUH DARI AGAMANYA, MAKA BERTAQWALAH IA PADA SEPARUH YANG LAIN"

Bak kata HILAL ASYRAF di Fanpage Facebook nya..
"SAYA PERLU BERKAHWIN,"
Jauh bezanya dengan "SAYA NAK BERKAHWIN,"
KEPERLUAN adalah perkara yang perlu dipenuhi dengan segera,
kerana tanpanya, hidup tidak akan berjalan dengan baik.
Sebab itu dinamakan KEPERLUAN.
Manakala KEHENDAK, perlu ditimbang dahulu baik dan buruknya,
apakah kena dengan kesesuaian dan sebagainya.
Kerana ia hanyalah semata-mata satu KEINGINAN.
"SAYA PERLU BERKKAHWIN,"


Apa yang saya perlu lakukan sekarang adalah MENCARI DAN TERUS MENCARI.. Jangan Putus asa tatkala masih diberi waktu untuk membuat PILIHAN YANG TERBAIK.. "Ya Allah, Andai dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku..Namun Andai dia bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu"

Sabar, Redha, Doa, Usaha dan Tawakal.. Semoga Allah memberi petunjuk untukku menemukan 
PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL.. InsyaAllah..
Engkau temukanlah Ya Allah pada Pemilik Tulang Rusukku..yang telah engkau tetapkan buatkan sejak dari Luh Mahfudz..Amin..
Waallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers