Pernah tak kita rasa sakit hati...??
Terasa hati...??? Jealous..???
Semestinya pernah kan...
Normallah..Fitrah manusia yang bernyawa..
Kalau kita terasa hati dengan kawan...apa yang perlu kita buat ek??
bagi tahu dia yang kita terasa hati kat dia atau diamkan saja??
Saya tak pernah MEMBENCI sesiapa walaupun mungkin saya telah DIBENCI.. dan tak pernah ada DENDAM walaupun ada yang telah buat saya TERASA HATI.. Biarlah kalau dia tak suka pada saya yang penting saya tahu yang SAYA SENTIASA SAYANGKAN SEMUA ORANG YANG SAYA KENALI, tak kira di mana dia berada,, walaupun mungkin dia dah lupakan saya..kerana BUKAN seorang yang CEPAT LUPAKAN KAWAN.
Walaupum saya seorang yang boleh dikatakan termasuk dalam kategori pendiam dan agak lambat mesra dengan orang yang baru dikenali.. tapi saya tak pernah lupakan kawan..walaupun bila jumpa hanya MELEMPARKAN SEBUAH SENYUMAN..
LUAHAN INI...
"Semakin lama saya tengok dan perhatikan dari jauh, perangai dan kelakuan awak..saya rasa awak dah tak macam dulu..masa mula2 saya kenal awak beberapa tahun yang lepas.. Kenapa ye?? Ke mana perginya iktiqad yang awak selalu ceritakan pada saya..Saya masih ingat lagi walaupun dah beberapa tahun berlalu.. Walaupun sekarang saya terasa awak semakin jauh dari saya..tapi saya tak pernah lupa tentang niat baik awak tue...Saya tahu awak dah lupa apa yang awak katakan dulu.. mungkin dah luput dari ingatan tentang niat awak tue.. Saya tahu yang awak nak jauhkan diri dari saya.. xpe saya boleh terima kalau awak dah taknak kawan dengan saya lagi..Walaupun saya selalu terasa hati dengan awak tapi saya tabahkan hati saya untuk tempuhi semua ini.. Sebab saya tahu..KITA DIPERTEMUKAN DENGAN IZIN-NYA DAN KITA DIPISAHKAN JUGA KERANA ALLAH YANG MENGATUR DAN MERENCANA SEGALANYA.. Awak tahu tak yang saya TERASA HATI sangat sejak akhir-akhir nie..Awak selalu jauhkan diri pada saya dan bagi kata-kata dan nasihat untuk jaga ikhtilat pada semua orang..tapi..diri awak??? Masih bergelumang dengan perkara tue.. Saya terima dengan baik bila awak nak kan perubahan..saya bersyukur sangat yang awak ingat semua kisah kita..Tapi semua tue tak seperti yang saya bayangkan.. Dengan saya, awak pergi jauh-jauh..taknak dah cakap dengan saya macam dulu.. Tapi dengan orang lain.. Wah siap boleh gurau-gurau lagi macam pasangan yang hangat berkasih.. Tahu tak betapa terasanya hati ini bila diperlakukan macam tue.. kalau taknak kawan dengan saya..Just say it, Open the table and Tell the Truth.. Saya lebih suka orang yang JUJUR walaupun mungkin ia MENYAKITKAN.. tapi saya boleh terima sebab ia datang dari LUAHAN HATI awak.. Bila saya diperlakukan seperti itu, saya rasa diri ini dah tak berguna..macam dianggap seperti sampah tak pun anak patung yang boleh dicampak bila dah bosan.. Betul kan?? Saya tahu walaupun awak tak pernah bagitahu perkara sebenar pada saya..Sebab saya dah tahu perangai dan sifat awak yang sebenarnya.. Saya selalu berfikir sendiri KENAPA SAYA BOLEH KAWAN DENGAN AWAK?? bila saya fikir balik..MUNGKIN ALLAH NAK SAYA TABAH, KUAT SEMANGAT DAN SABAR dalam mengharungi kehidupan dengan bermacam-macam ujian yang diberikan pada saya.. INSYAALLAH PASTI ADA HIKMAHNYA.. saya tak pernah menyesal dapat kawan macam awak..percayalah yang saya tak pernah bencikan awak walaupun awak dah benci pada saya.. Andaikata bila dah susah baru nak cari saya pun saya terima.. Yela bak kata orang KAWAN WAKTU SENANG, MUDAH NAK CARI tapi KAWAN WAKTU SUSAH, PAYAH NAK DITEMUI.. susah nak jumpe orang yang sentiasa ada disisi kita bila susah dan senang.. Carilah KEBAHAGIAAN awak..biarlah saya pergi menjauh dari awak..kalau awak masih ingat pada saya Alhamdulillah tapi kalau dah tak ingat xmengapa..asalkan awak bahagia tanpa bayangan saya lagi.. Terima Kasih atas segalanya.. Satu saja yang saya nak awak tahu.. Saya sentiasa ada disini..tak pernah pergi menjauh dari awak..walaupun dah tak macam dulu.. Saya akan sentiasa sokong awak dari belakang.. Namun, andai suatu hari awak dah tak dengar khabar dari saya..Mungkin saya dah pergi jauh dari sini..Saya pun tak tahu ketentuan Allah.. AJAL MAUT ditangan ALLAH.. Allah boleh cabut nyawa kita bila-bila yang dia suka..walaupun kita tak bersedia lagi.. Andainya saya tiada lagi..Jangan Bersedih.. Ingatlah yang saya dah maafkan semua kesalahan awak..Tiada sedikitpun dendam dalam hati.. Saya Doakan Awak Bahagia dengan Pilihan Awak... Saya harap awak carilah yang SEINDAH MAWAR BERDURI... Saya bukan mengharap untuk mati cepat..tapi saya hanya mengingatkan diri akan umur yang semakin pendek..Kadang-kadang saya pun lalai dengan duniawi.. Sementara sisa umur masih diberi dan masih berpeluang untuk bernafas..Saya masih di Sini.. Terima Kasih atas segala tunjuk ajarmu.. Biarlah Cinta ALLAH bersemi dalam diri saya..Mudah-mudahan Ada CINTA yang terbaik buat saya.. AMIN.. TERIMA KASIH CINTA.."
No comments:
Post a Comment