Blogger Layouts

Sunday, April 10, 2011

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG CEMERLANG

Oleh: Cikgu Rosli Manas

Saban tahun apabila keputusan peperiksaan awam diumumkan samada PMR,SPM atau STPm kecemerlangan dan matapelajaran seringkali dititkberatkan.Apakah yang dikatakan pelajar yang cemerlang? Bagaimanakah menjadi seorang pelajar pelajar cemerlang?
 
Pembentukan diri seseorang pelajar yang cemerlang adalah bermula daripada peringkat asas iaitu rumah sehinggalah ke sekolah. Dalam diri seorang pelajar itu mesti ada sifat-sifat berikut:-

a)      Matlamat
 Matlamat hidup diri mencapai apa yang dihajati. Di sini oelajar telah menetapkan matlamat jangka pendek dna jangka panjang. Cita-cita [ Jika ada gagal merancang bermakna anda merancang untuk gagal –ABRAHAM LINCOLN ].

b)      Keinginan
  Apabila sudah ada matlamat, pelajar akan cuba mencapai keinginan, bagaimana cara untuk mencapai matlamat itu. Pelajar akan merancang bagimendapatkan apa yang di inginkan [ Di mana ada kemahuan di situ ada jalan].

c)      Berani
 Pelajar mesti berani mengambil risiko. Apakah akan jadi jika apa yang di rancangkan itu tidak berjaya serta tidak mendapat apa yagn di idamkan. Sikap berani pelajar akan melahirkan seorang insan yang tabah, sabar dan  dalam menghadapi pelbagai rintangan. Sifat tidak mudah luntur mengalah sebaliknyabangkit dengan menyusun kembali bagi mencapai apa yang diidamkan [Alah bisa Tegal Biasa].

d)      Usaha
 Jika sudah ada keinginan dan matlamat, ia mesti disertai dengan usaha yang berterusan. Sifat hangat-hangat tahi ayam sewajarnya dielakkan. Tidak mudah putus asa, tabah dan sabar meerupakan resepi yang penting bagi melahirkan seorang pelaajr yang cemerlang. Sikap diri yang suka belajar di saat akhir hendaklah dielakkan kerana ia memakan diri.

e)      Disiplin
Segala usaha yang dirancang akan membuahkan hasil tanpa ada usaha yang jitu. Komitmen dan disiplin diri merupakan harta yang bernilai bagi seseorang pelajar yang cemerlang.

f)        Tawakal
Tawakal kepada Allah adalah merupakan salah satu usaha yang terakhir daam pembentukan diri pelajar yang cemerlang. Matlamat, keinginan, keberanian, usaha dan disiplin tidak akan dapat dilakukan dengan sempurna tanpa keizinan daripada tuhan. Setelah segala-galanya kita lakukan maka rtawakkallah kepada Allah. Dekatkan diri dengan pencipta, sembahyang hajat dan brdoalah kepada tuhan supaya apa yang diidamkan dimakbulkan Allah. Sebelum melangkah ke alam peperiksaan, mintalah doa restu daripada ibubapa dan kemaafan guru-guru agar segala kesilapan di maafkan.

g)      Kejayaan
 Kejayaan akan lahir apabila seseorang itu berusaha sedaya upaya. Tiada kejayaan tanpa usaha keras. Biarkan keluarga kita menangis melihat kejayaan kita buka kerana kegagalan. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung bagaimana hendak dapatkan sagunya. Alang-alang berdakwat biarlah hitam.
 
Secara ringkas pelajar cemerlang mesti ada
i.        Matlamat
ii.       Keinginan
iii.     Keberanian
iv.      Usaha
v.      Berdisiplin
vi.     Tawakal
 
Semoga kejayaan sentiasa bersama kita.

 HANNAN XTVT::
Muet (Speaking) - 12/04/2011
Muet Exam - 16/04/2011
The Last Week of Study...
The Next After This Week..
Final Examination will Be Held!!
Ma'a Najah Wa Taufiq Fil Imtihan...

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers