Blogger Layouts

Sunday, December 29, 2013

Sabarlah Hati

Semakin nak Viva ni..hari2 sibuk dengan thesis..
Semakin aku diuji dengan macam2 dugaan..
Petunjuk yang bukan2..
Mungkin aku yang terlalu banyak berfikir..
Dan mungkin juga aku cemburu..oppsss
Kadang2 stress..
But Please Stay Calm and See..
Dont make any bad assumptions and decision..
Nanti tak pasal terus hilang teman..
Sabar..sabar dan sabar..
Tunggu masing2 Officially Finish Study..
Tak lama lagi..2 weeks onwards is officially end.

Dah banyak kali cuba elak xnak fikir
Tapi perasaan ingin tahu membuak2..
Tabahkan hati je la..
Lepas semua settle dan masing2 tiada komitmen pada belajar..
Baru boleh mula proses penyiasatan..
*Wah nak tukar profession jadi polis la..

Banyak fikir jadi mereng..tu yang merepek dan suka buat andaian bukan2
Teruk perangai camni..

Harapanku Padamu:

Sunday, December 22, 2013

Now I Am Really Hurt..

Jangan ditangisi sebuah pertemuan..
Jangan Menyesali sebuah pertemuan..
Kerana di situ terkandung sebuah hikmah..
Yang mungkin kita sendiri susah untuk memahami..
Tapi itulah kurniaan dari Allah..
Rahsia yang kita sendiri tidak tahu dan tidak mengerti..
Semakin lama kadangkala terasa semakin tidak mampu untuk menghadapinya
Walau cuba bertahan dan cuba untuk kuat semangat menghadapi semua ini
Namun aku hanyalah insan biasa yang punya hati dan perasaan
Bukan untuk menidakkan nikmat pertemuan yang Allah berikan
Tapi aku punya kelemahan sendiri..

Bukan aku mengalah tapi tak sanggup untuk menyakiti hati sendiri..
Kerana terluka banyak luka di hati..
Jika bukan kerana semangat yang kuat dan tabah pada kehendak-Nya
Aku masih mampu meneruskan perjalanan kehidupanku

Mungkin dirinya belum betul2 mengenali diriku..
Kerana aku bukan seperti wanita2 yang pernah kau kenali suatu ketika dahulu
Tapi tak mengapa..biarlah tidak dikenali..
Biarlah Allah tahu rahsia hatiku..
Mungkin sukar untukku pergi jauh..
Namun aku terpaksa..kerana ku tahu
Aku hanyalah seorang kawan
Tak lebih dari itu baginya..
Andai diberi 10 orang wanita untuk dipilih..
Aku adalah orang terakhir yang menjadi pilihan
Dan mungkin pilihan terakhir kerana terpaksa..

Sungguh aku bukan kemewahan harta benda yang kau ada
Tapi aku hanya mengharap secebis kasih sayang dan perhatian 
Dari pemilik tulang rusuk yang mampu menjaga dan membimbingku ke jalan yang di redhai Allah

Mungkin kau masih tidak mengerti siapa aku..
Maafkan aku..
Kerana aku terasa hati padamu..

Friday, December 20, 2013

Sabarlah Duhai Hati

Salam Jumaat..Penghulu Segala Hari..
Semoga Hidup Kita diberkati.. Insha Allah..



Semoga ia menjadi motivasi untuk diriku..
Seandainya kita menginginkan sesuatu..
Mintalah pada pemilik hati yang hakiki..
Kerana Dia yang lebih tahu segala2nya..
Dia-lah yang membolak-balikkan hati kita..
Dia juga lah yang memegang hati kita..

Mudah2an dengan doa..
Dan restu yang Allah berikan kepada kita..
Mudah2an apa yang diharapkan menjadi kenyataan..
Hanya Allah yang mampu mendekatkan dan menyatukan hati2 kita..

Semoga ada jalan yang terbaik buat kita..
Sabarlah Duhai Hati..!!

Thursday, December 19, 2013

Dugaan

Dugaan..Dugaan..Dugaan..Ujian..Ujian dan ujian..
Praktikal dah berakhir.. 20weeks mission complete..Alhamdulillah..
Tapi perjuangan masih belum selesai..
Thesis dan Viva.. Oh My God!!


Dalam minggu sangat hectic ni la..dugaan datang melanda..
Allahu Akbar..betul2 mencabar diri ni..
Tapi tetap cuba kuatkan semangat untuk sebuah kejayaan..
Mudah2an dengan keyakinan dan kekuatan semangat yang diberikan..
Segala Usaha yang dicurahkan membuahkan hasil
Mudah2an disebalik dugaan ada hikmah disebaliknya..
Mengharap ada kejayaan yang cemerlang dalam pelajaranku..
Amin

Dugaan diakhir semester..tahun terakhir pengajian..
Minggu terakhir praktikal..gusi bengkak sebab gigi bongsu tumbuh..
Alahai senget sebelah pipi ni haa..
Nak surut bengkak tu kemain lama..
Sekali dengan package demam..nasib baik tak teruk..
Sebab kalah dengan sakit gigi..
Baru nak baik sakit gigi ni..
Datang pula selesema + sakit tekak..
Penangan minum ais dari air xmasak..mungkin..
Sabar je la..semua ni dugaan..
Mudah2an sakit ni adalah sebagai kifarah dosa2 ku yang lalu
Insha Allah..

Apa2 pun..syafakillah untuk diri sendiri..
Mudah2an kuat semangat untuk menyelesaikan segala tugasan..
Semoga kejayaan menjadi milikku
Amin

Wednesday, December 4, 2013

Wordless Wednesday..!!



But actually Thanks for make my day.. Trying hard to be understanding and care about you.. May it has been the chosen one for me.. Insha Allah.. I hope so..

Saturday, November 30, 2013

Wednesday, November 6, 2013

Weakness Wednesday : Flu...!!!

Itulah penangan banyak fikir masalah..banyak menangis..fikir benda yang xberfaedah..Inilah habuannya..Selesema + Sakit tekak..

Stop please Yati!! No more crying anymore.. you must be strong for your good health condition. 

Tapi setiap kali kita cuba untuk kuat dan bertahan namun kita tewas jua..kadang2 kita tak mampu untuk hadapi semua tu..walaupun kita rasa kita boleh dan mampu. Allah lebih tahu semua itu..Yang penting berdoa dan terus berdoa untuk yang terbaik.. Doa itu senjata Mukmin..

Ujian yang Allah beri untuk kita adalah bertujuan sama ada kita sedar atau tak akan nikmat yang Allah berikan.. dan sakit yang Allah beri adalah untuk kifarah dosa2 kita yang lampau..mudah2an. 

Kadang2 Allah berikan ujian sebab kita semakin lama semakin lupa dan jauh dari Allah, walaupun sebenarnya kita tak rasa kita jauh dari Allah..tapi Allah lebih tahu apa yang kita buat..mungkin kita rasa betul tapi di pandangan Allah, tidak sama sekali..

Apa yang seharusnya kita sedar adalah..sentiasa mengingati Allah saat susah ataupun senang kelak hati kita juga yang menjadi tenang..Insha Allah..

No one will know you better except Allah..
Sabarlah sayangku..Allah sedang mengujimu..
Syafakillah. 
Beruntunglah kat tempat latihan praktikal ada sediakan 
klinik panel untuk semua staff..free je pegi klinik..xpyh bayar..
Alhamdulillah..semoga cepat sembuh Yati..
Strong Girl are Never Give Up!!!

Wednesday, October 30, 2013

Weakness Wednesday

Selalu ditemani air mata sejak akhir2 ni..xtau kenapa..macam ada sesuatu yang membuat hati sayu dan sedih.. cuba untuk tahan..tapi tak mampu dan akhirnya biarkan ia mengalir sendiri.. dengan harapan akan muncul sesuatu yang lega dan lapang di fikiran..

Allahu Akbar hanya engkau yang tahu dalam hatiku..apa yang tersirat disebalik kesedihan ini.. Mudah2an aku mampu untuk bertahan dan kuat semangat mengharungi kehidupan ini..

Setiap kali sedih dan hati tak gembira..selalu sangat berpura-pura biasa dihadapan orang lain terutamanya kawan2..tapi sebenarnya hanya tuhan yang tahu.. tak sanggup tengok mereka sedih juga sebab masalah diriku..

Tapi bila mengadu pada-Mu Ya Allah aku tak mampu..dengan sendirinya air mata mengalir dengan laju.. Ya Allah Engkau tempatku mengadu..Tempat untukku mengumpul kekuatan demi meneruskan sebuah kehidupan. Biar tiada siapa yang memahami diriku, namun tidak sanggup untuk hilang cinta Allah..

Semoga aku kuat menghadapi apa yang sedang berlaku ini..Mudah2an doa2 ku di makbulkan..Amin

Bukan kemewahan dan harta benda yang bertimbun yang ku harapkan namun cukuplah dengan kasih sayang dan perhatian seikhlasnya dari hati yang suci dan rela.

Saturday, October 26, 2013

Saturday Moment : Budak Kecik Dah Gemuk??? Errr..

Assalamulaikum Everyone..
Saturday or Sunday I wil see my roomate will sleep again after Subuh..but mine..Kau mmg mata lalat, celik mata dah xblh pejam balik..Ok fine. Abaikan je dia. Xpenting.

Apa yang penting adalah saya dah kena tegur dengan sorang akak staff kat Ofis..masa dia sembang2 tiba2 gelak tengok muka saya..errr kenapakah? Pastu dia cakap "Pipi Yati dah naik" Errr..masa tu saya tak senyum pun, hanya fokus pada cerita akak tu..Balik rumah tak puas hati cari timbang rommate..Then.. 2kg?? Fikir balik timbang ni tipu ni..dah rosak kot. Ok fine. Abaikan sebab tak rasa perubahan yang saya dah berisi. Boleh katakan setiap hari timbang berat, xkisahlah sebelum makan atau selepas makan.. Hasilnya.. Sama..tak berubah ye..

Akhirnya terima je la hakikat yang kau dah gemuk sekarang..gemuk kat mane..Pipi je..ok sekian terima kasih. Tapi sebenarnya Happy juga sebab saya adalah seorang yg susah nak naik berat badan..Bagi je la makan apa pun..tetap sama hasilnya. Tapi tak tahu lah kenapa kali ini..Ada hasilnya sikit.

Mungkin bila balik keje..cari makanan..suka masak benda yg boleh membahagiakan perut..pastu malam makan lagi..lepas makan tidur..atau mungkin saya sedang bahagia..Hahaha..tettttt..Biarlah rahsia..

Saturday, September 28, 2013

#Throwback #MelbourneTrip #Part5Degree

#Throwback.. On 22nd - 26th April 2013.. Part 5 Degree..To Melbourne, Australia
Alhamdulillah dapat juga menjejakkan kaki ke sana..walaupun sekejap tapi bermakna..Hari terasa nak camwhore jap nak tunjuk semua gambar2 kegemberaan dan keceriaan kami disana.. Memang sangat camwhore..lupa diri jap..dok tengah2 jalan amek gambar..apedehal..Australian people semua baik. Very nice place to be visit. Waktu datang sana cuaca sangat sejuk..siang hanya 14 darjah celcius dan malam hanya 9 darjah celcius..cubalah bayangkan. Apa yang cantik kat sana adalah mata kita ni suci dari tengok benda2 lagha dan tak senonoh sebab kebanyakan semua berpakaian sopan. Almaklumla musim sejuk kot. Masa kami di sana cuaca sedang peralihan dari musim panas atau luruh kalau tak silap saya kepada musim sejuk..sebab tu sejuk teramat sangat.
Ni masa Majlis Taklimat Rektor
 Camwhore di Airport.. LCCT..Kami naik AirAsia X..cukup lah tu..
Athirah (back) and Renee (front)
 ni kat pantai apa tah nama dia..teramat sejuk..
singgah kejap masa otw ke Philip Island
(kiri) Afdal, Intan, Isna

Hanya Mengharapkan Secebis Kasih dan Sayang

Pertemuan yang tidak diduga semua itu bukanlah dalam rencana kita..Semua itu di luar kemampuan kita, hanya Allah yang tahu segalanya. Setiap pertemuan perpisahan ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Mungkin tiada siapa yang ingin untuk jadi seperti itu namun sebenarnya Allah lebih tahu segalanya.

Jangan menyesali sesuatu kejadian itu jika pengakhirannya hanyalah kekecewaan. Ujian dan dugaan yang diberikan itu sebenarnya tanda Allah menyayangi kita dan Dia menguji sejauh mana Iman kita..sama ada kita masih ingat kita di waktu senang atau susah.

Allahu Akbar tidak dapat digambarkan perasaan hati ini saat merinduinya. Hanya Allah yang tahu maksud tersirat yang tersimpan rapi dalam hati. Mungkin tiada siapa yang tahu maksud sebenar. Ya Allah, bukan aku pinta harta benda yang mewah namun yang aku perlukan hanyalah secebis kasih sayang seikhlas hati darinya buatku. Menerima diri ini seikhlas hati dan mencintai segala kekuranganku kerana tiada manusia yang sempurna di dunia walaupun berbeza pangkat dan darjat di dunia namun pada pandangan Allah kita semua sama tiada berbeza..Makhluk dan khalifah-Nya yang pasti.

Monday, July 22, 2013

Niat

Sejak akhir-akhir ni banyak pula cerita yang kurang enak didengar dan dilihat di pandangan mata..macam kahwin lari kat Thailand la..poligami la..kahwin suami muda teruna la..macam2 la..jadi Hot Story juga lah.. Kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang, kalau tiada khabar yang membawa berita tak mungkin ia tersebar. Begitulah ceritanya..Kadang2 kita yang dengar ni pun tak tahu dah mana satu yang betul dan siapa yang salah. Kalau memihak kepada yang satu, satu pihak lagi mungkin dia lagi betul. Menyampah pula fikir masalah orang ni..Tapi tak best bila dengar cerita2 macam tu..Kita akan fikir, orang tu dah hilang akal agaknya. Sebab itulah macam2 spekulasi timbul untuk menjernihkan keadaan yang sebenarnya tak jernih2 pun..makin keruh adalah..Banyak sangat mulut yang perlu didengar, fikiran pun tak mampu nak memilih mana yang salah dan yang betul. Akhirnya, hilang pertimbangan. 

Semua itu berbalik pada niat kita sendiri. Kita yang menetapkan (MINDSET) sesuatu perkara itu. Perkara utama dalam menilai sesuatu perkara adalah NIAT. Jika niat itu baik, maka baiklah jadinya. Namun jika niat itu salah, maka terpesonglah kita dari jalan yang benar. 

Jadi, sebelum melakukan sesuatu yang mungkin akan memalukan dan memakan diri kita..sebaiknya berfikirlah sehabis baik sebelum melakukan perkara yang diluar kawalan dan jangkauan orang, kerana mungkin akan menjadi fitnah dan maruah diri pasti dpertikaikan..Kepercayaan orang lain kepada kita juga semakin berkurangan. 

Berfikir secara rasional, waras tanpa emosi mampu menjadikan diri kita lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. Allah memberikan kita Akal untuk berfikir, Allah juga memberikan kita sekeping Hati yang suci untuk kita menilai yang baik dan buruk sesuatu perkara. 

Jadi, jangan terlalu emosi, berfikirlah secara terbuka..dan doakan kebahagiaan dan kesejahteraan orang sekeliling kita serta maafkanlah segala salah dan silap orang di sekeliling kita..Semoga kita menjadi manusia yang berilmu..

Salam Ramadhan..Anda Tahu, Fikir2kanlah..

Tuesday, July 16, 2013

Berakhir Sudah...

Alhamdulillah..perjalanan ku selama 3 semester di sini telah berakhir..
Di UiTM Kampus Bandaraya Melaka..walaupun selepas ni praktikal kat Melaka tapi sesi pembelajaran di kelas telah berakhir..
Terlalu banyak kenangan manis, pahit dan semua ada..macam2 ada..Yang meninggalkan kesan adalah menjadi bahan gosip..tak pasal2 jadi mangsa..padahal takde kena mengena pun..kelakar je..
Sebenarnya sedih juga bila terasa diri macam jadi bahan fitnah..walaupun xde orang tahu.. but I feel it..

Tak perlulah diperbesarkan sekarang ini..yang penting semua dah berakhir..no more annoying things.. Saya bahagia sekarang..dapat hidup dalam kehidupan yang bebas tanpa ada orang sekeliling yang memandang benci..tinggalkan semua itu jauh2..jangan difikirkan lagi..

Dari semester 3 mula2 masuk dulu tahun lepas..pada bulan March 2012.. antara aktiviti besar sepanjang bergelar student IB di UiTM seperti..
EXHIBITION Part 3

Sunday, July 14, 2013

Loading....

Loading.. Refreshing..............

Assalamualaikum w.b.t..Salam Sahabat.. Salam Ramadhan
Admin sedang mengemaskini blog peribadinya yang semakin bersawang..
Disebabkan kesibukan yang terlalu cemburu dengan diri ini untuk berblog seketika..
In Sha Allah..akan ada entry baru..
Stay Tuned..........
Selamat Berpuasa...!!!

Loading.. Refreshing.............
LoL

Sunday, June 2, 2013

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree

Assalamualaikum w.b.t.
For the first time I wanna join this giveaway by NABEEL FIKREE..
Just trying the best of luck.. Have a nice day everyone!!


Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.

Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013



Thursday, May 30, 2013

Setelah Sekian Lama

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah Allah masih memberi kita sedikit kesempatan untuk terus memperbaiki diri di dunia ini..sebagai penambahan bekalan menuju yang abadi..Mudah2an ada perubahan pada diri walaupun hanya sebesar zarah..Insha Allah moga ianya akan berterusan.

Setelah sekian lama..Sibuk dengan diri sendiri dan pelajaran yang menyekat sedikit ruang untuk menulis di sini..Akhirnya hari ini dapat juga menghidupkan kembali ruang yang semakin kelam dan malap ini..Biar ruangan ini yang kelam tapi jangan sampai hati kita juga kelam..Bahaya..Cepat2 sedarkan diri..sebelum tersesat jauh.

Semoga Allah sentiasa memberkati kita walau di mana jua kita berada. goodbye..Have a good day!! Assalamualaikum.
________________________________________________________

Promotion..!! Grab the chance..

Berminat!!
Ingin membeli dan sedang mencari..
Ask me now..Buy it now!! It valuable..
Hubungi saya sekarang.. 012-7986125
*untuk tempahan sabun sahaja..sebarang aktiviti yang kurang menyenangkan TIDAK akan DILAYAN
Terima Kasih

Kerjasama anda amat dihargai..

Monday, April 22, 2013

Pray For Me!!

Assalamualaikum w.b.t Readers..
Today I will fly to Melbourne, Australia for My Academic Trip..
I hope to all readers, Please pray for my safeness there.. May Allah ease our trip..
Safe journey and safely back to Malaysia soon..Amin
Good Luck Guys!!! See you so0n..

Saturday, April 6, 2013

Kepadamu.....

Kepada Beliau..
Kenapa anda susah sangat nak katakan perkara sebenar..Cakap je la depan2 dan terus terang lagi senang..tak payah nak sembunyikan kebenaran. Kalau suka cakap saja suka..katakan pada tuan punya badan..Ini yang pergi menyusahkan diri, pendam perasaan itu lama2 nak buat apa..Kalau tiba2 si dia di sambar orang tak ke lagi merana..

Kalau tiba2 si dia itu dah takde lagi depan mata..apa nak buat?? Walau menangis air mata darah sekalipun belum tentu akan mengembalikan orang yang kita suka pada kita. Peluang terbaik hanya datang sekali, jadi rebutlah peluang yang ada. Diterima atau di tolak itu adalah lumrah kehidupan. Dalam dunia ini, kehidupan setiap manusia ada pasang surut dan naik turunnya. Tak salah kita menyatakan sesuatu hasrat hati kita asalkan niatnya baik. Kalau dipendam tanpa diluah, sakit juga kan. Merahsiakan sesuatu belum tentu boleh selesaikan masalah.

Saturday, March 30, 2013

Sedarlah, Ada Sebuah Hati yang Sakit Kerana Anda!!

Hampir 3 semester menjalani kehidupan sebagai pelajar degree di sini..tapi setiap kali semester baru bermula..masalah yang sama masih timbul dan tanpa sebarang jawapan yang sahih. Apakah?? Kenapakah? Bagaimanakah? Siapakah?
Setiapkali cuti semester..rasa bebas tapi bila semester baru bermula..pada mulanya fikir, tiada lagi gangguan dan bayangan itu. Namun, semua itu hanyalah mimpi..sebenarnya makin teruk ada lah..Ingatkan dah berputus  asa atau putus harapan. Bila semua ini akan berakhir..?

Tuesday, March 26, 2013

IIDEX2013 Achievement

Sekitar IIDEX2013..15th-17th March 2013..
Alhamdulillah berjaya mengaktifkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat.. Pencapaian yang tidak seberapa tapi memberi banyak pengalaman..Mudah2an ada jalan yang terbuka luas di luar sana..
Opening Day..

Wednesday, February 27, 2013

Kekuatanku

Dalam berkawan mesti akan terjadi bila kawan kita ada masalah mengadu masalah mereka kat kita..pillow talk katanya. Jadi kaunselor tak bertauliah dah selalu sangat. Banyak betul dengar dan simpan masalah orang. Maafkan saya, saya bukanlah pakar motivasi atau kaunselor terhebat..tapi apa yang saya boleh bantu saya cuba untuk tolong..kalau tak, hanya nasihat yang boleh diberi.

Selalu sangat jadi tempat mengadu, tak tahu kenapa. Hanya mereka je yang tahu. Kerana saya tahu kelemahan saya di mana. Memang saya selalu tunjuk macam saya tiada masalah pun depan mereka tapi hanya Tuhan saja yang tahu isi hati saya. 

Sunday, February 24, 2013

Maaf..Bukan Sombong Tapi Pemalu

Banyak betul pertanyaan dan kata2 dari orang luar yang mengatakan saya ni sombong.. Oppsss tak memasal dapat title baru..

Okay nak ditegaskan di sini pada kawan2 yang belum mengenali diri ini..Maaf sebenarnya saya bukan sombong tapi saya ni pemalu sikit dengan orang yang saya tak pernah jumpa. and I am not talking to the stranger..sebab tu kalau kawan2 saya jumpa saya kat luar tolonglah tegur saya dulu..sebab saya memang 'quite shy' sikit bab2 approach orang..tegur pun saya tak pandai..tapi sedang mencuba..Alhamdulillah sekarang nak tegur orang dah boleh cuma bab tegur lelaki dulu je tak pandai..I'll always keep in silent at first..tak pandai memulakan kata2..kalau orang tu senyap saya pun senyap la..tapi kadang2 tanya juga la..tapi perlukan masa.

Thursday, February 21, 2013

23rd Already..!! Alhamdulillah

Alhamdulillah..
Mengimbas kembali..
Pada 21 February 1990, Bersamaan 25 Rejab 1410
Di pagi hari Rabu yang indah..
Maka lahirlah seorang insan yang menjadi penyeri keluarga
Yang diberi nama NURUL HARYATI
Permata kedua buat Ayahanda BASIRON@ABDULLAH
dan Bonda HAMIMAH

Monday, February 18, 2013

Istikharah Cinta

Alhamdulillah..Semalam.. 17/02/2013
Tahniah buat Sahabat tersayang..Ain..Semoga kekal hingga ke akhirnya..Amin..
Tak boleh cerita lebih2 sebab ni baru tunang..

Sunday, February 17, 2013

Marah

Marah???!!! Anda pernah Marah?? Biasa marah2..Tentu sekali jawapannya 'YA'. Tipu sangat kalau kita manusia hidup yang tak pernah marah. Ada Ke?? Mustahil untuk percaya.
Marah adalah sifat semulajadi manusia yang dijadikan oleh Allah dengan berbagai-bagai ragam dan juga perasaan..Salah satu perasaan adalah MARAH. Dan tahap marah seseorang adalah berbeza-beza..Ada yang suka marah sampai lebam..tersangat la marah. Ada yang marah biasa2 je..Bak kata orang marah2 sayang je. Ada juga yang suka marah siap dengan tangan kaki sekali jalan. Dan macam2 lagi gaya orang yang sedang marah.

Friday, February 15, 2013

You Always Make Me Nervous

Oh Exam Result.. You make me my life ended.. Nervous so much..
Bila UiTM post kat FB camni..bertambahlah nervous akaq you..
Memang xla nak tunggu pukul 12 a.m on night untuk tengok result..Jadi buat keputusan untuk tidur je la..Esok baru tengok result..(Padahal takut sebenarnya) Untuk cari kekuatan dulu jadi esok pagi kita jumpa ye student portal..Oh no..Better Check your email..More faster than student portal.

Esoknya masih tak nak tengok lagi tapi walau macam mana sekalipun kena hadapi juga sebarang kemungkinan..dup dap dup dap..Macam ada dalam fikiran ini.. Fikir bukan2 je..Hishhh Istighfar banyak2.

Thursday, February 14, 2013

Generasiku Kini

Termenung ku di jendela
Tersedar seketika dari lamunan
Terfikir pada sebuah kehidupan
Generasiku kini
Mengapa terlalu banyak khabar duka
Apakah mereka jahil
Sehingga tidak mampu membezakan
Yang benar dan yang salah
Keganasan di sana sini
Maksiat semakin berleluasa
Mengapa generasiku..Mengapa
Begitu mudah mawar sucimu dirobek
Oleh mereka yang haram buatmu
Bukankah lebih indah

Tuesday, February 12, 2013

Kurus..Bukan Masalahnya..

Alhamdulillah Syukur..Luckily I am happy to be thin!!! Even there's any people out there keep on talking..talking & talking..blablablabla..Why you so thin??? Makan banyak2 la bagi gemuk sikit..ko ni tak makan ke..kurus je..

Even so many thing around me..make me stress, messy with this problem..actually to be grateful because of I am excluded in the list who nominate in contributed obesity in Malaysia. 

Monday, February 11, 2013

Tahniah Buat Mereka

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas di Bumi Allah ini.

Bersyukurlah sejak2 akhir2 ni..Banyak sangat post2 dari sahabat yang dikenali tidak kiralah yang rapat ataupun teman biasa..Masing2 ada yang dah selamat bertunang dan ada juga yang telah selamat bernikah, mendirikan mahligai indah bersama pasangan masing2..

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada mereka..dengan ucapan semoga berbahagia hingga ke Syurga..Barakallahufikum.

Suka nya tengok orang lain dah bertemu dengan pelengkap hidup masing2..agak2 bila pula giliran saya ya..Masih tercari-cari jawapan itu..semua itu rahsia Allah..Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya..Segalanya mungkin terjadi..Kun Fayakun!!

Sunday, February 3, 2013

Syukur Atas Kurniaan-Nya

Being A Great Person.. Being a Good Muslimah
Kalau dengar nampak macam hebat kan..?? Tapi sebenarnya itu yang sepatutnya kita.. Being You as you Are. Kadang2 kita jadi baik orang mengata..jadi jahat lagi lah orang teruk mengata..Nak jadi macam mana lagi..Nak jadi baik kena kuat semangat dan jadi diri sendiri dulu..barulah kita tak goyah dengan kata2 orang lain..Almaklum la manusia dilahirkan berbeza-beza sebab itu kita unik. Tak sama dengan orang lain xde prototype ataupun photocopy. Kita hanya pernah jumpa yang hampir seiras dengan kita tapi berbeza perwatakan dan juga sebaliknya. Unik kan? Itulah ciptaan Allah..

Pernah tak kita dengar orang cakap "aku tak boleh bagi nasihat lah, aku bukan baik pun..kau lah..kau kan baik, kuat agama.." Erkkk kena tunggu baik ke baru boleh nasihat orang ke?? Fikir jap..Kalau macam tu sampai bila boleh nasihat orang, kalau ada orang buat salah depan mata pun tengok je la..sama2 tanggung dosa. Nak jadi baik di depan orang lain bukan senang..Ada je yang orang tak puas hati dengan kita. Sebab itulah kita kena latih diri sendiri untuk jadi baik perlahan-lahan. Bermula dari dalam diri, kita ubah apa yang tak sepatutnya dan tambah apa yang kurang. Kita manusia terlalu banyak kekurangan..Lalai dan leka yang mempengaruhi segalanya..Bak kata orang..Kena Selalu Recharge Iman kita setiap hari. Check Back Where Your Iman Right Now?? Is it Healthy or Trouble.

Wednesday, January 30, 2013

#Wordless Wednesday

LOVE is BLIND...!!!

So True..

But..

Our Heart Never Be Blind To Make A Right Decision

Am I Right???

Think It Deeply and Open Your Eyes, Heart and Mind

Allah Knows Better..



Sincerely : Atiey

Masalah Hati

Hati tak boleh dipaksa..
Walau dipujuk dan dirayu sekalipun..
Sekiranya hati tak ikhlas..
Segalanya takkan mungkin..

Maaf aku tak mampu untuk memaksa diri sendiri saat ini..ku tak mampu.. Hanya Allah yang mengerti isi hatiku..Ya Allah kuatkanlah hambamu ini..Bukan tidak sudi namun..keyakinan dan kekuatan diri masih belum cukup kuat untuk membuktikan bahawasanya ada keikhlasan untuk menerima diri ku seadanya.. Allahu Akbar..Ini sebuah dugaan dan ujian buat hati untuk membuat pilihan..Semoga aku terus tabah dan tidak membuat pilihan yang salah..


Maafkanku wahai Teman..Semoga ada bahagia buatmu..
Hati ini masih tak mampu..untuk dipaksa..

Sunday, January 27, 2013

Jangan Mulakan Kalau Tak Ikhlas

Kadang-kadang kita tak sedar yang kata-kata yang di anggap biasa tu dah mengguris hati orang lain.. Am I Right?? Kita tak pernah sedar sebenarnya, hati manusia ni berbeza-beza..ada sesetengah orang yang boleh tahan dan layan dengan gurauan dan kata-kata kita..tapi ada juga yang kita cakap sikit je dah terasa.. Bak kata pepatah Melayu.. "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar"

Apa perasaan kita kalau tiba-tiba orang, kawan lah terutamanya yang paling terdekat.. Kawan kita cakap "Eh ko ni dah gemuk la.." tak pun "ko nie tak makan ke?? Kurus je..cuba makan banyak-banyak"
Tapi sebenarnya kita terfikir tak apa yang kita cakap tu umpama kita melawan dan menafikan ciptaan Allah.. Cuba tanya pada orang yang gemuk atau kurus, Seronok tak jadi sedemikian rupa?? Sudah pasti jawapannya tidak.. sebab.. Hari2 orang tegur.. Stress right??

Saturday, January 26, 2013

Terima Kasih MARA

Assalamualaikum..
Alhamdulillah semalam 25/1/2013..
Saya telah menerima sepucuk surat dari MARA..
Permohonan pengurangan pembayaran balik pinjaman pelajaran MARA untuk Diploma yang lepas telah berjaya diluluskan..Bersyukur sangat..dari jumlah yang kalau diikutkan sampai cucu cicit pun belum tentu habis bayar..Akhirnya boleh menarik nafas lega..dan boleh senyum sampai telinga..

Jika sebelum ni..surat penangguhan diterima..dan jadual pembayaran balik pinjaman dikeluarkan..dengan jumlah yang.. -__- tak mampu digambarkan dengan kata2..dan jangkaan bayaran pinjaman sehingga tahun 2026..opppsss masa tue mungkin sudah ada anak lima kot..huhu..hutang masih keliling pinggang..camano nie ha..??!!

Tapi dengan penerimaan surat ni..
Dari jumlah yang begitu.. *pengsan jap fikir nak bayar..
Jadi kepada jumlah yang sedemikian..Alhamdulillah.. 
Bersyukur yang teramat sangat..boleh kurangkan sikit beban hutang ni..
Dah lam degree ni ditanggung oleh PTPTN..
Nasib baik jangkaan PTPTN letakkan dalam perjanjian adalah 3 tahun..tapi xlebih RM20000..
Tapi saya belajar dalam masa 2 tahun..mungkin lepas habis 2 tahun..kena buat penutupan akaun terus..
Untuk mengelakkan hutang semakin bertambah..xnaklah ambil semua..
Memanglah best seronok dapat duit beribu2..tapi duit orang pinjamkan..
Cukup tempoh kena bayar balik maa..
Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna..
Ambil langkah berjaga-jaga..lebih baik xyah ambil duit itu..

Okey, masalah hutang dah selesai..
Terima Kasih MARA..

Thursday, January 24, 2013

Perkongsian : MAKANAN YANG BOLEH BUAT JADI PELUPA

    1. Banyak makan epal yang sudah masam.
    2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.
    3. Banyak makan bawang besar.
    4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
    5. Memakan kepala ikan.
    6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
    7. Makan sehingga terlalu kenyang.
    8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
    9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
    10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
    11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
    Sumber dari : Harian Islam

Wednesday, January 23, 2013

Semoga Cintanya Mekar Dihati

..Salam Maulidur Rasul..
Esok ialah hari lahir keputraan Rasulullah SAW..
12 Rabiul Awal
Seorang Rasul yang paling agung di muka bumi ini..
Kekasih yang selalu mengingati kita setiap masa...
Itulah Rasul kita ♥~
Nabi Muhammad SAW ♥

**** اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ****

Mari kita bershalawat keatas nabi sama2 :) 
♥ آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ♥ :) آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ:) ♥ آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ♥ :) آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ:) ♥ آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ♥.

Semoga Cintanya terus mekar dihati kita setiap masa dan ketika..
walau dimana jua kita berada..
 Semoga kita sentiasa membasahkan lidah kita dengan ke atas Nabi serta zikrullah setiap masa..
Jadikan ia satu amalan kita..Bukan hanya berselawat pada hari kelahiran Nabi sahaja..
InsyaAllah..Semoga istiqamah..

Tuesday, January 22, 2013

Mahal Sangat Ke "MAAF" tu??

Assalamualaikum sahabat sekalian..

Pernah tak anda berkawan dengan kawan yang sangat susah nak mengaku salah apatahlagi nak minta maaf..memang sampai ke sudah tak dapat..sangat ego..??
Kat dunia ni ada macam2 manusia Allah jadikan dengan pelbagai ragam dan rupa..ada yang baik, kurang baik, cantik, kacak, macam2lah..semuanya ciptaan yang sempurna..Alhamdulillah..Hanya kita yang menilai seseorang yang kita kenal tu dengan macam2 penilaian..stereotype..

Dalam kita berkawan, kita nak jadi yang terbaik untuk semua kawan2 kita,,dalam erti kata lain xnak lah bermasam muka..biarlah semua happy je. Tapi tak semua yang kita nak kita dapat..Berkawan..kawan juga, takkanlah kita seorang je yang kena jaga hati kawan sedangkan kawan kita tak pernah fikir pasal kita pun..tak pernah faham perasaan kita..Adilkah begitu?? Mestilah tak..Kesabaran ada batasnya..

Susah sangat ke nak sebut perkataan "MAAF" "SORRY" "BIYANEE"..atas kesalahan yang dibuat..bukan tak nak maafkan kesalahan orang tu tapi sekurang2nya dengan kata MAAF itu dah cukup untuk buat kita tenang..Mahal sangat ke maaf dia kat kita..Atau siapakah kita ni dipandangan matanya..Kawan atau hanya orang yang boleh dibuli..
Daisypath Happy Birthday tickers