Blogger Layouts

Sunday, January 27, 2013

Jangan Mulakan Kalau Tak Ikhlas

Kadang-kadang kita tak sedar yang kata-kata yang di anggap biasa tu dah mengguris hati orang lain.. Am I Right?? Kita tak pernah sedar sebenarnya, hati manusia ni berbeza-beza..ada sesetengah orang yang boleh tahan dan layan dengan gurauan dan kata-kata kita..tapi ada juga yang kita cakap sikit je dah terasa.. Bak kata pepatah Melayu.. "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar"

Apa perasaan kita kalau tiba-tiba orang, kawan lah terutamanya yang paling terdekat.. Kawan kita cakap "Eh ko ni dah gemuk la.." tak pun "ko nie tak makan ke?? Kurus je..cuba makan banyak-banyak"
Tapi sebenarnya kita terfikir tak apa yang kita cakap tu umpama kita melawan dan menafikan ciptaan Allah.. Cuba tanya pada orang yang gemuk atau kurus, Seronok tak jadi sedemikian rupa?? Sudah pasti jawapannya tidak.. sebab.. Hari2 orang tegur.. Stress right??
Pernah kita tengok dan fikir dalam-dalam dengan mata hati..Dari mana kita datang?? Dari siapa kita diciptakan?? dan Ke mana kita akan datang?? Kalau seseorang tu gemuk atau kurus sebenarnya siapa yang kehendakkannya..melainkan Allah..Kun Fayakun..Beruntunglah dan bersyukurlah seandainya Allah jadikan kita sesempurna sifat..dan percayalah yang cantik tak akan cantik selamanya..seandainya Allah berkehendak segalanya mungkin..tiada yang akan terlepas. Sebaik-baiknya ketika kita diberi kesenangan janganlah lupa untuk bersyukur..Bukan mengingati-Nya sewaktu kita susah je.
Boleh bayangkan tak kalau kawan kita cakap.."ko nie dah la kurus, keding pulak tu kan.." tak pun dia samakan kita dengan orang lain.. I Have an experience about my friends..She same like me..kurus juga..but maybe she think she's beautiful than me..haha..okey nevermind. masa tu kami jalan2 kat Mall beli barang sikit..Tiba2 nampak pasangan suami isteri nie la..isteri dia kecik je..lebih kurang macam saya la..pastu kawan saya boleh samakan saya dengan isteri dia bila saya mengandung nanti..oppsss sampai camtu sekali..Tiba2 juga hati ni jadi sensitif..Tapi bila fikir balik..kenapa perlu samakan diri kita dengan orang lain..sebab bagi pasangan tu mereka dah berjaya melepasi satu fasa berkeluarga..tapi kita ni masih lagi huru-hara..nak jaga diri sendiri pun tak betul lagi..

Pernah kita terfikir kalau kita samakan diri kita dengan orang lain..nasib kita atau rezeki kita tu sama ke dengan orang tu..boleh jadi ya dan boleh jadi juga tidak..kerana kita masih tak mampu mentafsir kehidupan kita akan datang..Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan..If that spouse, pregnant with such that way, for my time maybe its not go through like them..Look!! the way of our path is different..so don't just make an assumption..better look ourself first..

Tapi ada je kan yang tak boleh terima kita kerana fizikal..Gemuk atau kurus..Pernah kan kita ditinggalkan sebab kita kurus..biasanya bila kita berkawan tapi tak pernah bersua muka..bila berjumpa dan tadaaaa..tak memenuhi ciri2 sebenar kita pun ditendang bagaikan bola..kalau jumpa pun buat2 macam tak pernah kenal..sungguh kejam kan..sedangkan haiwan pun tahu menilai..tapi manusia ni mengada-ngada..dah jumpa yang sempurna tapi nak yang lagi sempurna..tapi tak pernah cermin diri sendiri dulu..
Ada lagi..terutamanya kawan lelaki lah..dia cakap kita kurus dan suruh makan banyak-banyak..huh memang rasa nak bagi penumbuk sebijik..nampak sangatlah orang tu tak ikhlas nak kawan dengan kita..dia malu dengan fizikal kita yang tak memuaskan..almaklumlah lelaki kan suka perempuan atau wanita atau gadis yang comel, gebu, tertarik, menarik,,tapi kalau kurus nak menarik apa.. mestilah depa tak mau..

Kalau kita bagi soalan cepu emas kat orang yang cakap macam tu kat kita..suruh dia bayangkan macammana jadi seseorang kita..apa yang dia rasa kalau dia kat tempat kita.. bila kita makan banyak..sampai orang pun takut tengok kita makan..tapi makan2 pun tak jadi badan..sama juga macam tu kuruih keding tak besaq2..dalam masa yang sama orang bagi tekanan yang macam2 pasal kita ni kuruslah gemuklah..apa2 saja..agak2 apa yang dia rasa..
Hey you, Fikirlah sebelum berkata-kata..bukan kita minta untuk jadi begini..berbagai-bagai cara dilakukan untuk jadi seperti yang orang lain harapkan..tapi sebenarnya Allah kata tidak..maka tak mungkin akan berjaya..

Sekadar renungan bersama..belajar dari pengalaman..bukan marah sebab orang mengata kita tapi sedih sebab berkata-kata tanpa berfikir panjang..hati manusi itu berbeza-beza..hati kita Allah yang jaga..Jadi berhati-hatilah dalam menjaga tutur kata mu agar tidak mengguris hati sesiapa..



*untuk pengetahuan, pemilik taman sakura ni pun salah seorang dari mangsa di atas..saya kurus..tapi dah biasa dan lali dengan semua kata-kata manis itu..tak memberi kesan apa pun..for me..biarlah saya kurus pun,yang penting kita bahagia..







Kalau tak ikhlas nak berkawan dengan kita lebih baik tinggalkan..daripada mengeluarkan kata2 yang boleh menyakiti kita..kalau malu dengan fizikal kita yang tak menarik tu tinggalkanlah..itu hak peribadi mereka.. Tak semua orang boleh terima kita seadanya..dan tak semua orang yang kita boleh terima dia seadanya..kerana setiap manusia punya citarasa tersendiri..
Selamat beramal..Semoga kita jadi insan yang kuat dan tabah sebagai khalifah di Bumi ini..Amin.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers