Blogger Layouts

Sunday, January 13, 2013

Hanya Tuhan yang Tahu

Di Malam yang dingin ini..
Masih lagi menanti sebuah jawapan..
Dan masih lagi mencari dan ingin merungkai sebuah persoalan..
Yang masih tiada jawapan..
Ya Allah..
Apakah jawapan sebenar untuk segala persoalan ini..
Masihkah aku punya peluang untuk mengetahui rahsia tersembunyi itu..
Yang masih Kau rahsiakan dariku Ya Allah..
Terus Menanti dan terus mengharap seribu Rahmat-Mu Ya Allah..
Walau ku tahu ia tak semudah yang di sangka..
Tapi aku terus tetap kuatkan semangat dan menyimpan hasrat untuk sebuah jawapan itu.

Sungguh aku bukan manusia sempurna..
Tapi bukan bermakna aku boleh dipermain-mainkan..
Seandai dirinya ingin mengenaliku lebih dekat..
Ku harap..
Carilah jalanmu untuk berterus terang..
Bukan hanya menyebarkan khabar angin yang tidak diketahui asalnya..

Sesungguhnya Allah sentiasa dekat dengan kita..
Andai tidak mampu dan tiada kekuatan untuk berterus terang..
Mohonlah pada Allah
Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan..
Amin..
Semoga Dirimu bahagia selalu..
Dan berada di bawah Rahmat Allah..

No comments:

Post a Comment