Seumur hidup tak pernah jumpa lagi orang yang tak pandai marah dan tak pernah marah. Tipu sangat. Walaupun diri sendiri yang tak suka marah2 tapi sebenarnya kadang2 marah juga. Marah itu perkara biasa. Tapi janganlah marah sampai boleh membahayakan orang lain. Dan sebenarnya Allag tak suka kita marah..Itulah sebabnya kita disuruh untuk mengawal marah.
Namun dalam Islam ada menyarankan beberapa tips yang terbaik untuk kita mengawal kemarahan.
Antaranya:
1.Ubah posisi duduk
“Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring” (Riwayat Muslim)
2.Ambil wudhuk
“Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis riwayat Abi Daud)
3.Minum air
Apabila kita minum air kita akan berasa lega dan air dapat memberikan kita oksigen kepada tubuh badan.
4.Berdiam diri apabila marah
Apabila kita diam kita mampu untuk mengawal rasa marah supaya tidak menjadi lebih teruk dan dapat mengelak dari mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya.
5.Kawal marah dengan berfikiran positif
Cuba meredakan kemarahan dengan cara yang waras. Berfikir sebelum berkata-kata. Supaya tidak terdorong kepada meninggi suara.
6.Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam
Dengan menarik nafas dalam2 mampu untuk meredakan kemarahan. Ini kerana udara yang kita terima mampu melegakan diri kita.
7.Keluar dari rumah
Dengan keluar dari rumah menghirup udara segar diluar rumah yang nyaman. Juga mampu mengurangkan kemarahan.
Tips-tips ini InsyaAllah boleh kita praktikkan bersama-sama untuk mengawal kemarahan. Marah itu lumrah Namun janganlah keterlaluan.
Jangan Marah-marah. Nanti cepat tua..!!
Semoga bermanfaat. Selamat Malam.
Air Tangan Tuan Tanah,
LuVuAtieY
No comments:
Post a Comment