Selalu sangat jadi tempat mengadu, tak tahu kenapa. Hanya mereka je yang tahu. Kerana saya tahu kelemahan saya di mana. Memang saya selalu tunjuk macam saya tiada masalah pun depan mereka tapi hanya Tuhan saja yang tahu isi hati saya.
Pernah ada seorang kawan mengadu tentang keadaannya yang asyik di duga dan terus di duga. Allahu Akbar. Apa yang saya boleh bantu hanyalah saya berikan dia semangat dan kekuatan diri saya sendiri padanya. Kalau depan mereka saya tak tunjuk pun masalah saya, walaupun saya tahu masa itu hati saya macam dihiris-hiris pedihnya. Tapi bagi saya biarlah saya berikan dan tunjukkan kekuatan saya untuk dia terus melangkah ke hadapan.
Kadang2 ada juga kawan bertanyakan saya ni nampak macam tiada masalah langsung sedangkan macam2 lagi yang kena saya lalui. Jawapan untuk diri saya hanyalah SAYA ADA ALLAH. Dia-lah tempat saya mengadu dan merintih akan apa yang saya inginkan. Alhamdulillah jarang saya menangis di depan orang lain walaupun sakitnya terasa dan amat payah untuk saya lalui. Walau hati saya sakit dengan orang tersebut tapi saya masih untuk tersenyum padanya walaupun hati terlalu sakit. Kerana saya tahu, apa yang datang itu adalah ujian dari-Nya buat kita. Sama ada kita ingat atau tidak dengan nikmat yang dikurniakan..Adakah kita sentiasa bersyukur saat susah atau senang.
Saya bukan lahir dari keluarga yang senang yang hidup ditaburi kemewahan. Saya hanya anak kampung. Namun saya bersyukur kerana Allah berikan saya kebahagiaan dengan keluarga saya yang tak pernah putus dengan kasih sayang walaupun tidak semua permintaan yang saya inginkan dapat dipenuhi oleh kedua ibu bapa saya.
Pernah suatu hari tiba2 seorang sahabat saya, memujuk dan meminta sesuatu dari ayahnya. Hanya sekadar meminta untuk sesuatu itu..Alhamdulillah ayahnya mampu memberikannya. Dan dikala itu terfikir. Untungnya jadi dia, minta apa2 semua boleh dapat..tapi aku?? Hanya Allah yang tahu dan tak pernah ku ceritakan pada orang lain. Keluargaku bukan orang yang senang, hanya hidup bersederhana..Bersyukur apa adanya.
Untuk meminta sesuatu dari ibu atau ayah perlu berfikir 2-3 kali..Nak minta atau tidak. Ibu dan ayah boleh bagi sebenarnya tapi kita yang rasa serba salah sebab dah taknak menyusahkan mereka lagi. Sampai bila agaknya untuk terus meminta dan meminta dari mereka. Sudah sampai masanya untuk kita pula yang memberi pada mereka. Andai kita masih lagi kanak-kanak itu mungkin boleh tapi kalau dah besar panjang takkan lah semua nak mengharap mak dan ayah lagi.
Dulu sewaktu kecil, memang selalu cemburu dengan abang sebab apa yang dia minta semua ditunaikan. Tapi bila saya saja ada je yang tak boleh. Benci!! Tapi bila dah besar dan boleh berfikir kehidupan sendiri, kalau boleh semua benda nak datang dari usaha sendiri. Tak nak dah minta mak ayah kalau boleh. Kalau dah terpaksa, pejam mata je la. Dah xde takkan nak sombong juga kan. Tapi tetap rasa bersalah. Sebab sepatutnya waktu2 macam ni saya dah tak perlu susahkan mereka lagi. Dah duduk cuci tangan dan berhat je kat rumah.
Nak sangat beri sesuatu pada mak dan ayah tapi bila agaknya nak habis belajar. Bila tengok mereka susah payah cari duit untuk kita dan kadang2 kita dengar mereka mengeluh. Tiba2 hati jadi sebak, mulalah ada niat nak berhenti belajar. Tak sanggup nak tengok mereka membanting tulang lagi.
Mungkin disebabkan itulah diri ini jadi cepat matang dari segi pemikiran. Namun tidak dari segi fizikal. Kerana sebuah pengalaman hidup yang membuatku semangat untuk meneruskan perjuangan hidup ini yang kita masih tak tahu lagi bila akan berakhir.
Disitulah lahirnya sebuah kekuatan. Walaupun kadang2 sering dipermainkan tapi Alhamdulillah aku masih mampu tersenyum. Kerana aku yakin Allah sentiasa ada bersamaku.
Selalu melihat kebahagiaan orang lain, namun kebahagiaan diri sendiri tidak pernah dipedulikan. Kerana aku bahagia bila mereka bahagia walaupun hatiku sakit kerana disakiti. Ubat hatiku hanya rintihan yang mendekatkan diriku pada Allah.
Tiada yang lebih indah melainkan dapat merasai dan mengecapi kemanisan iman dan indahnya cinta Allah buatku. Ujian dan dugaan yang datang padaku sebenarnya telah membuatku semakin dekat dengan pencipta-Nya. Alhamdulillah. Semoga Allah memberikan 'hadiah' terindah buatku suatu hari nanti.
Luahan Hati Seorang Insan
Atiey - NuHa@21
No comments:
Post a Comment