Blogger Layouts

Sunday, February 3, 2013

Syukur Atas Kurniaan-Nya

Being A Great Person.. Being a Good Muslimah
Kalau dengar nampak macam hebat kan..?? Tapi sebenarnya itu yang sepatutnya kita.. Being You as you Are. Kadang2 kita jadi baik orang mengata..jadi jahat lagi lah orang teruk mengata..Nak jadi macam mana lagi..Nak jadi baik kena kuat semangat dan jadi diri sendiri dulu..barulah kita tak goyah dengan kata2 orang lain..Almaklum la manusia dilahirkan berbeza-beza sebab itu kita unik. Tak sama dengan orang lain xde prototype ataupun photocopy. Kita hanya pernah jumpa yang hampir seiras dengan kita tapi berbeza perwatakan dan juga sebaliknya. Unik kan? Itulah ciptaan Allah..

Pernah tak kita dengar orang cakap "aku tak boleh bagi nasihat lah, aku bukan baik pun..kau lah..kau kan baik, kuat agama.." Erkkk kena tunggu baik ke baru boleh nasihat orang ke?? Fikir jap..Kalau macam tu sampai bila boleh nasihat orang, kalau ada orang buat salah depan mata pun tengok je la..sama2 tanggung dosa. Nak jadi baik di depan orang lain bukan senang..Ada je yang orang tak puas hati dengan kita. Sebab itulah kita kena latih diri sendiri untuk jadi baik perlahan-lahan. Bermula dari dalam diri, kita ubah apa yang tak sepatutnya dan tambah apa yang kurang. Kita manusia terlalu banyak kekurangan..Lalai dan leka yang mempengaruhi segalanya..Bak kata orang..Kena Selalu Recharge Iman kita setiap hari. Check Back Where Your Iman Right Now?? Is it Healthy or Trouble.
Lagi satu kalau nak jadi baik kena kuat agama ke?? Hehe kelakar la..jadi kalau orang tu jenis yang giler2 selamba sesuka hati dia je tu tak baik dan tak kuat agama la jadi tak boleh bagi nasihat kat orang..Hey come on..Don't judge a book by its cover..Bagi saya tak semua yang baik itu baik dan tak semua yang jahat itu jahat..kadang2 orang yang kita tengok macam tak boleh pakai tu la yang tinggi ilmunya..Kadang2 sampai malu sendiri orang macam tu boleh cakap lebih dari kita..Open Your Mind Please!! Kuat agama atau tidak itu tak menjadi masalah..tapi yang menjadi masalah adalah BAGAIMANA KITA MENGAWAL NAFSU. Jika nafsu yang lebih menguasai hati kita, Iman akan jadi nombor 2 dan di saat itulah amat mudah untuk kita jatuh tersungkur. Nafsu pengawalnya adalah Syaitan, bertepuk tangan si syaitan kalau kita buat keputusan ikut perasaan tanpa berfikir panjang, sebab syaitan nak sesatkan manusia. Jika kita berjaya kawan nafsu kita, selamatlah kita sebab kita masih boleh berfikir secara waras menggunakan akal fikiran yang waras dengan sebaik mungkin.

Kawan2 selalu cakap "kau ni baik la, suka buat tue buat nie..blablablablabla.." Eh bukan itu yang sepatutnya kita buat ke..Solat, Mengaji, Amar Makruf Nahi Mungkar..Kewajipan menurut perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Kita bangun awal pagi pun orang tegur.."Baguslah kau ni, pagi2 dah bangun.." *senyum..dalam hati kalau jahat nak je kata kau tak bangun solat Subuh ke? Tapi tak baik kan cakap orang macamtu..kita nie pun masih merangkak-rangkak, dah nak berlagak..Kena beringat Allah Maha Mengetahui..dan jangan sampai Allah bayar tunai atas perbuatan kita. Sejujur-jujurnya saya bukanlah seorang yang baik sangat..macam orang selalu cakap..saya masih banyak kekurangan sama macam orang lain..sentiasa berusaha untuk meperbaiki diri sendiri..kadang2 lalai juga..Susah menjaga perhubungan sebenarnya tapi kita dikurniakan akal untuk berfikir kan..Fikir dulu sebelum buat. Kalau ada kawan yang boleh terima nasihat kita teruskanlah menasihatinya..mudah2an terbuka hatinya untuk berubah ke arah yang lebih baik..sekurang2nya kita tak membiarkan kawan kita jauh ke lorong yang salah.

Untuk tetap dalam kebaikan, satu perkara saja perlu kita tetapkan..MINDSET. How we manage our time. We have 24/7 right? Takkan lah gunakan masa yang banyak2 tu hanya untuk berfoya-foya ke arah yang sia-sia. Semestinya tidak. Tak rugi kita gunakan sedikit masa yang hanya 5 minit paling minimum untuk solat. Hidup sebagai student sebenarnya lagi workaholic dari dah bekerja..Hakikat seorang pelajar waktu tidur pukul 3 pagi. Tapi tak salah kalau kita set masa pukul 6 kita nak bangun Solat Subuh..Alarm janganlah lupa kalau takut terlajak. Kalau Alarm pun tak bangun juga susahlah. Alhamdulillah bila kita praktikkan setiap hari nak tidur..Niatkan dalam hati "Ya Allah, aku nak bangun solat Subuh pukul 6" Alhamdulillah dengan izin-Nya kita dah sedar sendiri dan bangun dengan segar sebelum Alarm berbunyi..Azan yang menggerakkan kita bangun..Tapi kadang2 terlewat juga sebab terlalu penat. Sekali sekali tak apa tapi kalau selalu sangat itu parah lah. Biasa kat rumah ibu yang selalu jadi Alarm tapi bila dah berjauhan dari keluarga kena lah fikir sendiri..Matured already..takkanlah nak suruh ibu kejut juga setiap hari.

Kenapa Tak Pakai Tudung Labuh??
Lagi satu pertanyaan yang seringkali menjadi halwa telinga..(SENYUM) Soalan dari sesetengah kawan yang tanya "Kenapa kau tak pakai tudung labuh eh?? Kau kan selalu join usrah, ikut akak2 usrah.." Yeaahh that right..so true saya memang join usrah..dan Alhamdulillah masih berterusan sehingga sekarang. Tapi persoalan di sini..kenapa eh kalau kita join apa2 hal keagamaan mesti kena tanya.."Kenapa Tak pakai tudung labuh??" Adakah dengan labuhnya tudung kita boleh menjamin kepada kukuhnya Iman kita?? Don't make a mistake..Cakap biar logik. Persoalan itu senang je untuk di jawab. "IMAN TAK DIUKUR MELALUI LABUHNYA TUDUNG SESEORANG ATAU SELALU PAKAI KOPIAH TETAPI MELALUI KEPERIBADIANNYA".

Pada saya tak perlu untuk menilai seseorang dari luarannya sebaliknya dekatilah seseorang itu dulu barulah kita tahu macammana dia..Sebab itulah saya kenal ramai orang walaupun saya boleh dikategorikan agak pendiam. Dan kawan saya ada macam2..yang bertudung labuh, yang sempoi, yang kasar sikit, yang free-hair pun ada. Kalau lelaki, jika dia rasa saya tak boleh ngam jadi kawan dia..he can go, because I just be myself. Siapa saya sekarang adalah saya yang sebenarnya, bukan copy paste atau plastik.

Jawapan kepada soalan yang sebenar-benarnya adalah sebab saya ni bertubuh kecil (kurus la), pastu agak rendah dan nampak macam kanak-kanak ribena walaupun umur dah nak mencecah 23 tahun. Mungkin sebab diriku ini kecil jadi pakai tudung labuh memang la macam pakai kain telekung. Itulah sebabnya saya kekal dengan tudung bawal ukuran normal, kalau pakai tudung sarung kain lycra (tudung malas org kata) pun yang saiz biasa, kalau selendang saya akan belit2 sampai terbelit tapi saya akan labuhkan dihadapan dan dibelakang..pandai-pandailah nak menggayakannya. Sebab fizikal dah kecil, pakai tudung biasa pun dah nampak besar. Cer fikir jap kalau saya ni besar dan berketinggian 160/170cm dan berat dalam 50/60kg mungkin sesuai untuk menggunakannya. Tapi kalau berketinggian yang tak berapa nak tinggi ni takkanlah nak pakai juga. Nak pakai boleh tapi kena pandailah gayakan..tapi sebab tuan dia ni malas sangat nak menggayakan ala model la kononnya, jadi tak perlulah..tudung biasa pun sesuai. Yang penting menutup aurat dan pandai menjaga diri di khalayak ramai. Mana mungkin gajah yang memang besar gajah tu, nak dimuatkan dalam beg galas yang kecil itu..Eh teori apa ni aku pakai?? Tapi mungkin InsyaAllah suatu hari nanti akan pakai juga..Ada juga keinginan tapi dah fizikalku yang kecil sebegini membataskan segalanya.

Terimalah seadanya
Alhamdulillah Saya bersyukur Allah kurniakan nikmat kesempurnaan untuk saya..walaupun kadang2 tak seindah dipandangan orang lain..biasalah lumrah kejadian manusia yang suka menghakimi orang lain. Ramai yang kata saya ni kurus dan kata2 yang sewaktu dengannya..Yes So True saya memang kurus..Jadi sesiapa yang nak kawan dengan saya kena menghadap saya face-to-face dulu ya..Adakah anda mampu? Terima diriku seadanya. Jika tak mampu silakan anda pergi jauh2..saya tak menyakiti anda dan anda tak menyakiti saya..Fair and square. Just Take it Or Leave it. Pernah ditegur oleh kawan2 kelas..Guys actually.."kau ni kurus la yatie,,cer makan lebih sikit..makan banyak2..biar besar sikit" Opps itu pun boleh jadi isu..selama ni tuan punya badan tak kisah pun..tapi kenapa tiba2 orang lain pula yang susah hati..pelik2..Kalau makan banyak macam mana pun tak memberi kesan nak buat macam mana lagi..Habiskan masa untuk makan dan makan. Hidup ni untuk makan ke??

For me, just be easy. Kalau anda tak boleh berkawan dengan saya disebabkan saya kurus..Just leave it..Saya tak kisah pun kalau takde orang nak kawan dengan saya..Itulah sebabnya perlu berhati-hati dalam memilih kawan..Kita perlukan kawan yang sentiasa ada untuk kita masa susah dan senang..bukannya masa susah baru cari kita..takpun nampak kekurangan kita terus tinggalkan. Sangat biadab. Kalau tak ikhlas jangan mulakan, nanti diri sendiri yang kecewa. Ada juga kawan cakap "Kau kena kahwin la baru boleh gemuk kot.." Boleh eh camtu..Hamboi dia ingat nak cari suami tu boleh kutip tepi jalan ke? Takpun macam beli barang kat pasaraya..Ambil je mana yang kita suka pastu bayar dan blah. Hah kalau macam itu punah ranah lah keluarga anda. Bangunan 20 tingkat pun boleh runtuh..lagilah kita suami isteri. Kawan pun boleh gaduh kalau tak sependapat. Mulut memang senang nak berkata-kata. Tapi sebenarnya Allah lebih tahu apa yang dia sedang rencanakan..Kita saja yang kena berusaha perbaiki diri ke arah lebih baik.

Kenapa agaknya manusia tak pernah nak bersyukur bila dah senang..bila susah ingat Allah..baru nak insaf..tapi dah senang lupa semuanya..Perkara yang sangat kecil pun kita selalu alpa..Contohnya makan..kadang2 kita lupa untuk ucap Alhamdulillah sesudah selesai makan kan?? takpun kita dapat apa yang kita nak..lupa terus semua..padahal sebelum itu merayu-rayu pada Allah untuk sesuatu..Sungguh manusia mudah alpa..sedarlah godaan syaitan ada di mana-mana hanya kita yang perlu menjaga Iman kita sebaiknya.
Allah jadikan kita sempurna sifatnya supaya kita selalu bersyukur akan nikmatnya..Bukan digunakan untuk melakukan kemungkaran..Supaya kita sedar seandainya kita dijadikan sebagi kurang upaya apakah yang kita rasa..itulah sebabnya Allah ciptaan insan yang kurang upaya di mana-mana..kerana Allah ingin kita sentiasa muhasabah dan bersyukur akan keistimewaan yang diberi..

Di saat kita takut hendak memberi..Kita lupa yang sebenarnya apa yang kita ada, adalah pemberian-Nya. Di saat kita lupa untuk bersyukur, Ingatlah pemberian-Nya itu boleh hilang dari tangan kita bila-bila masa.

Let's Take A Moment to Say ALHAMDULILLAH for Everything We Have.

TroubleShoot:
Its been long time me notice your act to me..
But you never try to say it. 
Whatever. 
I just wanna see your action..again and again
So Drama.. huh Annoying actually.

No comments:

Post a Comment