Blogger Layouts

Thursday, February 14, 2013

Generasiku Kini

Termenung ku di jendela
Tersedar seketika dari lamunan
Terfikir pada sebuah kehidupan
Generasiku kini
Mengapa terlalu banyak khabar duka
Apakah mereka jahil
Sehingga tidak mampu membezakan
Yang benar dan yang salah
Keganasan di sana sini
Maksiat semakin berleluasa
Mengapa generasiku..Mengapa
Begitu mudah mawar sucimu dirobek
Oleh mereka yang haram buatmu
Bukankah lebih indah
Andai kau serahkan pada yang berhak
Hiba sedih dan pilu
Melihat generasiku yang semakin hanyut
Dan hancur..
Dek keinginan yang menguasai
Fikirkanlah generasiku
Perjalanan kehidupanmu masih jauh
Jangan sia-siakan peluang
Pada perkara kemungkaran
Sebaiknya tingkatkanlah ilmu mu
Sebelum Tuhan memanggil mu kembali
Disaat itu semua tiada berguna lagi
Tiada masa tambahan untukmu
Juga tidak mungkin diundurkan masa
Ubahlah peribadi mu sebelum terlambat
Jangan pengaruhi minda mu
Dengan budaya hidup barat
Yang hanya ingin menyesatkanmu
Sungguh aku sayangkan generasiku
Generasiku indah dengan cinta-Mu
Ya Allah
*Say NO to Valentine's Day
Semoga Allah sentiasa memelihara hati kita agar tetap dengan ajaran-Nya
Teguh Iman Dipaksinya..Amin

No comments:

Post a Comment