Jangan Menyesali sebuah pertemuan..
Kerana di situ terkandung sebuah hikmah..
Yang mungkin kita sendiri susah untuk memahami..
Tapi itulah kurniaan dari Allah..
Rahsia yang kita sendiri tidak tahu dan tidak mengerti..
Semakin lama kadangkala terasa semakin tidak mampu untuk menghadapinya
Walau cuba bertahan dan cuba untuk kuat semangat menghadapi semua ini
Namun aku hanyalah insan biasa yang punya hati dan perasaan
Bukan untuk menidakkan nikmat pertemuan yang Allah berikan
Tapi aku punya kelemahan sendiri..
Bukan aku mengalah tapi tak sanggup untuk menyakiti hati sendiri..
Kerana terluka banyak luka di hati..
Jika bukan kerana semangat yang kuat dan tabah pada kehendak-Nya
Aku masih mampu meneruskan perjalanan kehidupanku
Mungkin dirinya belum betul2 mengenali diriku..
Kerana aku bukan seperti wanita2 yang pernah kau kenali suatu ketika dahulu
Tapi tak mengapa..biarlah tidak dikenali..
Biarlah Allah tahu rahsia hatiku..
Mungkin sukar untukku pergi jauh..
Namun aku terpaksa..kerana ku tahu
Aku hanyalah seorang kawan
Tak lebih dari itu baginya..
Andai diberi 10 orang wanita untuk dipilih..
Aku adalah orang terakhir yang menjadi pilihan
Dan mungkin pilihan terakhir kerana terpaksa..
Sungguh aku bukan kemewahan harta benda yang kau ada
Tapi aku hanya mengharap secebis kasih sayang dan perhatian
Dari pemilik tulang rusuk yang mampu menjaga dan membimbingku ke jalan yang di redhai Allah
Mungkin kau masih tidak mengerti siapa aku..
Maafkan aku..
Kerana aku terasa hati padamu..
everything has changed,yet memories remain there :)
ReplyDelete