Jangan menyesali sesuatu kejadian itu jika pengakhirannya hanyalah kekecewaan. Ujian dan dugaan yang diberikan itu sebenarnya tanda Allah menyayangi kita dan Dia menguji sejauh mana Iman kita..sama ada kita masih ingat kita di waktu senang atau susah.
Allahu Akbar tidak dapat digambarkan perasaan hati ini saat merinduinya. Hanya Allah yang tahu maksud tersirat yang tersimpan rapi dalam hati. Mungkin tiada siapa yang tahu maksud sebenar. Ya Allah, bukan aku pinta harta benda yang mewah namun yang aku perlukan hanyalah secebis kasih sayang seikhlas hati darinya buatku. Menerima diri ini seikhlas hati dan mencintai segala kekuranganku kerana tiada manusia yang sempurna di dunia walaupun berbeza pangkat dan darjat di dunia namun pada pandangan Allah kita semua sama tiada berbeza..Makhluk dan khalifah-Nya yang pasti.
Apa yang aku harapkan bukanlah aset yang terlalu banyak dan tinggi kerana aku bukanlah si materialistik, yang aku inginkan hanyalah secebis kasih sayangnya untukku. Kita tidak dapat menduga dan mengetahui apa yang akan terjadi di masa akan datang, seandainya aku hanya mampu mengecapi nikmat bahagia itu hanya seketika..itu sudah cukup untukku. Alhamdulillah kerana aku dapat mengecapi nikmat. Bukan mengharap untuk jadi seperti itu tapi kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada diri kita..mungkin usia kita semakin sampai pengakhirannya atau sebaliknya. Allah jua lebih tahu.
Aku berharap agar Allah memahami dan memberkati keputusanku untuk berterus terang dengannya tentang hatiku. Seandainya ditolak, aku terima segalanya dengan redha, namun seandainya diterima, mudah2an ini yang terbaik untukku. Amin. Semoga Allah sentiasa memberkati perhubungan ini. Walaupun ku tahu dia tidak mungkin akan tahu dan dapat membaca isi hatiku..tapi biarlah Allah lebih memahami segalanya. Kerana segala yang baik datang dari-Nya dan yang kurang elok datang dari diri kita sendiri.
Bukan senang untukku Jatuh Cinta dan Sayang pada seseorang dalam waktu yang singkat, namun dia xmungkin tahu siapa sebenarnya diriku..Biarlah..Mudah2an Allah pelihara kami dan hati2 kami dengan sebaiknya. Andai ada jodoh, suatu hari nanti kita kan bersatu. Amin.
U never know how much I Miss You..Semoga Allah sahaja yang mampu memahami hatiku. Terima kasih kerana hadir dalam perjalanan kehidupanku untuk menuju kepada perjalanan seterusnya. Mungkin ini hanya ujian dan dugaan yang Allah berikan untuk menguji sama ada aku kuat atau tidak untuk mengharunginya. Ternyata sebenarnya hati wanita sangat rapuh. Walau sejauh mana ku tabahkan hati untuk menjadi kuat, namun saat itulah terasa sesak di dada..aku tewas. Sebenarnya aku masih tak mampu untuk jadi kuat.
Ya Allah kuatkanlah dan tabahkanlah hatiku..kehidupan harus ku tempuhi walau onak ranjau berduri menanti didepan ku..Semoga aku tabah mengharungi dugaan itu. Amin.
'KETIKA HATI WANITA DISAKITI"
Tak banyak lelaki tahu bagaimana keadaan Hati wanita ketika bersedih...
Wanita marah bukan bererti dia pemarah, melainkan hatinya tengah terluka...
Wanita yang cenderung diam bukan bererti dia egois ataupun acuh tak acuh, melainkan diam itu lebih baik untuknya.
Ketika Hati wanita disakiti...
Mungkin susah di gambarkan dengan apapun, namun hancurnya hati wanita ketika disakiti lebih dari air matanya yang mengalir dengan perlahan..
Ketika Hati wanita disakiti...
Tak banyak yang dapat ia lakukan..
Yang ia tahu hanyalah air mata mengalir membasahi pipinya..
Yang ia tahu hanyalah dadanya yang terasa sesak..
Yang ia tahu hanyalah Sebuah tanda Cinta-Nya.
Jika kau ingin mengenggamnya maka genggamlah dengan halus..
Jika kau ingin melepaskannya maka lepaskanlah dengan perlahan..
Kerana ia adalah makhluk yang sangat rapuh..
Jika diibaratkan kaca, Maka jangan terlalu kasar membersihkannya, kerana ia akan menjadi calar..
jika kau meletakannya jangan kau letakkannya dgn kasar kerana ia akan pecah...
"Begitupun Hati Wanita"
Sayang Kerana Allah..
No comments:
Post a Comment