Kenapa anda susah sangat nak katakan perkara sebenar..Cakap je la depan2 dan terus terang lagi senang..tak payah nak sembunyikan kebenaran. Kalau suka cakap saja suka..katakan pada tuan punya badan..Ini yang pergi menyusahkan diri, pendam perasaan itu lama2 nak buat apa..Kalau tiba2 si dia di sambar orang tak ke lagi merana..
Kalau tiba2 si dia itu dah takde lagi depan mata..apa nak buat?? Walau menangis air mata darah sekalipun belum tentu akan mengembalikan orang yang kita suka pada kita. Peluang terbaik hanya datang sekali, jadi rebutlah peluang yang ada. Diterima atau di tolak itu adalah lumrah kehidupan. Dalam dunia ini, kehidupan setiap manusia ada pasang surut dan naik turunnya. Tak salah kita menyatakan sesuatu hasrat hati kita asalkan niatnya baik. Kalau dipendam tanpa diluah, sakit juga kan. Merahsiakan sesuatu belum tentu boleh selesaikan masalah.
Apalah..tak gentlemen langsung buat macam itu. Nak control cool tapi tak reti cover muka gelabah + nervous tu. Dah tentu2 orang itu perasan, haisshhh nampak tak permainan itu sekarang. Dan point nya sekarang, ikut saja permainannya..sampai bila dia mampu bertahan. Kuasa psycho akan digunakan untuk cuba melemahkan dan meng'kantoi'kan misinya.. Kita tunggu dan lihat..Apakah kebenarannya??
Kalau betul..Alhamdulillah..tepat tekaan itu. Namun sekiranya tidak, anggaplah kita hanya mengandaikan sesuatu yang baik. Kita hanya mampu merancang namun Allah juga yang menentukan. Everything is belong to Him.Allah is the best creator..!!
Menanti sebuah jawapan..Mudah2an dibukakan pintu hatinya untuk menyatakan perkara sebenar. Serahkan segalanya pada Allah..Kerana Allah yang mampu membolak-balikkan hati2 setiap manusia.
Semoga Allah merancangkan yang terbaik buat kita dan merestui pertemuan dan perhubungan ini..Amin
Kalau jodoh tak ke mana..
No comments:
Post a Comment