Blogger Layouts

Saturday, December 19, 2015

Aku Pilih Kamu

Assalamualaikum w.b.t

Tatkala kau menginginkan seseorang di dalam hidupmu, namun dia tidak di takdirkan untuk mu,
Percayalah Allah sedang menyiapkan seseorang yang benar2 terbaik untukmu. Hanya Masa dan ketika yang masih belum diketahui.

Jangan mengeluh saat kita mencari dan terus mencari tetapi kegagalan dan kekecewaan yang kita temui. Sesungguhnya Allah tidak akan membebani kamu melainkan mengikut kemampuan. Kerana Allah tahu yang engkau mampu untuk menghadapi dugaan itu sendiri.

Itulah sebabnya Allah hadirkan pelengkap hidupmu itu lewat sedikit dari orang lain. Pasti ada hikmahnya  yang ingin dia tunjukkan padamu dan juga orang lain.

Bersangka baik dengan Allah. Kerana ketika kita di uji, Allah sedang menilai tahap kesabaran dan keimanan kita. Apakah kita ingat Allah saat kita senang? Apakah kita baru mencari2 cinta Allah saat kita susah? Persoalan pada diri sendiri. Jawab sejujurnya pada hatimu.


Monday, November 16, 2015

Rezeki Datang Dari Allah

Assalamualaikum w.b.t

Jika kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita rasakan sayang dan tak mampu untuk kita lakukan.

Sebenarnya kita telah melakukan pengorbanan yang telah Allah janjikan jalan cerita nya untuk kita.

Kita yang membuat keputusan tapi sebenarnya kita tak tahu bahawasanya Allah yang menyusun jalan cerita untuk kita.

Andai hari ini kau terpaksa melepaskan apa yang kau sayang..dari segi percintaan, pekerjaan dan sebagainya. Percayalah Allah sedang menyusun jalan cerita untuk kita.

Jika kamu hari ini terpaksa berhenti kerja atas sebab yang tak mampu untuk di elakkan, terpaksa berkorban walau engkau tahu itulah keputusan yang paling payah untuk di lakukan dan di lalui.

Jangan Di Soal Urusan Yang Tak Pasti

Assalamualaikum w.b.t

Seringkali kita melalui situasi dan dilema bilamana ada orang bertanya soalan2 sensitif dan sentap gitu pada kita. Sebagai contoh "BILA NAK KAWIN?" "BILA NAK ADA ANAK?"

Persoalan BILA..Soalan yang mudah tapi kita susah sangat nak jawab. Betul kan? Yess Semua orang mengalami situasi yang sama termasuk saya.

Pada mulanya memang stress bila nak jawab soalan2 mencabar dan tak cerdik ni. Ala2 macam kita artis pula asyik kena tanya dan kena serang soalan bertubi-tubi.

Tapi bila dah selalu sangat orang tanya, jadi dah lali. Tapi kita makin kuat dan sentiasa berfikiran positif dan terbuka. Apa yang kita boleh buat bila ada orang tanya soalan macam tu, takkan nak belasah dia, nak marah dia sebab tanya soalan macam tu. Hadap dan hadam je la.

Urusan dan perkara yang tak pasti, mampukah kita sediakan jawapan yang pasti yang mampu memuaskan hati semua orang yang bertanya. Mustahil kan? Sebab kita sendiri pun tak tahu jawapan tu.

Persoalan BILA? DI MANA? SIAPA? Itu bukan urusan kita. Mungkin kita ada rancangkan namun tak semua rancangan kita akan berjalan mengikut perancangan yang di atur.

Sunday, August 30, 2015

Kisah II : Cinta Tiga Segi

Assalamualaikum w.b.t

Bila kita terlibat dalam cinta tiga segi atau yang bersegi-segi dan sebenarnya kita yang perlu berkorban untuk lupakan si dia. Tahu tak betapa perit dan sakitnya hati ni. Pernah tak lalui perasaan itu, semua mesti pernah rasa kan..tapi mungkin dalam situasi yang berbeza-beza.

Perkara yang pernah terjadi pada kita itulah sebenarnya pengajaran dan pengalaman buat kita untuk jadi lebih matang dari segi fizikal dan mental. Walaupun pengalaman itu sangat sukar dan perit, tapi kita tetap harus laluinya. Apa yang berlaku itu atas kehendak-Nya. Kita juga tak tahu apa akan jadi pada kita akan datang. Elok kah baik kah atau sebaliknya. Ujian atau dugaan, gembira atau kejayaan. Itu bukan dalam kuasa kita. Percayalah Allah ada perancangan sendiri untuk kita. Moga dengan ujian itu bertambahlah Iman kita.

Andai kita seseorang tapi dalam masa yang sama ada orang lain yang datang mengganggu dan dalam masa yang sama kita perlu melepaskannya. Itulah pengalaman perit dan sukar. Lebih-lebih lagi bila kita sentiasa akan melihat setiap drama-drama asmara mereka sedangkan hati kita hancur remuk redam. Tiada siapa tahu apa yang kita rasa. Biarlah rasa itu pergi dan dipendamkan saja demi menjaga hati orang lain.

Allah sungguh tak mampu untuk lalui semua itu dengan sempurna. Hanya Allah tempat untuk mengadu. Sungguh sayu memohon merintih mengharap agar dihilangkan rasa kasih dan sayang itu. Bukan tidak ingin untuk berterus terang tapi sungguh umpama tidak wujud diri kita pada pandangannya. Jadi seeloknya mohon pada Tuhan yang membolak-balikkan hati ini agar dikuatkan iman dan semangat untuk mengharungi ujian ini. Sungguh sehingga saat ini biarlah ia menjadi rahsia. Hanya Allah yang tahu segalanya. Perit sangat. Syukur Allah sentiasa ada untuk kita. Rasa itu pergi dengan mudahnya walhal aku sendiri tak tahu dari mana datangnya kekuatan itu.

Saturday, August 29, 2015

Jodoh Yang Baik-Baik

Assalamualaikum w.b.t

Bila bercerita pasal pasangan hidup kita mesti tertanya-tanya siapa dia.
Apakah dia yang pernah kita kenali, kawan kita, atau kita sebenarnya masih belum menemuinya.
Rumit bukan. Bila memikirkan perkara yang tak pasti.
Lumrah manusia ada sifat ingin tahu dan ingin mencuba. Tapi bukanlah semudah yang disangka kan.

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Dan juga lihat pada diri kita, sudah cukup sempurna kah..sudah cukupbersediakah..atau sebenarnya jiwa kita masih kosong. Hanya angan-angan yang bersarang di jiwa.

Selalu berpegang pada pesanan ayah, nak cari suami/isteri bukan suatu proses mudah umpama membeli ikan di pasar borong..ada ke diantara kita yang nak membeli ikan yang dah pecah atau rosak..kalau ada pun mungkin mereka membeli untuk diberi pada kucing..itu hakikatnya, tidak termasuk dalam konteks orang yang kurang berkemampuan..itu jadi special cases. Jangan dipertikaikan. Perumpamaan sebegitu la. 

Ayah selalu berharap untuk anak-anaknya agar pasangan anak-anaknya adalah refleksi diri kita. Tapi kita merancang Tuhan yang tentukan. Jadikan teruskan usaha dan berdoa..Mudah2an apa yang diimpikan itu menjadi kenyataan.

Apa yang saya pegang dari kata-kata dan pesan ayah adalah AGAMA!! 
Biar dia bukan dari golongan yang berada, pangkat tinggi, punya pekerjaan yang hebat, berpelajaran tinggi, hidupnya penuh dengan kemewahan tapi yang paling utama adalah agama. Tanpa agama tiada guna segala harta yang dia ada. Biarlah dia bukan seorang ustaz/ustazah tapi dia boleh membimbing dan mengingatkan kita pada agama. 

Wednesday, August 26, 2015

Iklan Kami!!!

Assalamualaikum w.b.t

Our business is open everyday, everywhere and everytime..
Just come and visit us..

Click link below..for more info

Happy viewing guys!!








Monday, August 10, 2015

Kawan vs Kekasih

Assalamualaikum w.b.t

Kawan vs Kekasih

Mana satu pilihan hati..
Setiap orang lain pendapat nya..
Ini kisah berkawan dan bersahabat dengan lelaki..

Bagi pendapat saya..

KAWAN!!
Kawan lelaki..sebenarnya lelaki dan perempuan x mungkin boleh jadi kawan..sebab akan ada bibit2 cinta dan sayang disebaliknya..Namun xsemua punya perasaan yang sama dan citarasa yang sama..maksudnya kat sini..bila kita kawan dengan seseorang lelaki xsemestinya kita akan ada perasaan..ada juga yang xde feel pun dari pandangan pertama. Ini sebab setiap orang punya citarasa masing2..

Kadang2 kawan tu datang dari kawan yang kita admire/minat kat dia sebelum ni..tapi disebabkan dia dah berpunya atau dia xminat pun kat kita dan anggap kita macam kawan..so u will be my friend forever.

KEKASIH!!
Kekasih yang macam mana tu ye? kekasih sejati/soulmate/kekasih gelap dan yg sewaktu dengannya..banyak yang kita boleh ungkapkan..adat orang berkasih..you are mine and mine is yours.
Kekasih ni mungkin membuatkan kita menghadkan perhubungan kita dengan orang lain atas alasan nanti BF marah atau cemburu. maksudnya di sini kita semakin kurang kebebasan dan apa2 yang kita buat perlukan pendapat dan kebenaran dari si dia. Lagi2 kalau dapat si dia yang kuat cemburu. Pheww jenuh beb nak layan.

By the way..moral of the story..
Dengan sesiapa pun kita berkawan..sehebat mana pun kawan kita..
Apa yang penting kita pandai jaga diri, jaga batas pergaulan..
X kisah la dia kawan baik kita, kawan gurau senda, kekasih gelap atau apa sekali pun..
Kita kena pandai pilih dengan siapa kita berkawan..
Jaga adab kita dan jadi diri sendiri..

Kun Anta!!!

Sunday, May 3, 2015

Keberanian

Assalamualaikum w.b.t

When other people look at you and said
" I was respect to your bravery!!"

I just be numb and blur. What actually they want to said.
It take me long time of thinking. But suddenly my heart said something. Maybe I know what the meaning of it.

Maksud keberanian yang di nyatakan telah membawa saya menyelusuri kehidupan saya sendiri. Berfikir sejenak tentang maksud tersirat. Dan saya dah faham maksudnya.

Sebenarnya saya bukan seorang yang berani pada asalnya. Masa kecik2 dulu saya adalah makhluk paling penakut. Dengar bunyi pelik sikit je terus kaku. Teruk betul jadi makhluk macam ni. Tapi makin meningkat dewasa rasa takut tu jadi hilang dan semakin pandai mengendali emosi sendiri.

Dan saya bukan jenis manusia yang "mesra alam"..saya adalah kontra dari perkataan tersebut. Tapi disebabkan pengalaman mengajar saya erti kehidupan. Tentang bagaimana mengendali kehidupan sendiri. Jadi saya tahu dan faham setiap keperluan and kehendak yang perlu saya lakukan.

Yes. Sedari usia 18 tahun saya belajar hidup sendiri. Jauh dari ibu ayah. Everything is by myself. Sendiri. Bukan pergi belajar tu bila pergi ayah jemput balik pun ayah jemput. Tak sama sekali. The first young age, I go out without other people help. Dalam keadaan yang tak tahu tempat orang. Main redah je. Semua sendiri.

Sunday, April 26, 2015

"Jiwa Kental"

Assalamualaikum w.b.t

Bila bercerita soal hati mungkin 3 hari 3 malam pun belum boleh habis. Hati tak siapa tahu bagaimana keadaannya. Kadang2 gembira kadang2 duka. Ikut keadaan dan situasi. Jika disentuh keadaan yang kurang senang, sedih lah jadinya. Jika disentuh kegembiraan, ceria lah selalu.

Tak siapa tahu apa yang dalam hati setiap orang. Suka atau benci kita juga tak tahu. Kita bukan scanner yg boleh baca hati orang. Kadang2 tersalah cakap pun boleh melukakan hati orang lain tanpa kita sedari.

Hati adalah sesuatu organ yang sangat rapuh. Mudah saja hati kita dibolakbalikkan. Bergelora dengan macam2 perkara. Tipu lah kalau orang yang ada hati tapi tiada perasaan. Dari hati lah timbulnya perasaan. Macam2 perasaan ada. Sedih, gembira, suka, ceria.

Hati dan perasaan tak dapat dipisahkan. Tipu jika kita berkawan dengan seseorang kita tiada perasaan. Sangat tak rasional. Kalau ada pun cume berlagak jiwa kental dan hati kering. Tak nak fikir lebih2 sebab takut kalau dikecewakan.

Yes. Hanya berlagak jiwa kental. Yang kononnya tiada apa2 yang berlaku. Tapi sebenarnya dalam hati tak siapa yang tahu. Realitinya, mulut boleh menipu tapi hati dan mata takkan boleh tipu. Lagi2 kalau menipu diri sendiri. Allah berat sangat.

Monday, February 16, 2015

Ketabahan Hati

Assalamualaikum w.b.t

Tiada kata yang dpt diungkapkan bila hati kita disakiti.
Tak kira lah dr mana datang nya sakit hati tu..tapi bila kita simpan lambat laun meletup juga kan..
Hanya ketabahan hati yang mampu melawan semua itu.
Tipu la kalau tak sedih..Tapi tabahkan hati je.

"Sesungguhnya Allah takkan menguji hamba-Nya melainkan dengan kemampuannya"
Sungguh kerana Allah tahu aku kuat..itulah sebabnya aku selalu diuji dan teruji dengan bermacam2 ujian dari pelbagai cara..namun aku hanya kuatkan semangat untuk diri sendiri..dihadapan orang lain biarlah aku kelihatan kuat dan ceria..hanya dihadapan Allah tempat aku mengadu.

Disakiti..dikhianti itu sungguh perkara biasa buatku..kadang2 dah lali dgn semua tu..
Walaupun sebenarnya aku seorang yang sensitif dan cengeng sangat. Tapi aku sendiri tak tahu dari mana datang kekuatan itu.

Friday, February 13, 2015

Jodoh Milik Allah

Assalamualaikum w.b.t

Semakin meningkat usia semakin ramai yang bertanya bila nak kawin nak ada teman bla bla bla..
Soalan extreme yang sgt takot untuk di jawab..
Orang yang bertanya tu cakap guna lidah memang senang..The reality of story, only me know.
Kalau lah mencari itu semudah bercakap dengan air liur..senang dah xperlu nak cari2 bagai.

Jodoh itu rahsia Allah..tak siapa yang tahu..
Apa yang paling penting adalah doa semoga dipermudahkan urusan untuk bertemu dengan jalan yang hakiki. Berusaha untuk mencari bukan hanya menunggu, tapi biarlah menjaga batasan yang telah di tetapkan. X salah untuk berusaha, tanpa usaha tiadalah kejayaan..sama juga konsep dengan menuntut ilmu, kalau kita tak berusaha untuk belajar, kita tak tahu bagaimana ilmu itu.

Tak salah juga untuk berkawan. Tapi jaga lah batas pergaulan. Pandai2 lah menjaga diri. Menjaga kehormatan dan maruah sendiri. Jangan sampai timbul fitnah dan aib. Mudah2an dengan sikap kita itu memudahkan dan menyenangkan hati orang lain.

Jodoh datang dengan berbagai2 cara..itu semua Tuhan yang tentukan..percayalah segala yang Tuhan rancangkan sangat unik dan indah. Sama ada lambat atau cepat itu semua dalam susunan Allah.

Jangan terlalu sayang apa yang kita ada sekarang, kelak dia yang akan kita benci. Dan jangan sesekali membenci kerana mungkin juga yang kita benci itu akan jadi yang kita sayang.

Sungguh jika di senaraikan keindahan kurniaan jodoh yang Allah berikan itu, tak mampu untuk kita tafsirkan bagaimana dan bayangkan semuanya.

Apa yang dapat di katakan saat ini, sesungguh pemilik sementara diriku adalah ayah dan ibuku manakala pemilik hakiki diriku adalah Allah.

Biarlah Allah yang berikan yang terbaik untukku. Biarlah apa yang orang nak kata. Yang penting bersangka baiklah dengan pemberian Allah. Sesungguhnya Dia punya jalan tersendiri yang baik untuk kita. Semoga Allah redha.. Semoga jodoh itu ada dekat dengan kita. Berdoalah, bertawakal dan berusahalah selagi belum tercapai apa yang dihajatkan. Insha Allah, Dia mendengar segala permintaan kita. Amin.

Tuesday, February 3, 2015

Sakit itu Ujian

Assalamualaikum w.b.t

Tiada sesiapa pun yang minta untuk sakit dan berpenyakit. Tapi itu semua aturan Allah yang telah ditetapkan sejak dari Luh Mahfuz lagi. Sakit datang bukan kita yang minta tapi datang dengan izin Allah. Dia berupaya memberi penyakit dan menyembuhkannya. Apa yang penting kita redha, tawakal dan berusaha mencari penawar walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Sungguh kadang2 tak mampu untuk kita tanggung. Kadang2 kita cuba untuk kuat namun xmampu dan akhirnya jatuh juga. Tapi Allah itu maha penyayang Dia takkan menduga dan menguji hambanya melainkan kemampuannya.

Kita kadang terfikir sewaktu sakit menimpa kita, kita akan cakap yang kita tak mampu nak tanggung sakit itu.. Tapi sebenarnya Allah lagi tahu segalanya, sebenar2nya kita mampu untuk tanggung sakit tu. Itu sebabnya Allah uji kita dengan kesakita itu. Allahu Rabbi cuma kita yang kadang2 xprnh tahu dan tak bersyukur dengan segala pemberiannya.

Antara 3 sakit yang paling sakit di dunia adalah:
1. Sakit sakaratul maut
2. Sakit gigi
3. Sakit bersalin

I have been through for the second one. Sakit gigi.
Kalau orang lain sakit sekejap je dah hilang but not for me.
Its been through for year and more. Sekarang pun masih ada lagi. Dan yang paling teruk meninggalkan kesan yang sangat tragik dalam hidup. Eventhough I know it can be cure but to be as well as i am before its too far. Jauh sangat. Mimpi je la.

Friday, January 16, 2015

Tercari-Cari

Walau di mana juga dia berada..
Walau siapa juga dirinya..
Sungguh Aku tak mengharap yang sempurna..
Aku hanya mengharapkan agar dia juga mencintai al-quran
Dan mengutamakan Allah dalam setiap pekerjaan yang dilakukan..

Entah apakah yang sedang dilakukannya saat ini..
Sihat atau tidak..
Hanya Allah yang menjaganya..
Mudah2an sentiasa di bawah lindungan dan Rahmat Allah..

Semoga suatu hari nanti..
Dia muncul di hadapanku..
Amin,.Insha Allah..

"Siapa dia?"
"Di manakah dia berada sekarang?"
"Apakah yang sedang dilakukan saat ini?"

Itulah persoalan sentiasa bermain di fikiran.
Allahu Rabbi semoga segala baik2 sahaja..
Semoga Engkau berikan jawapan itu untukku..
Amin.



Thursday, January 15, 2015

Kisah 1 : Solat

Di suatu petang yang sepoi2..di dalam pejabat yang berhawa dingin..
Tiba-tiba..

Seorang yg berbangsa cina bertanya kepada yang berbangsa melayu..

C :  Melayu ada sembahyang kan..? Bese pukul 1 mesti ada dengar suara kuat..
M : Ada. Bese mula pukul 1..yang petang pukul 4.30 lebih kurang macamtu..
C : Tapi melayu kalau x sembahyang boleh ke?
M : (dengan selamba dan xde rasa bersalah langsung serta dengan senang hati menjawab) .."BOLEH"..

Aku yang mendengar tergamam seketika. Terlintas difikiran nak tegur macamni "Eh mazhab mana plak ajar ni dik oi".
Tapi itu bukan cara yang betul untuk menegur.

Bukan disebabkan apa..tapi kerana aku sedih dengan jawapan yang dia beri..dengan orang bukan Islam boleh lah kau nak menipu tapi dengan Allah..Allah saja yang tahu.

Bercakap seperti orang yang xpernah belajar agama. Sudah terang lagi bersuluh di ajar dalam agama Islam bahawa solat itu wajib. Kewajipan yang paling utama berbanding amalan2 lain.

Sungguh aku bukan ahli agama yang cukup ilmunya. Aku juga manusia yang sentiasa mencuba memperbaiki diri sendiri. Mudah2an terus terusan istiqamah dalam mencari pengetahuan dan ilmu. Bak kata orang biar belajar xtinggi asalkan berilmu dan ada pengtahuan.

Sedihnya bila yang wajib terlalu dimudahkan dan diringankan. Malah yang sia2 semakin di cari. Dunia semakin rapuh. Bersiap sedialah dengan segala amalan kita.

Allahu akbar, semoga Kau tetapkan imanku dan hatiku pada-Mu..semoga aku tidak lalai dengan dunia-Mu. Amin.
Daisypath Happy Birthday tickers