Blogger Layouts

Sunday, April 26, 2015

"Jiwa Kental"

Assalamualaikum w.b.t

Bila bercerita soal hati mungkin 3 hari 3 malam pun belum boleh habis. Hati tak siapa tahu bagaimana keadaannya. Kadang2 gembira kadang2 duka. Ikut keadaan dan situasi. Jika disentuh keadaan yang kurang senang, sedih lah jadinya. Jika disentuh kegembiraan, ceria lah selalu.

Tak siapa tahu apa yang dalam hati setiap orang. Suka atau benci kita juga tak tahu. Kita bukan scanner yg boleh baca hati orang. Kadang2 tersalah cakap pun boleh melukakan hati orang lain tanpa kita sedari.

Hati adalah sesuatu organ yang sangat rapuh. Mudah saja hati kita dibolakbalikkan. Bergelora dengan macam2 perkara. Tipu lah kalau orang yang ada hati tapi tiada perasaan. Dari hati lah timbulnya perasaan. Macam2 perasaan ada. Sedih, gembira, suka, ceria.

Hati dan perasaan tak dapat dipisahkan. Tipu jika kita berkawan dengan seseorang kita tiada perasaan. Sangat tak rasional. Kalau ada pun cume berlagak jiwa kental dan hati kering. Tak nak fikir lebih2 sebab takut kalau dikecewakan.

Yes. Hanya berlagak jiwa kental. Yang kononnya tiada apa2 yang berlaku. Tapi sebenarnya dalam hati tak siapa yang tahu. Realitinya, mulut boleh menipu tapi hati dan mata takkan boleh tipu. Lagi2 kalau menipu diri sendiri. Allah berat sangat.


Buat2 relax dan cool sebenarnya lagi berat dari kt sedih sebab dikecewakan. Kita boleh tipu diri sendiri di hadapan orang lain. Tapi sebenarnya kita tak mampu nak tipu diri sendiri. Kalau dihadapan orang kita buat tak tahu dan tunjuk kita sentiasa ceria dan tersenyum. Sebenarnya hati kita membawa maksud yang berbeza.

Bukan tak nak tunjukkan rasa suka atau berminat tapi sebab xnak menaruh harapan dan memberi harapan. Risau jika akhirnya kita sendiri yang kecewa. Kalau yang dikejar tu bukan milik kita sama je macam kita buat kerja sia-sia. Tak berfaedah untuk diri sendiri.

Dulu memang saya boleh lagi untuk tunjukkan rasa suka, ambil berat. Tapi sekarang walau ada di hadapan mata, buat macam tak wujud. Anggap macam xde apa2 yang berlaku. Mungkin pengalaman lalu yang banyak pahitnya dari manis. Itu yang membuat sifat tabah itu jadi berganda2.

Sungguh aku tak kuat sebenarnya tapi aku gagahi jua demi meneruskan langkah kehidupan yang aku sendiri tak tahu di mana pengakhirannya. Selagi nyawa di kandung badan. Hanya satu aku mohon kepada Tuhan. Mohon cekalkan hatiku, kuatkan hatiku dan jagakan hatiku, mudah2an tenang menghadapi setiap cabaran yang mendatang.

Anggap ini sebagai salah satu ujian untukku yang aku harus lalui disetiap persinggahan dan persimpangan yang aku lalui. Aku harus tempuhi satu persatu. Walau aku sendiri tak tahu bila ia akan berakhir. Hanya perlu sediakan mental dan fizikal yang kuat untuk melawan setiap cabaran yang ada. Mudah2an disitu ada satu peluang dan hadiah yang hebat dari Allah.

Biarlah kita berlagak jiwa kental sekalipun di hadapan orang lain. Tapi segala rintihan hanya pada Allah. Dia-lah yang selayaknya mendengar setiap luahan kita. Mudah2an aku kuat menghadapi hari mendatang. Biarlah mata ini terpaksa melihat sesuatu yang mampu merobek dan mengguris hatiku lebih dari apa yang pernah aku lalui sebelum ini. Moga aku kuat dan tabah. Mudah2an ada kebahagiaan abadi buatku. Amin.

Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. InshaAllah.

No comments:

Post a Comment