Blogger Layouts

Monday, February 16, 2015

Ketabahan Hati

Assalamualaikum w.b.t

Tiada kata yang dpt diungkapkan bila hati kita disakiti.
Tak kira lah dr mana datang nya sakit hati tu..tapi bila kita simpan lambat laun meletup juga kan..
Hanya ketabahan hati yang mampu melawan semua itu.
Tipu la kalau tak sedih..Tapi tabahkan hati je.

"Sesungguhnya Allah takkan menguji hamba-Nya melainkan dengan kemampuannya"
Sungguh kerana Allah tahu aku kuat..itulah sebabnya aku selalu diuji dan teruji dengan bermacam2 ujian dari pelbagai cara..namun aku hanya kuatkan semangat untuk diri sendiri..dihadapan orang lain biarlah aku kelihatan kuat dan ceria..hanya dihadapan Allah tempat aku mengadu.

Disakiti..dikhianti itu sungguh perkara biasa buatku..kadang2 dah lali dgn semua tu..
Walaupun sebenarnya aku seorang yang sensitif dan cengeng sangat. Tapi aku sendiri tak tahu dari mana datang kekuatan itu.


Walaupun xsemua aku mampu lawan. Tapi Alhamdulillah aku masih mampu untuk kuat dan melangkah kehadapan..biarpun aku tahu masih banyak halangan yang akan aku tempuhi.
Orang selalu cakap aku beruntung sebab sentiasa happy,ceria, suka senyum, xpernah nak marah2.
Yes itu hanya luaran, dalaman tak siapa yang tahu.
Walau dalam hati ni sangat sedih tapi biarlah senyuman itu sentiasa di bibir..tak nak libatkan orang lain dalam masalah sendiri. Melainkan memang orang tu yang buat kita marah.

Kadang2 terfikir sendiri, sampai bila aku mampu bertahan untuk semua ini. Allah. Hanya engkau yang tahu. Sesungguhnya selagi jantung ku berdetak dan nafas ini belum berhenti, aku hanya berharap aku mampu bertahan dan kuat semangat dalam menghadapi semua dugaan ini.

Tak tahu di mana kasih sayang sejati itu. Adakah aku punya ruang atau sebaliknya tidak juga ku tahu. Hanya Allah tempat aku bergantung harapan. Sesungguhnya aku datang dari-Nya dan akan kembali juga pada-Nya. Semoga diri ini diberi kekuatan akal dan fikiran yang waras untuk mengharungi kehidupan ini. Amin.

Kuat, Tabah, Semangat, Tawakal, Ingat Allah Selalu.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers