Blogger Layouts

Sunday, May 3, 2015

Keberanian

Assalamualaikum w.b.t

When other people look at you and said
" I was respect to your bravery!!"

I just be numb and blur. What actually they want to said.
It take me long time of thinking. But suddenly my heart said something. Maybe I know what the meaning of it.

Maksud keberanian yang di nyatakan telah membawa saya menyelusuri kehidupan saya sendiri. Berfikir sejenak tentang maksud tersirat. Dan saya dah faham maksudnya.

Sebenarnya saya bukan seorang yang berani pada asalnya. Masa kecik2 dulu saya adalah makhluk paling penakut. Dengar bunyi pelik sikit je terus kaku. Teruk betul jadi makhluk macam ni. Tapi makin meningkat dewasa rasa takut tu jadi hilang dan semakin pandai mengendali emosi sendiri.

Dan saya bukan jenis manusia yang "mesra alam"..saya adalah kontra dari perkataan tersebut. Tapi disebabkan pengalaman mengajar saya erti kehidupan. Tentang bagaimana mengendali kehidupan sendiri. Jadi saya tahu dan faham setiap keperluan and kehendak yang perlu saya lakukan.

Yes. Sedari usia 18 tahun saya belajar hidup sendiri. Jauh dari ibu ayah. Everything is by myself. Sendiri. Bukan pergi belajar tu bila pergi ayah jemput balik pun ayah jemput. Tak sama sekali. The first young age, I go out without other people help. Dalam keadaan yang tak tahu tempat orang. Main redah je. Semua sendiri.

Waktu belajar kat Selangor, pandai pergi dan pandai pulang. Tak tahu jalan tapi banyak tanya. Balik kampung pun sendiri. Naik tren, naik bas padahal tak tahu apa2 pun. Kalau kena culik pun mungkin redha je. Duduk dengan strangers entah sape2 dan datang dari mana pun tak tahu. Tapi Alhamdulillah masih di bawah lindungan Allah hingga hari ini.

Dulu selalu tak percaya yang aku mampu. Yela orang tak pernah pergi jauh dari family. But almost 6 years back then, wah jauh nye aku dah pergi.

Saya bukan jenis yang suka meminta2 dan merayu2 untuk mendapatkan bantuan dr org, kecuali mmg benar terpaksa. Itu pun terpaksa tebalkan muka. Malu sebenarnya pada diri sendiri sebab selalu minta bantuan orang. Walau mungkin sekarang masih ada kekurangan tapi sedaya upaya cuba untuk tidak menyusahkan orang lain.

Kalau saya rasa saya mampu untuk lakukan sendiri. I will do myself. Tapi kalau memang tak mampu, barulah terpaksa meminta bantuan. Saya tak nak susahkan orang lain. Walaupun saya tahu, orang lain waktu saya senang je dia ada dengan saya tapi bila dah senang dan bahagia terus lupa dengan kita. Susah nak jumpa yang sentiasa ada dengan kita waktu susah.

Saya mohon maaf andai pernah ada menyusahkan sesiapa. Meminta pertolongan dan bantuan. Saya berterima kasih pada anda dan mohon maafkan silap dan salah saya. Mudah2an Allah balas jasa baik kalian. I am not perfect!!

1 comment:

  1. Berdikari pada usia 18 tahun memang agak mencabar.tapi pasti ianya akan mematangkan kita..
    salam follow sni sis :)

    ReplyDelete