Assalamualaikum w.b.t
Sehebat mana pun seorang wanita itu tunggak utama yang dia perlukan adalah seorang lelaki yang mampu untuk menjaga, melindungi dan membimbingnya. Aturan Tuhan yang menyatakan bahawa kita perlu hidup berpasang-pasangan tidak kira lah dari mana datangnya diri kita. Setinggi mana pun harta, pangkat dan darjat seorang wanita itu pasti akan terasa tidak lengkap tanpa pasangan. Begitulah indahnya aturan Tuhan. Bersyukurlah. Sungguh janganlah terlalu berbangga dengan kedudukanmu yang berada di zon selesa itu. Wanita sebenarnya perlukan lelaki yang mampu untuk membentuk peribadinya disaat kita hanyut dan rapuh. Selepas ibu bapa, lelaki yang berstatus suami lah yang bertanggungjawab mendidik wanita.
Namun bukan mudah untuk mencari pasangan hidup yang mampu untuk melentur tulang yang bengkok itu. Andai nakhoda juga rapuh maka anak kapal bakal hanyut di telan badai. Allahu Rabbi. Bukan senang untuk mencari seorang nakhoda yang gagah dalam melayari bahteranya. Lumrah kehidupan saat sekarang semakin payah untuk dimiliki insan seperti itu.
Jika wanita yang leka dan alpa dengan duniwai, seharusnya ada insan yang bernama lelaki yang mampu menunjukkannya jalan yang lurus. Namun kepentingan solat semakin susah untuk dilaksanakan. Tidak perlu dipandang pada harta dan wang ringgit yang mereka ada. Tapi lihatlah, adakah mereka masih mampu untuk gigih dan tekun dalam melaksanakan perintah Allah. Cukuplah pandang pada Solatnya. Andai solatnya dijaga setiap masa dan ketika, itulah yang mampu untuk membentuk tulang wanita yang bengkok. Namun andai Solatnya tak mampu dijaga, dikhuatiri untuk kita lemas dalam arus duniawi adalah tinggi. Risau jika mereka tak mampu untuk menasihati seorang wanita kerana sikapnya yang sambil lewa dan tidak konsisten dalam melakukan sesuatu.
Ketahuilah bahawa sifat wanita itu sebenarnya keras bukannya lembut pada asalnya, namun jika adalah seseorang yang mampu untuk tekun berusaha membimbingnya. Pasti hatinya akan lembut kerana rasa malu pada seorang lelaki yang jauh lebih baik budi pekertinya dari diri kita. Sifat wanita itu adalah ego yang terlalu tinggi. Hanya dengan perbuatan yang mampu melemahkan keegoan wanita terutama apabila seorang lelaki yang sentiasa berdisiplin dalam melaksanakan tanggungjawab dan perintah yang di amanahkan.
Ingatlah wahai wanita. Carilah yang mampu menjadi imam mu disaat kau lupa dan leka dengan duniawi bukan kau lihat hanya dari harta benda, pangkat dan darjat yang mereka ada. Kerana itu tidak menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Carilah yang benar mampu melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan saksama, membimbingmu jalan ke syurga.
Peringatan untuk diri sendiri. Mudah2an Allah kurniakan hadiah yang mampu membawaku ke syurga. Amin.
Semoga Allah redha.