Blogger Layouts

Thursday, December 16, 2010

Moga Dikau Tenang Di Sana Sahabatku.. Al-Fatihah..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t..
Andai semalam kita bergembira, belum tentu kegembiraan itu akan kekal berpanjangan, sudah pastinya akan terselit sebuah kedukaan atau kesedihan juga.. Kita tak mungkin mampu merencana apa yang akan berlaku pada masa akan datang.. Segala-galanya ditangan takdir.. Mungkin hari ini kita menemui kejayaan namun satu hari kita menemui kegagalan.. Hidup umpama sebuah Roda yang berputar.. Sekejap kita diatas sekejap kita dibawah. Itulah Lumrah Kehidupan.

Semua insan yang hidup didunia ini yang diberi nyawa untuk menjadi khalifah tidak akan dapat lari dari sebuah KENYATAAN.. tidak kiralah ianya KENYATAAN YANG MENGGEMBIRAKAN atau KENYATAAN YANG MENYEDIHKAN.. Segala-galanya harus kita tempuhi dengan SABAR dan REDHA walau terlalu sukar untuk kita terima.. Begitu juga dengan diri ini.. Walau apapun perjuangan harus diteruskan.

Semalam saya menerima sebuah perkhabaran duka.. Sebuah Perkhabaran yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.. Saya menerima panggilan telefon dari seorang Sahabat yang menyatakan khabar duka ini petang semalam.. Semalam saya telah kehilangan seorang Sahabat iaitu NURUL ASYIKIN BT MOHD. ABNU lebih mesra kami memanggil dengan panggilan CKIN. Sebenarnya dah lama tak bertemu dengannya.. Sejak kami berpisah selepas tamat persekolahan sekolah menengah di SMK Tunku Mahmood Iskandar, membawa haluan masing selepas SPM pada tahun 2007. Lepas tue saya dah jumpa dengan arwah..kira lost contact. Terkejut sangat bila kawan bagitau tadi, rasa cam xpercaya..mula2 ingat kawan main2 je.. tapi bila fikir balik, orang gila pun takkan main2 bab2 sensitif nie.. Rasa cam tak percaya dan terkejut sangat, tapi nak buat camne Allah lebih sayangkan dia.

Sebelum nie beberapa bulan yang lepas (tak ingat la bila) dengar khabar yang arwah accident teruk.. koma.. lepas tue dikhabarkan arwah dah berada dalam keadaan baik selepas menjalani beberapa pembedahan susulan (berdasarkan apa yang dikhabarkan pada saya).. lepas tue dah tak dapat apa2 khabar berita dengan jelas.. saya pun tak berada dikampung halaman masa tue.. mestilah tak tahu sangat perkembangannya.. >_<
Tiba-tiba semalam dapat khabar yang dia dah pergi untuk selama-lamanya.. Hibanya rasa hati nie, Ya Allah terlalu cepat Kau mengambilnya kembali ke sisi-Mu.. Rasa macam baru semalam saya bersama dia, bercerita dengannya.. Walaupun masa sekolah dulu tak berapa rapat dengan dia sebab kelas kami lain2.. tapi kadang2 jumpa dia juga..bila waktu rehat takpun masa2 senggang selepas kelas menunggu masa kelas tambahan petang.. Selalu lepak borak sama2..kawan2 lain pun ada.. tapi sekarang semua tinggal kenangan.. kenangan yang amat memberi kesan buat sahabat2 sampai bila2..

Sudah tertulis suratan takdir buatnya..hanya sampai saat ini kita bersama.. Moga Dikau tenang disana dalam istirehatmu yang panjang, cukuplah penderitaan dikau tanggung selama ini.. tak mampu untuk diri ini membayangkan betapa peritnya penderitaan yang dikau alami ini Sahabatku.. Tidak juga dapat ku bayangkan luluhnya hati seorang ibu saat melihat penderitaan seoarang anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari, mengerang kesakitan.. Ya Allah, Engkau berilah ketenangan buat Ahli keluarganya..mudah2an dapat menerima kenyataan ini dengan Sabar dan Redha atas ketentuan-Mu.  Walau apapun Doa kami sentiasa mengiringimu Sahabatku..

Engkau Sahabat Engkaulah Teman... Walau tiada gambarmu buat tatapanku.. namun cukuplah sekadar kenangan2ku bersamamu..akan sentiasa tersemat dalam hatiku.. Pergimu membawa sebuah kedukaan buatku, Namun ia memberi seribu kebahagiaan buatmu..kerana tugasmu di dunia ini telah selesai, Dikau telah melepasi satu perhentian untuk ke perhentian yang seterusnya.. Moga Dikau ditempatkan ditempat bersama orang-orang yang beiman.. Amin.

"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu" 
(Surah Ad-Dukhan : ayat 8)



KAU TEMAN KAU SAHABAT..
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
  
p/s:: Buat Sahabat2 yang membaca post ini dan mengenali Arwah..
Marilah kita sama2 berdoa Agar Rohnya Dicucri Rahmat 
dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
AL-FATIHAH

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers