Blogger Layouts

Thursday, December 2, 2010

Tolonglah,,,, Sedar Diri tue Sikit..!!

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Tolonglah, sedar diri awak sikit!!! Awak tue siapa???!! Tak layak untuk menghuni ruang hatinya walaupun sebesar zarah..Dia bukan milik awak dan dia juga mungkin bukan untukmu... dan awak juga tak layak utk berada disisinya.. faham tak??
Pipit tak kan pernah sekali-kali beriringan dengan enggang..sedarlah..!!
Antara awak dengan dia terlalu jauh beza..macam langit dengan bumi. Cukuplah tue..tak guna bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi sampai bila-bila. Bawalah hatimu kepada Allah, jangan terlalu ikutkan perasaan"

"Ya Allah..jangan kau bolak-balikkan hatiku.. tenangkanlah dan tetapkanlah hatiku pada keteguhan keimanan..tunjukkanlah aku jalan redha-Mu..Aku tahu selama ini hanya cinta-Mu ku harapkan buat peneman sepiku..
Ya Allah berilah cahaya petunjuk-Mu untukku.. supaya terus melangkah diatas Bumi-Mu yang fana ini dengan cekal dan tabah.. Aku mengerti akan putaran takdir dan ketentuan yang engkau berikan buatku..aku redha dan pasrah dengan segala kurnia-Mu.. Andai itu yang terbaik..akan ku terima dengan hati yang terbuka setelah segala usaha ku lakukan.. Moga Ada Rahmat dan hikmah-Nya untukku..Amin"

"Siapakah aku dihatimu???? Adakah seorang yang istimewa, teman tapi mesra atau hanya sekadar kawan??..
Engkau yang jauh namun terasa dekat denganku..namun ku tahu kau tak mengerti apa yang tersirat dihatiku..
Untukku Mulakan, aku bukanlah seorang yang sering mengejar cinta, apalagi menagih untuk dicintai..
Padaku, biarlah cinta yang ikhlas itu datang sendiri dan sujud di kaki. Namun kata untuk aku meluahkannya,
bagaikan mennati hujan di musim kemarau, mungkin ia sesuatu yang mustahil.
Aku ada harga diri yang perlu di jaga dan aku ada ALLAH yang lebih mengetahui lagi memahami..
Walau apapun yang terjadi biarlah ALLAH yang mengaturnya.."

"Sedarlah diri awak tue..!! jangan nak 'busybody' sangat.. jangan dah nak kacau hidup dia lagi..
kalau dia bahagia dengan apa dia pilih..doakanlah kebahagiaan dia..jangan simpan dendam.
Mungkin itulah yang terbaik buat dia.. Cinta tak boleh dipaksa.. relakanlah ia pergi, duhai hati..
Jangan cemari jiwamu dengan kelalaian dan kealpaan, kelak jiwamu yang sengsara..
berhentilah mengharap pelangi yang jauh itu, bukakan hatiku pada bintang yang akan menyerikan hidupmu kelak.. mungkin ia masih dalam perjalanan mencari jejakmu..InsyaAllah"




MENCARI DAMAI DIHATI..KEBAHAGIAAN DINANTI DENGAN PENUH KESABARAN DAN KETABAHAN.. INSYAALLAH JALAN BAHAGIA ADA DI MANA-MANA..
DENGAN SYARAT, BUKAKAN HATIMU YANG KERAS UMPAMA KERIKIL ITU KEMBALI KEPADA TUHANMU.. KETENANGAN BAKAL MENJADI PENYULUH JALAN HIDUPMU..AMIN

No comments:

Post a Comment