Blogger Layouts

Sunday, December 12, 2010

Erti Sebuah Persahabatan (UKHWAHFILLAH)

بسم الله الرحمن الرحيم
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Erti Sebuah Persahabatan::

 "KAWAN TAK SEMESTINYA MEMAHAMI, TAPI DIA MENGETAHUI..
KAWAN TAK SEMESTINYA MENGHUBUNGI, TAPI DIA MENGINGATI..
KAWAN TAK SEMESTINYA MENCINTAI, TAPI DIA MENYAYANGI..
KAWAN TAK SEMESTINYA DISISI, TAPI DIA DIHATI"

BERSAHABAT bukan hanya diBIBIR, ia memerlukan keIKHLASan, tidak perlu ada WASANGKA dan tidak perlu juga CURIGA. Apa ERTInya SEBUAH PERSAHABATAN andai dalam diri kita tertanam sifat IRI HATI dan HASAD DENGKI. Terbungkus rapi rasa syak kerana semua itu mampu membibitkan sebuah kebencian. Andai masih ada lagi sisa KASIH SAYANG, marilah kita sama-sama melontarnya jauh ke laut dengan azam biar PANTAINYA BERTUKAR PERMATA DAN LAUTNYA BERTUKAR MUTIARA.

Sesukar manapun hidup kita, sepedih mana sekalipun keputusan teman. JANGAN DIHUKUM DENGAN NISTA, JANGAN DIBUNUH DENGAN CERCAAN...Kerana kita manusia yang punya KELEMAHAN SENDIRI. Adakala GAGAL MENTAFSIR NALURI TEMAN dan TIDAK MAMPU MENTERJEMAHKAN PUISI RAKAN apatah lagi untuk MENJALA MIMPI. Oleh itu, AMPUNkanlah KESILAPAN insan yang bernama TEMAN. HORMATILAH TINDAKAN DAN PENDIRIANNYA kerana tidak rugi untuk mendayungkan keYAKINan kerana pasti akan membuahkan keLEGAan. 

PERSAHABATAN memberi kita ruang untuk BERKONGSI SUKA DUKA BERSAMA dan BUKANNYA UNTUK SALING MENYAKITI dan BENCI-MEMBENCI ANTARA SATU SAMA LAIN. Tetapi menjadi SAHABAT BAIK JUGA TIDAK BERMAKNA KAMU HARUS MEMILIKI seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini yang menyalahi undang-undang dan syariat serta boleh merosakkan diri sendiri. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu TERLALU MEMENTINGKAN PERASAAN SENDIRI TANPA MEMPEDULIKAN PERASAAN ORG LAIN. Apalah salahnya jika KAMU SALING MENGHORMATI HAK KEBEBASAN DIRINYA. Dan apa yg penting, TEMAN ITU JUJUR PADA PERSAHABATANNYA. Saling MENAHAN RASA CEMBURU bagi mengelak penyakit hati yang tiada penawarnya.

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga manusia. Dia juga rasa takut, ada rasa bimbang , sedih dan kecewa.  Dia juga kelemahan dan juga memerlukan sahabat sebagai kekuatan.  Jadilah kita sahabatnya itu, kita selalu meihat dia ketawa, tapi dia mungkin sebenarnya tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu mungkin ada banyak kisah sedih yang ingin diluahkan. Disebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan.  Kita tidak tahu.. tapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

“Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang lebih lemah dari itu ialah orang yang telah mensia-siakan sahabat yang telah dicari” (Saidina Ali)


“Sahabat yang baik apabila dipandang wajahnya membawa mngingati ALLAH, mendengarkan kata-katanya membawa menambahkan ilmu, terlihat gerak-gerinya meninggikan takut kepada ALLAH, Berkawan dengannya berjuang ke jalan ALLAH..”

Coretan dari Seorang Sahabat buat semua Sahabat-Sahabatnya tidak kira dimana jua berada, walau jauh walau dekat.. dirimu sentiasa ku ingati.. Walau jauh dipandangan mata tapi sentiasa dekat dalam Doa.. Kerana antara kita ada satu ikatan UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA.. “..Pakaian yang kotor boleh dicuci, Kasih yang suci sukar dicari..”

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers