بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum w.b.t…
Pernah tak anda rasa masa kecil-kecil dulu yang ibubapa kita da tak sayang dengan kita. Saya rasa semua orang pernah rasa camtu. Betul tak? Begitu juga dengan saya.. tipulah kalau saya cakap saya takde rasa camtu, tapi tu masa kecil-kecil dulu…
Walaupun adik-beradik saya tak ramai, tapi tak semua permintaan saya..mak dan abah saya akan tunaikan…masa kecil saya ni nakal la juga. Kadang-kadang pun tak dengar kata… tapi tu zaman kecil-kecil dulu la (^_^) Kadang-kadang minta emak belikan satu barang tapi mak cakap..“TAK BOLEH..!!” ataupun “TAKNAK”. Masa tu memang terasa sesangat la… Mak cakap lagi, “kalau nak, nanti bila dah ada duit beli la..baru kita tahu menghargai barang yang kita beli tu”. Saya memang tak pernah faham dengan apa yang emak katakan..maklumlah kanak-kanak riang, mana nak faham apa yang orang yang lebih tua katakan.
Tapi bila dah meningkat remaja, baru la terfikir dengan apa yang mak cakap dulu. Ada betulnya juga kan…kalau kita beli barang tu sendiri, kita mesti lebih menghargai sebab kita keluarkan duit sendiri..tapi kalau orang yang belikan untuk kita, lebih-lebih lagi mak ayah yang belikan..lagilah cepat kalau boleh kita ‘ranap’kan biar cepat dapat yang baru. Betul tak??
Saya gunakan kata-kata emak sebagai sumber inspirasi. Masa sekolah dulu, tak ingatlah masa tingkatan berapa..saya kumpul duit dengan duit poket yang ayah saya bagi setiap hari nak gi sekolah, semata-mata nak beli sehelai baju. Bukan tak nak minta dengan mak ayah tapi sekadar nak rasa bagaimana susahnya nak kumpul duit. Akhirnya saya dapat juga baju tu..memang gembira sakan…dalam masa yang sama, saya dapat belajar satu benda baru, iaitu BERDIKARI.
Sekarang ni saya dah tahu kenapa mak dengan abah tak suka sangat manjakan anak-anaknya. Abah selalu nasihatkan kita adik beradik supaya jangan suka harapkan bantuan dari orang, apa yang termampu kita buat..kita buat. Abah lebih suka tengok anak-anaknya berdiri di atas kaki sendiri, maksudnya tak bergantung pada orang je..belajar dari kesilapan dan mulakan sesuatu yang kita nak capai tue dari bawah. Kata orang “Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian” tapi hasilnya LUMAYAN dan PRODUKTIF.
Sekarang ni saya dah faham sangat-sangat apa yang mak katakan. Semua tu mengajar saya menjadi seorang yang berdikari. Dan yang lebih penting saya bukan ‘anak manja’... yang kawan2 selalu 'klasifikasikan' saya.. hoho.. No..No..No..la kawan2ku.. Ibu saya memang camtu, bila anak2nya nak gi jalan jauh or balik tempat belajar..memang akan dibekalkan makanan yang 'agak' banyakla..hehe.. takot anak dia tak makan kot..^_^.. Tapi kdg2 kawan2 cakap 'saya Anak Manja'.. iskhh bukanla.. Abang pun mak wat camtu jugak ape.. xde istilah PILIH KASIH dan ANAK MANJA dlm keluarga kami ok.
Apa2 pun, Terima kasih mak dan abah kerana dengan usahakan gigihmu, menjadi kami seorang anak yang sentiasa berada di landasan yang benar, lebih banyak belajar berdikari. Mudah-mudahan doa dan harapan yang dikau titipkan buat kami, menjadikan kami sentiasa mengingatimu walau di mana jua berada. Amin.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment