Blogger Layouts

Thursday, December 23, 2010

Menangislah Pada Pemilik CINTAmu Yang Agung..!!

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t..
Pernah tak anda menangis??? Bukan saja pernah malah boleh dikatakan selalu kan?? >_<
Sape yang tak pernah menangis?? Raise up your Hand... The answer for sure is impossible.. tak mungkin ada.. Tipulah kalau ada manusia yang hidup kat dunia nie tak pernah menangis.. (tue manusia ke bukan?? Alien kot..~fikir jap~)

MENANGIS..!! Satu istilah yang tak pernah sepi dari diperkatakan, dirasai dan dilalui.. Menangis dizahirkan dari perasaan yang pelbagai seperti SEDIH atau GEMBIRA.. Kadang-kadang ada sesetengah orang yang menangis apabila dilanda suatu perkara yang dukacita.. ada sesetengah orang pula menangis sebab terlalu gembira atau terharu mungkin kerana kejayaan yang dicapai dan sebagainya. Itu sebagai Mukaddimah untuk memulakan butir bicara.. Let's turn to the right corner.. ^_^

Saturday, December 18, 2010

Mana Satu Pilihan Hati...!!!

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

UNTUK TATAPAN DAN RENUNGAN PARA PEMBACA... 
MARI HAYATI SEKETIKA KISAH INI..!! TENANGKAN HATI DAN BUKA MINDA ANDA SELUAS-LUASNYA.. MOGA MENDAPAT PENGAJARAN DAN PENGETAHUAN... Buat PILIHAN Dengan BIJAK..
ENJOY YOUR READING.. ^_^

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." 

saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" 

Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Thursday, December 16, 2010

Moga Dikau Tenang Di Sana Sahabatku.. Al-Fatihah..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t..
Andai semalam kita bergembira, belum tentu kegembiraan itu akan kekal berpanjangan, sudah pastinya akan terselit sebuah kedukaan atau kesedihan juga.. Kita tak mungkin mampu merencana apa yang akan berlaku pada masa akan datang.. Segala-galanya ditangan takdir.. Mungkin hari ini kita menemui kejayaan namun satu hari kita menemui kegagalan.. Hidup umpama sebuah Roda yang berputar.. Sekejap kita diatas sekejap kita dibawah. Itulah Lumrah Kehidupan.

Semua insan yang hidup didunia ini yang diberi nyawa untuk menjadi khalifah tidak akan dapat lari dari sebuah KENYATAAN.. tidak kiralah ianya KENYATAAN YANG MENGGEMBIRAKAN atau KENYATAAN YANG MENYEDIHKAN.. Segala-galanya harus kita tempuhi dengan SABAR dan REDHA walau terlalu sukar untuk kita terima.. Begitu juga dengan diri ini.. Walau apapun perjuangan harus diteruskan.

Semalam saya menerima sebuah perkhabaran duka.. Sebuah Perkhabaran yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.. Saya menerima panggilan telefon dari seorang Sahabat yang menyatakan khabar duka ini petang semalam.. Semalam saya telah kehilangan seorang Sahabat iaitu NURUL ASYIKIN BT MOHD. ABNU lebih mesra kami memanggil dengan panggilan CKIN. Sebenarnya dah lama tak bertemu dengannya.. Sejak kami berpisah selepas tamat persekolahan sekolah menengah di SMK Tunku Mahmood Iskandar, membawa haluan masing selepas SPM pada tahun 2007. Lepas tue saya dah jumpa dengan arwah..kira lost contact. Terkejut sangat bila kawan bagitau tadi, rasa cam xpercaya..mula2 ingat kawan main2 je.. tapi bila fikir balik, orang gila pun takkan main2 bab2 sensitif nie.. Rasa cam tak percaya dan terkejut sangat, tapi nak buat camne Allah lebih sayangkan dia.

Tuesday, December 14, 2010

Susu Kambing dan Kelebihannya...

بسم الله الرحمن الرحيم
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Pernah Tak Cuba Susu Kambing?? Saya pernah cuba tapi yang 'instant' la.. yang Asli pernah cuba tapi masa kecik2 dulu, da tak ingat da rasa susu kambing tue.. hehe.. tapi memang sedap..
Dah rasa tue mestilah kita kena tahu Rahsia Disebalik Susu Kambing.. Jangan main ikut suka je nak bedal.. Bila tanya apa khasiat atau kelebihannya.. Mula la terkebil-kebil nak jawab.. huhu..

Ini Kambing (Goat) ^_^
Sape Tak Tahu?? Hehe..

Jom Kita Selak dan Semak satu persatu apa Khasiat dan Kelebihan Susu Kambing nie...

Kelebihan Susu Kambing
- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

Sunday, December 12, 2010

Erti Sebuah Persahabatan (UKHWAHFILLAH)

بسم الله الرحمن الرحيم
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Erti Sebuah Persahabatan::

 "KAWAN TAK SEMESTINYA MEMAHAMI, TAPI DIA MENGETAHUI..
KAWAN TAK SEMESTINYA MENGHUBUNGI, TAPI DIA MENGINGATI..
KAWAN TAK SEMESTINYA MENCINTAI, TAPI DIA MENYAYANGI..
KAWAN TAK SEMESTINYA DISISI, TAPI DIA DIHATI"

BERSAHABAT bukan hanya diBIBIR, ia memerlukan keIKHLASan, tidak perlu ada WASANGKA dan tidak perlu juga CURIGA. Apa ERTInya SEBUAH PERSAHABATAN andai dalam diri kita tertanam sifat IRI HATI dan HASAD DENGKI. Terbungkus rapi rasa syak kerana semua itu mampu membibitkan sebuah kebencian. Andai masih ada lagi sisa KASIH SAYANG, marilah kita sama-sama melontarnya jauh ke laut dengan azam biar PANTAINYA BERTUKAR PERMATA DAN LAUTNYA BERTUKAR MUTIARA.

Sesukar manapun hidup kita, sepedih mana sekalipun keputusan teman. JANGAN DIHUKUM DENGAN NISTA, JANGAN DIBUNUH DENGAN CERCAAN...Kerana kita manusia yang punya KELEMAHAN SENDIRI. Adakala GAGAL MENTAFSIR NALURI TEMAN dan TIDAK MAMPU MENTERJEMAHKAN PUISI RAKAN apatah lagi untuk MENJALA MIMPI. Oleh itu, AMPUNkanlah KESILAPAN insan yang bernama TEMAN. HORMATILAH TINDAKAN DAN PENDIRIANNYA kerana tidak rugi untuk mendayungkan keYAKINan kerana pasti akan membuahkan keLEGAan. 

Friday, December 10, 2010

Result Exam : Alhamdulillah Syukur Atas Kurniaan Ilahi

بسم الله الرحمن الرحيم
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah... Bersyukur yang teramat sangat atas segala kurniaannya.. masih dalam keadaan terkejut dan rasa cam tak berapa percaya dengan apa yang telah saya terima hari nie.. masih tertanya-tanya lagi.. Yeke nie?? adakah saya bermimpi atau ini memang benar2 kenyataan?? (tampar muka cikit).. Owh Ya, Subhanallah saya tak bermimpi, inilah kenyataannya.. (jap, ada ke orang tengah mimpi boley tengok result exam??..dah stop it jangan nak merepek)
Sejak dari semalam nak tengok result tapi tak dapat.. (semalam memang tak sempat nak check pun sebenarnya..hehe) Ingatkan result kuar 10hb..so relax je la dulu.. Tenangkan menanti debaran keputusan exam diumumkan keesokannya.. Tiba2 dapat message dari kawan.. Dia kata dah tengok Result ke belum?? Alamak da kuar ke?? (debaran telah melanda diriku) Mula2 dengan penuh debaran dan kekuatan semangat yang ada..buka UiTM Student Portal dengan Bismillah.. Ya Allah banyaknya halangan nak tengok result.. server down da.. Bese la yang kami lalui bila nak tengok result tiap2 sem.. Server Down punya sebab student UiTM ramai sangat..Semua menggunaka satu server yang sama mana taknya server tue down.. huhu..


Wednesday, December 8, 2010

3 in 1 :: Nak Kahwin?? huh..Statement Ayah & Abang..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t..
Hari nie entry 3 in 1.. hehe.. nak tau nape??
Jom kita ikuti kisah selanjutnya.. >_<

Babak 1::
Pagi2 buta lagi..ayah dengan abang dah wat sandiwara 'dramaking at King Of Black House'.. hehe.. mula2 tue mak cerita pasal kawan sekolah saya.. Sekolah Menengah la tapi tak sama kelas.. kenal pun tak sangat masa sekolah dulu, dia dok kampung sebelah je.. aleh2 je ayah dapat 'surat saman' yang bahasa Jepun nya dipanggil Kad Undangan Perkahwinan atau Omputih kata Wedding Invitation, Arab kata Walimatul Urus.. (eh, Berapa banyak daa..ok2 da abis, bahasa lain dlm proses..smbung lain post). Wedding kawan saya tue da beberapa hari yang lalu sebelum post nie ditulis lagi sebenarnya..

Berbalik pada cerita, Mak cakap "kawan Yatie da kahwin, umurnya sebaya dengan yatie tue haa...
abang cakap (dengan nada separa terkezut sambil dukung kucing cam baby.. kui3) "haa..cilik2 wes rabi?? (dalam Jerman nya "kecik2 da kahwin..??")" dengan spontan satu persoalan dari abang ditujukan padaku.. "yatie tue bila lagi???"
saya jawab "ewah2, ngata orang..dia tue bila lagi.. dah layak da jadi bapak budak pun.."
ayah tiba2 mencelah yang mula2 dok sedap tengok berita pagi tue "yatie tak boleh.. dia masih kanak2 riang lagi..belajar pun xabis lagi"
hahahaha (gelak jahat).. dalam hati bermonolog "aiyoo suddenly my father said i'm still young la.. kanak2 riang plak tue.. nasib baik tak disebutnya kanak2 ribena.. kalau tak memang haru la.. ada plak kanak2 riang.."
hah.. Moral of the Story is sebenarnya abang tue yang tak sabar nak kahwin, nak cover konon.. tue yang dia wat2 tanya bila adik dia nak kahwin.. eh, Hello I'm only 20 u know.. abang tue yang sepatutnya dan paling afdhal untuk mendirikan masjid umur pun da 20+++.. hehe.. ntah pape je la abang nih..


Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H.. Mari Kita Renung Sejenak..!!

 بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum w.b.t..
Salam Maal Hijrah Sahabat Sekalian..

Diam tak diam dah masuk dah tahun baru Hijrah bagi tahun 1432H.. Cuba kita renung sejenak apa yang kita da buat sepanjang tahun 1431H yang lepas.. Adakah segala azam dan impian kita tercapai?? tue kalau ada simpan niat dan azam la.. yang xde nie.. Adakah segala urusan berjalan dengan lancar dan baik.. Diharapkan semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.. jikalau ada halangan dan ujian yang menimpa tue biasa la.. lumrah dalam kehidupan.. Hidup nie kenalah diuji, kalau tak kita tak tahu tahap kekuatan diri kita.. Takkan lah hidup nak gembira sakan je.. tak syok gak hidup nie kan..

Sebelum tue nak tanya la para pembaca..?? Saje je bertanya.. Pasal TARIKH LAHIR...?? (Urmm..ada kene mengena ke??) Kita selalu ingat tarikh lahir kita dalam tahun MASIHI.. tapi kita pernah tak ambil tahu tentang tarikh lahir dalam tahun HIJRAH plak.. Ada tak?? kalau ada bagusla.. yang tak tahu tue, cuba mak ayah korang.. mana la tau mereka ingat.. tak pun check kat web yang ada application tentang tarikh lahir BULAN ISLAM.. Kalau saya, saya tahu sebab MAK saya yang bagitau.. Tahun Hijrah saya lahir pada 25 REJAB 1410.. sebenarnya saya pun tak tau dan tak ingat.. MAK saya yang bagitau.. Semua Anak2nya dia tau dan ingat.. IBu memang terbaek!! salute kat IBU la..

Hijrah... Apa biasa kita tau dan kita dengar adalah kisah Penghijrahan Rasulullah S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah... tapi sebenarnya banyak lagi maksud yang boleh kita ungkapkan.. Contohnya macam PERUBAHAN DARI YANG BAIK KEPADA YANG LEBIH BAIK,  DARI YANG LEBIH BAIK KEPADA CEMERLANG.. (pinjam kata2 UST. AJIB ISMAIL dalam Siaran Langsung Khas Maal Hijrah kat TV1 Petang semalam..) ^_^ Berubah??? Macam mana nak berubah??? boleh ke nak berubah nie??? Jawapan standard dan plg senang.. 'Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Memang macam2 Alasan' Alasan tue memang banyak, belit2 mcm ular sawa.. Oh well, Manusia biasa la memang hidup dgn penuh Alasan..^_^
    Alhamdulillah.. Sekarang berada disini.. 
     Mudah2an Tarbiyah ini akan berterusan..
  InsyaAllah..

Monday, December 6, 2010

Belajar Dari Pengalaman.. Terima Kasih IBuAYAh


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t…
Pernah tak anda rasa masa kecil-kecil dulu yang ibubapa kita da tak sayang dengan kita. Saya rasa semua orang pernah rasa camtu. Betul tak? Begitu juga dengan saya.. tipulah kalau saya cakap saya takde rasa camtu, tapi tu masa kecil-kecil dulu…

Walaupun adik-beradik saya tak ramai, tapi tak semua permintaan saya..mak dan abah saya akan tunaikan…masa kecil saya ni nakal la juga. Kadang-kadang pun tak dengar kata… tapi tu zaman kecil-kecil dulu la (^_^) Kadang-kadang minta emak belikan satu barang tapi mak cakap..“TAK BOLEH..!!” ataupun “TAKNAK”. Masa tu memang terasa sesangat la… Mak cakap lagi, “kalau nak, nanti bila dah ada duit beli la..baru kita tahu menghargai barang yang kita beli tu”. Saya memang tak pernah faham dengan apa yang emak katakan..maklumlah kanak-kanak riang, mana nak faham apa yang orang yang lebih tua katakan.

Tapi bila dah meningkat remaja, baru la terfikir dengan apa yang mak cakap dulu. Ada betulnya juga kan…kalau kita beli barang tu sendiri, kita mesti lebih menghargai sebab kita keluarkan duit sendiri..tapi kalau orang yang belikan untuk kita, lebih-lebih lagi mak ayah yang belikan..lagilah cepat kalau boleh kita ‘ranap’kan biar cepat dapat yang baru. Betul tak??
Saya gunakan kata-kata emak sebagai sumber inspirasi. Masa sekolah dulu, tak ingatlah masa  tingkatan berapa..saya kumpul duit dengan duit poket yang ayah saya bagi setiap hari nak gi sekolah, semata-mata nak beli sehelai baju. Bukan tak nak minta dengan mak ayah tapi sekadar nak rasa bagaimana susahnya nak kumpul duit. Akhirnya saya dapat juga baju tu..memang gembira sakan…dalam masa yang sama, saya dapat belajar satu benda baru, iaitu BERDIKARI.

Saturday, December 4, 2010

HomeMade Chocolate, CupCakes, Cakes, GiftShop...

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t..
Bila sebut tentang cita-cita dan impian, masing-masing mesti ada macam-macam yang ingin kita capai kan.. betul tak??
Begitu jugakla dengan diri ini.. masih meyimpan satu lagi impian yang orang lain tak tahu.. hehe..
kira hari nie nak bocorkan rahsia la.. (^_^)

Cita-cita dan keinginan untuk mendalami bidang perniagaan dah hampir tercapai dan dah nak sampai penghujungnya pun.. rasa sekejap je.. dah nak abis belajar ruapanya saya ek.. hehe.. tak perasan masa berlalu begitu pantas.. itulah orang selalu cakap MASA IBARAT PEDANG.. kalau kita tak lawan pastinya akan memakan diri kita.. eh..berTAZKIRAH pulak dia ek.. sikit je tue..

Bila dah nak abis belajar kenalah fikir sesuatu untuk merealisasikan impian kita jugak kan.. BELAJAR tue baru menDALAMi dan memPELAJARI aje.. yang REAL nya tak lagi sebenarnya.. sebab masih belum nampak HASILnya seperti yang kita nak.. Apakah?? Apakah??
Apakah Impian yang masih belum diREALisasikan tue??? jeng..jeng..jeng.. hehehe.. Jom kota tengok sama-sama..

CakeHouse.. Home Made Chocolate.. CupCakes.. GiftShop..

Thursday, December 2, 2010

Tolonglah,,,, Sedar Diri tue Sikit..!!

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Tolonglah, sedar diri awak sikit!!! Awak tue siapa???!! Tak layak untuk menghuni ruang hatinya walaupun sebesar zarah..Dia bukan milik awak dan dia juga mungkin bukan untukmu... dan awak juga tak layak utk berada disisinya.. faham tak??
Pipit tak kan pernah sekali-kali beriringan dengan enggang..sedarlah..!!
Antara awak dengan dia terlalu jauh beza..macam langit dengan bumi. Cukuplah tue..tak guna bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi sampai bila-bila. Bawalah hatimu kepada Allah, jangan terlalu ikutkan perasaan"

"Ya Allah..jangan kau bolak-balikkan hatiku.. tenangkanlah dan tetapkanlah hatiku pada keteguhan keimanan..tunjukkanlah aku jalan redha-Mu..Aku tahu selama ini hanya cinta-Mu ku harapkan buat peneman sepiku..
Ya Allah berilah cahaya petunjuk-Mu untukku.. supaya terus melangkah diatas Bumi-Mu yang fana ini dengan cekal dan tabah.. Aku mengerti akan putaran takdir dan ketentuan yang engkau berikan buatku..aku redha dan pasrah dengan segala kurnia-Mu.. Andai itu yang terbaik..akan ku terima dengan hati yang terbuka setelah segala usaha ku lakukan.. Moga Ada Rahmat dan hikmah-Nya untukku..Amin"

Wednesday, December 1, 2010

Relaks Sekejap.. Jom Baca Kisah Nie..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Asslamualaikum w.b.t..
Renungan utk semua…Renungilah betapa kecilnya kita di bumi Allah ini…
Jadikan kisah ini sebagai pengajaran dan peringatan buat kita semua…
SELAMAT MEMBACA!!!

Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi… Jeng!Jeng!Jeng!
bunyi….AAUUUMMMMM!!!!! Bunyi HARIMAU yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba ALLAH ni pun lari untuk menyelamatkan diri. HARIMAU tu kejar hamba ALLAH ni, sebab dia dah lapar sangat ni. HARIMAU tu pun kejar.... kejar... kejar... dan kejar. Hamba ALLAH ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia BERDOA agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa ALLAH diperlihatkan sebuah PERIGI di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba ALLAH ni pun terjunlah ke dalam PERIGI. PERIGI tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, HARIMAU yg lapar tu menunggunya. Si hamba ALLAH ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada ALLAH agar dia diselamatkan.


Daisypath Happy Birthday tickers