Blogger Layouts

Monday, November 1, 2010

Kolot ke?? Kalau Simple je..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum..
satu persoalan tiba-tiba bermain difikiran..

Salah ke?? atau kolot ke aku nie??
kalau berpakaian 'simple' je dan bersederhana dalam berhias??


Dari kecil sampai sekarang bila dah meningkat remaja nie.. lebih selesa untuk mengenakan pakaian yang simple-simple je.. tak tahu la kenapa.. Bila berpakaian yang nampak 'vogue' atau meriah dari orang lain terasa diri nie diperhatikan dan dok dalam dunia lain plak,.. cam makhluk asing rasanya.. kawan-kawan pun selalu cakap.. "...kenapa ko pakai yang simple-simple sangat nie?? buat la style baru plak baru nak cantik dan ayu je.." huhu.. ayu ke?? pernah juga mencuba gaya baru.. kadang-kadang ada yang 'melekat' dan ada juga yang tak boleh diterima langsung..


Ayah selalu bising bila pakai baju yang pelik2 je... confirm ayah suruh tukar lain.. tak nak tukar jangan harap dapat ikut.. huhu.. Ayahku yang tegas walaupun nampak 'cool' je selalu.. tapi bab penjagaan diri ini anak-anak ayah memang tegas.. Ibu boleh la lagi nak pujuk-pujuk.. kalau ayah.. no..no..no.. jangan cuba nak melawan.. tapi Alhamdulillah dgn ketegasan ayah.. menjadikan diriku seperti sekarang.. TERIMA KASIH AYAH..!! kami sayang ayah..IBU AYAH sentiasa bertakhta di hatiku..!!!


Dalam Berhias diri plak.. memang kata orang 'failed' la.. ntah la xreti sangat.. hanya yang sedang-sedang je boleh.. Biasanya akan mengalas solekan dengan krim dan bedak compact.. dan lipstick @ lipsgloss shj.. Bila tengok kawan2 pakai make-up tebal2 dan mcm2 tempek kat muka teringin juga nak cuba.. tapi bila dah cuba rasa cam ada yang 'berat' kat muka.. huhu.. Susahnya menjadi diriku.. Semua xboleh nak buat..

Kata orang 'Biarlah apa orang nak kata asalkan kita tak ganggu hidup orang tue'.. Lebih selesa untuk jadi diri sendiri.. Suka nampak lebih 'Natural' dan tak hipokrit.. Sekurang-kurangnya boleh mengelak dari pandangan mata orang lain yang boleh membawa kepada kesan yang kurang baik.. terutamanya pandangan mata lelaki.. dan kita xlah berdosa dan tidak menjadi 'wanita fitnah'.. Hmmm...

Saya akui saya bukanlah seorang wanita yang alim atau wara' dan juga bukan seorang yang bertudung labuh.. saya masih memerlukan tarbiyah untuk membentuk hati dan diri ke arah yang lebih baik.. InsyaAllah. Saya diantara yang biasa dan sederhana sahaja.. tapi kebanyakan lebih selesa untuk berpakaian serba ringkas dan tak keterlaluan..

Pesanan Buatmu Duhai Wanita...

Peliharalah dirimu dari imej penggoda. Jadilah:

1. Wanita berwawasan.

2. Bersopan-santun pakaian dan tingkah lakumu.

3. Ingatlah bahawa tangan yang mengoncang buaian bukan saja dapat mengoncang dunia, malah mengoncang iman lelaki.

4. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dgn sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hambaNya itu berpasang-pasangan. Lelaki & wanita yang saling memerlukan. Sebahagiannya menjadi pembantu kepada sebahagian yang lain.

Kemuliaan manusia hanyalah dalam agama …. sejauh mana mereka dapat mentaati perintah Allah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada wanita dengan berbagai kelebihan. Syarat untuk wanita masuk syurga begitu mudah.

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :

"Seorang wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya."

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yg tak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibuka 8 pintu syurga yg mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab."


Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:

"Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi 'alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin" maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya."


Pesanan buat Sahabat juga diri sendiri yang kadang-kadang leka dengan Duniawi

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers