Blogger Layouts

Tuesday, November 30, 2010

::Sabar Itu Indah::


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t..
..SABAR..SABAR..SABAR..

Itulah perkataan yang selalu kita ungkapkan tatkala berhadapan dengan situasi yang tegang.. memujuk diri sendiri supaya bertindak dengan akal dan fikiran yang waras agar perkara yang tidak diingini terjadi. Biasanya kita akan mendidik diri kita dengan sifat sabar apabila menghadapi masalah yang berat.. contohnya seperti ujian KESAKITAN DARI PENYAKIT, BERKAITAN DENGAN KEMALANGAN ATAU JUGA KEMATIAN DAN JUGA PERCINTAAN (^_^)..yang boleh membuat kita mungkin hilang dalam pertimbangan dan penilaian disebabkan kesedihan yang menyelubungi diri. Itulah yang terjadi pada masa sekarang di mana ada orang yang bergaduh sesama sendiri sehingga membawa pembunuhan, tidak dapat menyelesaikan masalah dan mengambil jalan pintas dengan membunuh diri. Saat itu dimanakah Iman kita dan dimanakah Akal kita letakkan?? Itulah pentingnya mendidik diri dengan sifat SABAR kerana sabar adalah kunci keimanan. Seandainya hati dididik dengan sifat kesabaran, kita dapat mengelak dari melakukan perkara yang diluar jangkaan dan kesalahan yang boleh menyebabkan kehancuran pada diri, masa depan, keluarga serta masyarakat. Tindakan yang diambil pastinya yang akan menyenangkan diri dan orang lain tanpa sebarang perbalahan.

Tapi untuk mendidik sifat SABAR itu bukan mudah, andai tiada persiapan diri dan muhasabah untuk berubah. Banyak aspek yang perlu di kenalpasti.. contohnya bak kata orang “Kesabaran Ada Batasnya”.. kadang 2 kita berusaha mendidik diri untuk bersabar tapi sudah pasti ada anasir2 atau suara2 jahat yang mempengaruhi kehendak hawa nafsu yang tinggi..jadi sudah pasti akan terhamburlah keluar segala perkara yang tak sepatutnya.. betul kan??

Kita manusia dikuasai oleh NAFSU dan AKAL.. Andai nafsu kita ikutkan mestillah disertai dengan pertimbangan akal..tapi jika nafsu telah menguasai diri maka rosaklah jawabnya, kerana nafsu yang menguasai akal pasti akal akan kalah dan lemah. Sekiranya nafsu itu adalah yang baik, tak perlu dikhuatirkan macam keinginan untuk berjaya, nak capai cita2 dan impian atau nak bantu orang lain. Tapi jika nafsu yang membawa keburukan dan kerosakan diri seperti sifat iri hati, hasad dengki, cemburu pasti ia akan bertindak tanpa kewarasan akal dan terkesan pada semua orang.

Sabar itu Indah kan?? Kalau kita berjaya dalam bermujahadah melawan nafsu amarah.. Kita dapat bertindak dengan bijak untuk menyelesaikan masalah yang melanda. Memupuk sifat sabar juga dapat menenangkan jiwa kita sekaligus terhindar dari penyakit hati. “As-sobaru min al-Iman”..sabar itu separuh drpd iman.

Jom Kita Lihat ada Berapa Jenis Sifat Sabar::
Sifat SABAR  terbahagi  kepada dua bahagian: 

1 -  MAQAMAT :
Maqamat ialah perjuangan atau usaha serta mujahadah yang kita lakukan dengan tujuan untuk mendatangkan sifat tersebut. Tidak bererti sifat ini sentiasa kekal pada diri kita  tanpa sedikit pun berjuang untuk mendapatkannya. Seperti yang kita ketahui bahawa setiap hamba Allah di muka bumi ini Allah telah sediakan atau tetapkan rezeki masing-masing dengan syarat kita berusaha untuk mendapatkannya. Sifat tawadhu’, warak atau redha ini takkan dicapai tanpa ada usaha yang tinggi dari kita.

2 - AHWAL:
Ahwal ini merupakan suatu perasaan  yang timbul dengan sendirinya terhadap diri kita. Tidak kira samada perasaan itu berbentuk gembira,bahagia,senang, sedih ,marah dan sebagainya.

Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad di dalam kitabnya telah membahagikan sifat sabar ini kepada 4 bahagian::
1 - Sabar di dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t.
2 - Sabar terhadap perkara-perkara maksiat
3 - Sabar terhadap perkara-perkara yang  tidak diingini
4 - Sabar terhadap hawa nafsu

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang mukmin) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya.” (HADIS RIWAYAT IMAM MUSLIM)

Sabar itu teramatlah indah andai kita betul2 merasai nikmatnya dan bermuhasabah dalam mertarbiah diri. Banyak kelebihan yang kita perolehi dengan sifat Sabar. Kita dapat menghindarkan diri dari sifat amarah dan dapat memupuk sifat bersangka baik (Husnul Dzon) dalam diri.

Kata-kata yang dipetik dari blog Irfan Khairi::
“Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Dari pengalaman saya, sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, saya yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu. Dan sememangnya itu yang terjadi- berkali-kalinya pada saya!”

Firman Allah s.w.t. berkenaan sifat Sabar, maksudnya:
“Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146),
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153) dan 
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10).

Marilah sama2 kita Muhasabah diri kita dan buat penilaian sebaik mungkin..bahawa sabar mengandungi banyak faedah.. 

*Nasihat untuk diri sendiri juga orang lain..
Selamat BerMujahadah.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers