Blogger Layouts

Thursday, November 4, 2010

Warkah Cinta Berlagu Pilu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t..

Buat Sahabat Yang Ku Kasihi...
Pertama kalinya ku ingin memohon maaf kepadamu kerana tak dapat untuk menyampaikan warkah ini sendiri, kerana masa dan takdir telah mencemburuiku. Maaf ku pinta darimu andai dirimu membaca warkah ini mungkin diriku sudah berada ditempat yang jauh darimu. Maaf juga kerana ku tak dapat memberitahu ke mana aku pergi.. Biarlah Hanya Allah yang tahu Segalanya kerana dengan izin-Nya aku datang dan dengan izin-Nya juga aku pergi.

Sukar untuk ku gambarkan perasaan yang bersarang di dalam hati setelah sekian lama ku pendam. Mungkin kau tak pernah tahu atau dirimu sengaja untuk buat-buat tidak tahu dengan apa yang aku rasakan. Maaf sekali lagi dariku kerana ku tak mampu menyatakan maksud sebenar kerana demi menjaga kepentingan masing-masing. Aku tak mahu dirimu lalai dengan fitnah dunia kerana Wanita adalah fitnah dunia. Oleh sebab itulah aku hanya mendiamkan diri dan pura-pura seperti tiada apa yang berlaku walau jauh di lubuk hatiku ingin menyatakan yang 'Diriku Menyayangimu'.

Ingin saja ku luahkan apa yang terbuku dihati ini. Tapi aku takut untuk kehilanganmu. Kerana engkaulah sahabat yang membuatku tenang dan ceria. Alhamdulillah aku bersyukur punya teman sepertimu. Aku juga bersyukur kerana Allah telah mengutusmu untukku, untuk membantu menjadi manusia lebih baik dan sempurna.. Nasihat-nasihatmu sentiasa ku jadikan pedoman ke arah kebaikan, kau sentiasa mengajarku untuk bersikap positif dan berprasangka baik pada semua orang.

Sahabatku,
Aku tahu aku bukan yang sempurna, dari apa yang aku rasakan juga ku tahu diriku tak mampu dan tak mungkin untuk memenuhi ruang hatimu walau sebesar zarah sekalipun. Tapi itu semua telah ku Ikhlaskan dan Redha dengan kehendak takdir-Nya, mungkin ini hanya ujian untukku untuk melihat sekuat dan setabah mana Iman ku bila diuji.. Alhamdulillah kerana Allah masih memberiku peluang untuk mengecapi dan merasai kasih sayang-Nya dengan hampir. Dengan Ujian inilah ku semakin hari merasakan Dia amat dekat bagiku. Terasa tenang dan damai apabila sentiasa mengingati-Nya dan memuji nama-Nya setiap masa.

Sahabatku,
Maafkan aku kerana pergi menjauhimu.. bukan ku tak ingin lagi menjadi sahabatmu tapi kerana aku tak ingin melukakan hati sesiapa lagi dan aku juga tak dikecewakan lagi. Cukuplah kenangan lalu yang mengajarku erti sebuah kehidupan.

Duhai Sahabatku,
Ada perkara yang tak sempat untuk ku tanyakan padamu..kerana masa itu telah mencemburui kita. Aku ingin bertanya kepadamu Mengapa kau berubah?? berubah dari seorang yang ceria kepada seorang yang serius.. apakah masalah yang kau sedang hadapi?? kenapa kau tak pernah berkongsikan padaku?? Salahkah untukku mendengar cerita dan luahan rasa darimu?? atau dirimu menerimaku menjadi sahabatmu kerana simpati dan belas kasihan??

Pernahkau dikau tahu bahawasanya aku terasa hati dengan sikapmu itu.. tapi ku pendamkan saja kerana aku sayangkan persahabatan kita. Maaf kerana terpaksa ku luahkan juga. Jika dirmu tak ingin untuk menyatakan segala masalah yang melanda dirimu, tidak mengapalah sahabatku. Namun aku berharap kau sedar akan perubahan sikar dan dirimu itu. Mudah-mudahan kau sentiasa dibawah perlindungan dan Sentiasa mendapat Hidayah dan petunjuk dari-Nya. InsyaAllah..

Jangan kau tangisi dan bersedih hati serta berasa bersalah dengan pemergianku ini kerana ku telah memaafkan segala kesalahan-kesalahan pernah dilakukan. Walau sebenarnya ku tahu sepanjang persahabatan ini tiada pernah sekalipun kau ucap perkataan "MAAF" padaku atas kesalahanmu.. kerana dirimu terlalu ego dan bangga dengan sikapmu sendiri.

Diriku sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu.. Moga engkau bahagia dengan apa kau lakukan.. mudah-mudahan kau akan bertemu seseorang yang dapat membahagiakanmu.. moga segala cita-citamu tercapai. Hanya satu yang ku pinta darimu.. Jangan kau ulangi dan lakukan perkara yang sama dengan apa yang kau lakukan padaku. Ku ingin sekali kau sedar akan kekhilafanmu itu. Kerana Aku Sayang Padamu.. Walau diriku tiada lagi disisimu, percayalah bahawa doaku sentiasa mengiringimu.

Masih banyak sebenarnya yang ingin aku luahkan untuk pengetahuanmu.. Tapi masa telah membatasi.. Maaf Aku tak mampu lagi menjagamu.. Aku wakilkan yang Maha Penciptamu untuk menjagamu..

Sahabat Yang Ku Rindui,
Izinkan aku pergi dengan tenang dan doakan sentiasa berbahagia disana.. Amin.

Ikhlas dari:
"Sahabat yang Menyayangimu Dalam Diam"



"THanks 4 For Memory"
Dengarkan DEndangan Lagu Ini Dariku Untukmu

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers