Blogger Layouts

Friday, November 26, 2010

Lafaz Yang Tersimpan RINDU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t..
Apa nak wat ek kalau kita rindu kat seseorang?? 
Perlukah untuk kita bagi tahu yang orang tue yang kita merinduinya??

Persoalan yang bermain difikiran::
Orang tue rindu kat kita ke??
Orang tue ingat kat kita lagi ke??
Ermm macam2 lagi la..

Tipu la kalau kita tak pernah ada rasa RINDU.  Betul tak?? Walaupun bukan pada “seseorang” tapi jugak pada IBUBAPA dan SANG PENCIPTA-NYA. Hakikat manusia yang bernafas dan bernyawa di muka Bumi ini telah dikurniakan Allah satu perasaan saling Kasih Mengasihi dan saling Bergantungan atau Bekerjasama antara satu sama lain. Itulah Nikmat yang Allah kurniakan buat hambanya yang sepatutnya kita syukuri. (0_<)

Namun kadang2 sukar untuk digambarkan bila tiba2 kita merindui seseorang insan. Memang itu lumrah kejadian manusia untuk saling merindui dan mengingati..tapi kalau kita merindui pada insan yang dalam hatinya bukan untuk kita, mesti sakitkan?? Rasa seperti hati nie dihiris-hiris halus macam nak wat masak rending hati.. hehe.. (smpt lg nak loyar buruk ke??)

Ya Allah..Sukar untuk ku gambarkan.. kenapa ku perlu untuk menghadapi keadaan seperti ini.. Kadang2 rasa nak lari jauh2.. nak sembunyi kat mana2 asalkan dapat jauhkan dari rasa RINDU nie.. tapi walau ke mana  dan sejauh mana kita lari kita tetap tak dapat lari dari sesuatu yang namanya “KENYATAAN”..

" Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." ( Al Baqarah : 45)

Kadang2 tertanya2 sendiri pd diri sendiri Kenapa ada perasaan yang sebegini.. yang sepatutnya ku  hadirkan dalam sebuah PERSAHABATAN ini.. Kenapa susah untuk mengelak dari menghadirkan rasa yang sepatutnya sejak berkawan dengannya.. Kenapa dia je.. Kenapa rasa itu tidak muncul pada orang lain selain dia.. Allahu Akbar banyak sangat persoalan.. Terasa berat sangat rasa ini..

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. (Al Baqarah : 286)

Macam mana nak cakap pun tak tahu dah.. bak kata pepatah “Di Luah Mati Mak, Ditelan Mati Bapak” atau dalam erti kata lain “Di Luah tercampak dalam mulut Buaya, ditelan Masuk dalam perut Pirana”.. gulllpp.. @_@

Nak cakap tak suka memang tipu la kalau xde perasaan.. tapi bila fikir balik.. adakah dirinya punya rasa yang sama dengan apa yang sedang ku rasakan saat ini?? Atau hatinya pada orang lain?? Tapi kenapa dia terlalu EGO denganku.. Ku sedar diri ini tak sempurna dan masih banyak kekurangan..tapi tolonglah jangan berikan diri ini harapan dengan layananmu itu.. Ku tahu bahawa bagimu itu hanya satu gurauan tapi ketahuilah wahai ADAM bagi kaum HAWA mungkin tidak kerana seorang wanita punya naluri yang sangat halus.. lagi halus dari jarum.. jangan dikau bermain dengan kata2 itu kerana mungkin akan menyeksa naluri wanita..

Ku tahu dikau tak berniat meluahkan dan mempermainkannya..tak mengapalah kerana segala silap dan salahmu telah ku maafkan.. Aku tahu tiada tempat untukku memenuhi sedikit ruang dalam hatimu.. Hanya aku yang berlebihan prasangka terhadapmu..

"Ya Allah kuatkanlah semangatku.. tetapkanlah imanku agar tidak tersasar dari jalan-Mu dek kerana hasutan dan pengaruh duniawi ini.. Mudah2an Engkau sentiasa memberi petunjukmu buatku.. Ya Allah, Andai benar dia milikku engkau dekatkanlah hatinya dekat hatiku.. Namun andai dia bukan tercipta buatku Engkau damaikanlah hatiku ini dengan ketentuan-Mu.. Janganlah Kau bolak-balikkan hati ini dengan perkara yang membawaku ke lembah kelalaian..Amin."

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."
(Surah Al-Hadid: 22-23)


Dan ku juga tahu mungkin apa yang di SAYANGI dan di SUKAi itu BUKANlah yang TERBAIK buatku.. Tapi juga mungkin apa yang TAK diINGINi itulah yang TERBAIK buat diri ini.. INsyaALLAH..
Jika itulah ketetapan buatku.. Aku Redha dan IKhlas dengan setiap pemberian-Mu..

" Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi
boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
(Al Baqarah : 216)


Coretan Buatmu yang Jauh Di Mata Namun Sentiasa Dekat DiHati dan Doa ku Sentiasa..
Ku Tahu Dirimu tak Mungkin akan Membaca Luahan Rasaku Padamu..
Biarlah ia Menjadi Rahsia.. Apa Yang Tersirat Biarlah Allah Saja yang Mengetahui..
Biarlah Allah menjadi WAKIL untuk Menjaga Diriku dan Dirimu.. Kerana Saat ini aku Masih tak Mampu untuk Menjaga Dirimu disebabkan Ada Halangan yang Membataskan Kita Bersama..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers