Blogger Layouts

Wednesday, November 17, 2010

Pengorbanan... Berkorbanlah..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Salam Eid Adha Mubarak 1431H/2010M..
Kullu Aam Wa Antum Bi Khoir..
“Saar Berderai Jatuh
Titisan Airmata Suci Ibrahim
Melihatkan Keteguhan Iman
Anakandanya Ismail,
Dikala Itulah Bermulanya
Sejarah Agung..
ERTI SEBUAH PENGORBANAN”
Alhamdulillah dengan Limpah Rahmat dan Kasih Sayang Allah.. Kita dapat lagi menyambut Aidiladha untuk tahun.. Disambut dengan penuh kesederhanaan tetapi tetap meriah.. Bersyukur rasa diri ini hidup di negara yang aman damai dan jauh keganasan dan peperangan.. Mudah2an keharmonian dan kemakmuran Negara yang dicapai ini akan berterusan sampai bila-bila.. Amin.

Kedatangan Aidiladha nie kita sambut untuk memperingati kisah Nabi Ibrahim dan anakandanya, Ismail dalam peristiwa yang mana Nabi Ibrahim diperintahkan Allah untuk menyembelih anakandanya, Ismail. Anakandanya, Ismail menurut segala perintah itu dengan rela hati.. dengan keteguhan Iman Ismail dan Ayahandanya, Ibrahim jugalah Allah telah menggantikan Ismail kepada seekor kibas. Ya Allah, betapa hebatnya dan teguhnya keimanan Nabi Ismail kepada Allah. Allahu Akbar. 

Cuba kita lihat pada diri kita??? Dan tanyakan pada diri..apakah yang kita sanggup berkorban apa saja jika Allah telah memerintahkan yang sedemikian??? Jawapan ‘standard’ org zaman sekarang.. “Tak mungkin”.. “taknak”.. “tak sanggup”.. “tak puas lagi tengok dunia”..

Ermm majority memang akan mengatakan “TIDAK”. Tak semua orang yang sanggup berkorban terutamanya soal NYAWA.. kadang-kadang diri ini tertanya-tanya sendiri.. ada ke orang yang sanggup buat pengorbanan sama spt yang Nabi Ismail lakukan sebelum nie..??? Jawapannya memang tak akan mungkin.. Sedangkan kita minta tolong sesame kita pun susah sangat.. lagilah nak buat pengorbanan untuk diri sendiri.. (begitu juga dengan diri ini…nasihat untuk diri sendiri jugak..hmmm).. Susah kan kita nak buat pengorbanan?? Kenapa la kekuatan kepahlawanan zaman Rasulullah tak menyerap dan diwarisi oleh umat zaman ini?? Tue tentang pengorbanan untuk diri kita sendiri..itupun susah sangat nak buat dan tunaikan.. apatah lagi untuk orang lain.. hmmm xde maknanya.

Apa plak pengorbanan kita pada IbuBapa kita??? Pernah tak kira terfikir tentang pengorbanan mereka?? Kita memang selalu terfikir tapi pernah tak kita nak ambil tahu camne susah payah mereka nak membesarkan kita dari sekecil tapak tangan sampai sebesar pokok mangga belakang rumah.. (hehe.. gurau jer).. Rasanya kita jarang nak tanya mak ayah kan?? Betul tak?? Yang kita tahu kita dapat hidup sihat dan sempurna.. apa yang kita nak semua dapat.. keperluan untuk kita cukup.. tapi jarang..lebih senang cakap tak pernah pun kita fikir pasal jasa mereka.. Termasuk diri yang menulis nie.. kadang2 pun tak dengar cakap.. huh.. 

Antara orang yang paling besar pengorbanannya untuk kita adalah kat dunia nie adalah IBUBAPA kita.. bukan boyfriends/girlfriends/kawan2.. tapi IBUBAPA ye.. Cuba kita lihat kembali segala jasa2 dan pengorbanan mereka buat kita.. dari membesar, mengasuh, mendidik dan membimbing kita… Sebenarnya tugas tue semua dah bermula sejak kita dalam perut ibu lagi.. Ibu lah yang menjaga kita sewaktu kita masih dalam kandungannya.. memberi makanan yang berkhasiat, menjaga kesihatan dengan baik, berhati-hati dalam setiap pekerjaan untuk memastikan kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat.. Cuba fikir jap dan bayangkan serta rasakan jap.. Senang tak untuk seorang ibu membawa kandungan ke sana ke mari selama 9 bulan 10 hari.. dan juga saat2 nak melahirkan?? Senang tak?? Tanya pd diri sendiri jugak.. kerana diri ini juga pasti akan menjadi seorang ibu suatu hari nanti.. InsyaAllah.. Agak2 sanggup tak kita?? Jihad jugak tue kan. 

Cuba tanya pada kaum Adam la.. kalau Tanya kaum Hawa apa pun yang terjadi, mereka akan menempuhi jugak kan… agak2 mereka berani tak.. hehe.. mengarut plak ek.. Itulah fitrah dan fikrah kita manusia kan.. ada tugas masing2.. Ibu tugas dia lain dan ayah tugas dia lain plak.. 

Cuba kita senaraikan semua tugas ibuayah:
1 . Melahirkan kita (IBU)
2. Mengasuh kita
3. Menjaga kita
4. Membimbing dan mendidik kita
5. Membesarkan kita
6. Menyediakan keperluan, makan dan minum kita
7. Mendisiplinkan kita

Mungkin banyak lagi yang kita boleh senaraikan.. tue hanya diantar tugas2 ibuayah.. tapi bila tengok dari segi pengorbanan.. terlalu besarkan pengorbanan mereka kalau itu lihat sedalam-dalamnya.. Sejauh manakah terdetik dalam hati kita untuk membalas segala jasa-jasanya.. kalaulah dalam hati pun tak terdetik dan tak terniat untuk balas jasa mereka.. Lagilah nak lakukannya.. jauh sekali kot.. Urmm..

Seperti kata-kata nie “Seorang Ibu mampu untuk menjaga 10 orang anaknya dengan sebaik mungkin, tapi 10 orang anak tersebut belum tentu boleh menjaga seorang Ibunya” betul tak??

Kalau kita wat satu calculation tentang jasa dan pengorbanan IbuAyah kita.. belum tentu ia setanding dengan harga emas permata.. Jasa dan pengorbanan mereka jauh lebih mahal dari semua tue.. Pengorbanan mereka tak mampu untuk kita balas semuanya.. Terlalu besar sangat.. kalau takde IbuAyah belum tentu lagi kita boleh survive kehidupan nie dengan baik.. 

Jadi kita sebagai manusia dan juga anak kepada IbuAyah kita.. belajarlah untuk menghargai jasa mereka.. sementara mereka masih ada di dunia nie.. Ringankanlah bebanan mereka, jangan selalu sangat susahkan mereka dengan perangai kita yang boleh merisaukan ibuayah kita. Jagalah hati mereka, jangan kau sakiti. (ingatan untuk diri sendiri, sentiasa ingat mereka walau dimana jua kita berada..restu mereka tue lg penting yatie..^_^).

Ayah – Saya sayang ayah,, Ibu – Sayang Ibu.. Doakan Yatie jadi anak yang Solehah dan sentiasa taat perintah Allah.. Terima kasih kerana mendidik kami menjadi insan yang sempurna.. IbuAyah berbanggalah dengan kejayaan anak-anakmu..ia kerana berkat didikan dan bimbingan IbuAyah.. Terima kasih Ibuayah.. Jasa dan Pengorbananmu sentiasa ku kenang.. Ku ingin IbuAyah merestui apa yang ku lakukan.. Ku harap dapat membalas jasa2mu.. walau ku tahu diri ini tak mampu untuk membalas segala pengorbananmu untukku dari kecil hingga saat ini.. tapi izinkanlah diri ini untuk membahagiakan IbuAyah.. Amin.

“Ya Allah, kau berikanlah kesejahteraan, kesenangan, kebahagiaan serta taufiq dan hidayah-Mu buat kedua ibubapa kami..Mudah2an segala pekerjaan yang mereka lakukan diberkati dan diRahmati oleh-Mu..Amin”

Salam AidilAdha..
BerKORBANlah,, jangan sampai kita yang terKORBAN.. ^_^ hehe..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers