Tuesday, November 30, 2010
::Sabar Itu Indah::
Friday, November 26, 2010
Lafaz Yang Tersimpan RINDU
Assalamualaikum w.b.t..
Monday, November 22, 2010
Nukilan Khas Buat Sahabatku Tersayang.. AIN..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Gembira rasa hati nie.. rasa tenang sebab dapat tengok laut tadi.. best jugak la tetiba kawan ajak jalan.. g jumpa kawan dia je sebenarnya.. just follow dia je la.. ye la da lama tak jumpa kawanku yang sorang.. masa cuti sem nie la baru dapat jumpa.. tue pun bila dia dapat cuti.. kalau tak,, memang tak dapat la nak jumpa.. Ain..Ain.. ada2 aje la..
Tadi dia bawak tengok laut kat Kg. Sungai Lurus.. bukan tepi pantai tapi laut sebab xde tebing cuma ada jeti je.. laut la tue kan.. haha.. ntah, Ibu cakap camtu..dapat lepak jap je.. Sebab hari pun dah petang.. dapat tengok matahari terbenam.. Subhanallah..Cantik. Rasa cam tak puas tengok sebab dah kena balik..senja dah. (>_<)
Sunday, November 21, 2010
Meh Kita Mengenali Sape AL-IMAM HASSAN Al-BANNA
Wednesday, November 17, 2010
Pengorbanan... Berkorbanlah..
Friday, November 12, 2010
Ku Telah JATUH CINTA..(o_0)
Alhamdulillah semalam sempat lagi berusrah walaupun di dalam kesibukan menghadapi peperiksaan.. Syukur ke hadrat Ilahi masih lagi diberi kekuatan untuk bernafas di Bumi-Nya yang nyata..
Walaupun semalam penat baru lepas exam.. tak tahu lah kenapa diri ini rasa bersemangat sangat nak pergi usrah.. Biasanya kalau lepas abis exam atau kelas, bila kawan2 ajak pergi jalan2.. terasa berat je kaki nie nak melangkah.. yang ada dalam fikiran nak rehat puas2.. tapi bila sebut "USRAH" je jadi bersemangat.. Alhamdulillah syukur sangat sebab semakin lama semakin dekat untuk ke jalan-Nya.. Mudah2an dipermudahkan urusan ini.. Dah lame tak join usrah nie.. Sejak dah abis sekolah.. tercari-cari jugak kat mane.. Alhamdulillah akhirnya dipertemukan lagi cinta ini.. Harap dapat lebih banyak lagi PENGISIAN, TARBIYYAH dan ILMU untuk dijadikan SANTAPAN HATI dan ROHANI..
Semakin lama join usrah nie rasa semakin dekat sangat dengan yang Maha Pencipta.. Rasa ada satu KESEDARAN dalam diri.. boleh fikir secara RASIONAL bukan dengan EMOSIONAL.. teringat kata-kata akak naqibah usrah.. bila berkongsikan tentang masalah yang melanda diri..
Dengan USRAH la ape lagi..
Macam2 yang dah dipelajari.. tapi satu je yang masih belum berjaya lagi iaitu untuk menarik SAHABAT dan SAHABIAH yang rapat untuk join sekali.. xpela.. Jalan masih terbuka lagi.. Moga ada peluang lagi..
Mempelajari tentang USRAH.. mestilah kena tahu dan kenal asal-usul USRAH..
Banyak akak naqibah cerita.. yang masih saya ingat..
USRAH diperkenalkan oleh IMAM HASSAN AL-BANNA..
USRAH tue dalam bahasa Arab maksudnya KELUARGA..
banyak sangat akak naqibah cerita.. siap tunjukkan slide show lagi.. mengenai 7 peringkat yang Imam HAssan Al-Banna bina untuk menjadikan ISLAM sebagai Pentadbir Dunia.. seperti negara Amerika yang majoriti dikuasai oleh Yahudi.
Hurmmm...
Semalam kak naqibah cerita pasal.. 'MINiMUM REQUIREMENTS yang Allah bagi kat kita dalam Menjaga Aurat dan batas-batasnya...'
.......................bersambung...
Tuesday, November 9, 2010
Baby oh Baby...
Alhamdulillah.. dapat juga idea baru untuk di tulis.. walaupun keadaan diri yang tak berapa mengizinkan.. Semalam tiba-tiba je diserang dengan sakit kepala yang teruk.. bukan pening kepala yang xboleh bangun atau nak wat pape tue.. tapi nie sakit kepala yang berdenyut-berdenyut kat sebelah bahagian kepala je.. Nak study malam tadi pun dapat separuh je.. Urmm dugaan-dugaan.. Nasib baik kawan bagi ubat sakit kepala.. Lepas telan ubat tue terus lena.. Nikmatnya.. Ntah kenapa agaknya sakit kepala dengan tiba-tiba, adakah terlalu banyak berfikir?? Fikir ape ek?? huhu.. xpun sebab semalam berjalan tengah panas kot.. teman kawan pergi kolej.. Mungkin juga..
Tapi Alhamdulillah dah kurang sikit berbanding semalam.. At the same time, nak minta maaf banyak-banyak kat kawan-kawan yang ajak keluat jalan-jalan hari ini.. Sory sesangat mungkin xdpt nak join.. B'coz my condition is not good at this time.. takut susahkan korg yang nak happy-happy plak nanti.. Maaf ye..
eh2.. tadi nak citer kisah lain tetiba kuar peristiwa semalam plak.. hehe..
Kenapa ek diriku semakin hari semakin suka sangat kat baby or kanak-kanak.. suka sangat layan mereka.. rasa seronok sangat.. Tetiba terfikir bila la nak ada baby sendiri??.. haha cam kelakar plak.. (dalam hati dok teriak..Boyfriends pun xde, nak ade baby.. Mimpi je la.. huhu..) tapi memang tak dinafikan memang suka sangat tengok baby sekarang nih.. Mungkin dah ada sifat keibuan yang tertanam dalam diri kot..
Sekarang ni dah pandai dah nak ambil gambar dengan baby.. ntah anak sapa ntah.. nak jugak..
Gambar yang ada dalam koleksi.. banyak lagi sebenarnya.. xlarat nak upload da...
masa usrah minggu lepas.. jgn jeles..
bila kawan2 tgk gmbar nie..
dorg ckp : "sweet je gmbr nie..
tp kalau ada ssorg kat sblh tue lg sweet.."
sy ckp : "wah2 kwn2ku.. lmbt lg la..Msh dlm misi pencarian"
nie masa openhouse raya kat umah Presiden ISMA
nie kak nana.. lupe plak nme adik nie..
tp nie bukan anak akak nih..
nie masa kat umah kawan kat bangi..
masa wat majlis buka puasa..
nie kat Pantai Teluk Ketapang K.Terengganu..
dgn Aliya, anak buah Suzy..
Moga Suatu Hari Nanti dapat
Menjadi Seorang Ibu Yang Penyayang dan Solehah
Thursday, November 4, 2010
Warkah Cinta Berlagu Pilu
Assalamualaikum w.b.t..
Buat Sahabat Yang Ku Kasihi...
Pertama kalinya ku ingin memohon maaf kepadamu kerana tak dapat untuk menyampaikan warkah ini sendiri, kerana masa dan takdir telah mencemburuiku. Maaf ku pinta darimu andai dirimu membaca warkah ini mungkin diriku sudah berada ditempat yang jauh darimu. Maaf juga kerana ku tak dapat memberitahu ke mana aku pergi.. Biarlah Hanya Allah yang tahu Segalanya kerana dengan izin-Nya aku datang dan dengan izin-Nya juga aku pergi.
Sukar untuk ku gambarkan perasaan yang bersarang di dalam hati setelah sekian lama ku pendam. Mungkin kau tak pernah tahu atau dirimu sengaja untuk buat-buat tidak tahu dengan apa yang aku rasakan. Maaf sekali lagi dariku kerana ku tak mampu menyatakan maksud sebenar kerana demi menjaga kepentingan masing-masing. Aku tak mahu dirimu lalai dengan fitnah dunia kerana Wanita adalah fitnah dunia. Oleh sebab itulah aku hanya mendiamkan diri dan pura-pura seperti tiada apa yang berlaku walau jauh di lubuk hatiku ingin menyatakan yang 'Diriku Menyayangimu'.
Ingin saja ku luahkan apa yang terbuku dihati ini. Tapi aku takut untuk kehilanganmu. Kerana engkaulah sahabat yang membuatku tenang dan ceria. Alhamdulillah aku bersyukur punya teman sepertimu. Aku juga bersyukur kerana Allah telah mengutusmu untukku, untuk membantu menjadi manusia lebih baik dan sempurna.. Nasihat-nasihatmu sentiasa ku jadikan pedoman ke arah kebaikan, kau sentiasa mengajarku untuk bersikap positif dan berprasangka baik pada semua orang.
Sahabatku,
Aku tahu aku bukan yang sempurna, dari apa yang aku rasakan juga ku tahu diriku tak mampu dan tak mungkin untuk memenuhi ruang hatimu walau sebesar zarah sekalipun. Tapi itu semua telah ku Ikhlaskan dan Redha dengan kehendak takdir-Nya, mungkin ini hanya ujian untukku untuk melihat sekuat dan setabah mana Iman ku bila diuji.. Alhamdulillah kerana Allah masih memberiku peluang untuk mengecapi dan merasai kasih sayang-Nya dengan hampir. Dengan Ujian inilah ku semakin hari merasakan Dia amat dekat bagiku. Terasa tenang dan damai apabila sentiasa mengingati-Nya dan memuji nama-Nya setiap masa.
Sahabatku,
Maafkan aku kerana pergi menjauhimu.. bukan ku tak ingin lagi menjadi sahabatmu tapi kerana aku tak ingin melukakan hati sesiapa lagi dan aku juga tak dikecewakan lagi. Cukuplah kenangan lalu yang mengajarku erti sebuah kehidupan.
Duhai Sahabatku,
Ada perkara yang tak sempat untuk ku tanyakan padamu..kerana masa itu telah mencemburui kita. Aku ingin bertanya kepadamu Mengapa kau berubah?? berubah dari seorang yang ceria kepada seorang yang serius.. apakah masalah yang kau sedang hadapi?? kenapa kau tak pernah berkongsikan padaku?? Salahkah untukku mendengar cerita dan luahan rasa darimu?? atau dirimu menerimaku menjadi sahabatmu kerana simpati dan belas kasihan??
Pernahkau dikau tahu bahawasanya aku terasa hati dengan sikapmu itu.. tapi ku pendamkan saja kerana aku sayangkan persahabatan kita. Maaf kerana terpaksa ku luahkan juga. Jika dirmu tak ingin untuk menyatakan segala masalah yang melanda dirimu, tidak mengapalah sahabatku. Namun aku berharap kau sedar akan perubahan sikar dan dirimu itu. Mudah-mudahan kau sentiasa dibawah perlindungan dan Sentiasa mendapat Hidayah dan petunjuk dari-Nya. InsyaAllah..
Jangan kau tangisi dan bersedih hati serta berasa bersalah dengan pemergianku ini kerana ku telah memaafkan segala kesalahan-kesalahan pernah dilakukan. Walau sebenarnya ku tahu sepanjang persahabatan ini tiada pernah sekalipun kau ucap perkataan "MAAF" padaku atas kesalahanmu.. kerana dirimu terlalu ego dan bangga dengan sikapmu sendiri.
Diriku sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu.. Moga engkau bahagia dengan apa kau lakukan.. mudah-mudahan kau akan bertemu seseorang yang dapat membahagiakanmu.. moga segala cita-citamu tercapai. Hanya satu yang ku pinta darimu.. Jangan kau ulangi dan lakukan perkara yang sama dengan apa yang kau lakukan padaku. Ku ingin sekali kau sedar akan kekhilafanmu itu. Kerana Aku Sayang Padamu.. Walau diriku tiada lagi disisimu, percayalah bahawa doaku sentiasa mengiringimu.
Masih banyak sebenarnya yang ingin aku luahkan untuk pengetahuanmu.. Tapi masa telah membatasi.. Maaf Aku tak mampu lagi menjagamu.. Aku wakilkan yang Maha Penciptamu untuk menjagamu..
Sahabat Yang Ku Rindui,
Izinkan aku pergi dengan tenang dan doakan sentiasa berbahagia disana.. Amin.
"Sahabat yang Menyayangimu Dalam Diam"
Dengarkan DEndangan Lagu Ini Dariku Untukmu
Monday, November 1, 2010
Kolot ke?? Kalau Simple je..
Assalamualaikum..
satu persoalan tiba-tiba bermain difikiran..
Salah ke?? atau kolot ke aku nie??
kalau berpakaian 'simple' je dan bersederhana dalam berhias??
Dari kecil sampai sekarang bila dah meningkat remaja nie.. lebih selesa untuk mengenakan pakaian yang simple-simple je.. tak tahu la kenapa.. Bila berpakaian yang nampak 'vogue' atau meriah dari orang lain terasa diri nie diperhatikan dan dok dalam dunia lain plak,.. cam makhluk asing rasanya.. kawan-kawan pun selalu cakap.. "...kenapa ko pakai yang simple-simple sangat nie?? buat la style baru plak baru nak cantik dan ayu je.." huhu.. ayu ke?? pernah juga mencuba gaya baru.. kadang-kadang ada yang 'melekat' dan ada juga yang tak boleh diterima langsung..
Ayah selalu bising bila pakai baju yang pelik2 je... confirm ayah suruh tukar lain.. tak nak tukar jangan harap dapat ikut.. huhu.. Ayahku yang tegas walaupun nampak 'cool' je selalu.. tapi bab penjagaan diri ini anak-anak ayah memang tegas.. Ibu boleh la lagi nak pujuk-pujuk.. kalau ayah.. no..no..no.. jangan cuba nak melawan.. tapi Alhamdulillah dgn ketegasan ayah.. menjadikan diriku seperti sekarang.. TERIMA KASIH AYAH..!! kami sayang ayah..IBU AYAH sentiasa bertakhta di hatiku..!!!
Dalam Berhias diri plak.. memang kata orang 'failed' la.. ntah la xreti sangat.. hanya yang sedang-sedang je boleh.. Biasanya akan mengalas solekan dengan krim dan bedak compact.. dan lipstick @ lipsgloss shj.. Bila tengok kawan2 pakai make-up tebal2 dan mcm2 tempek kat muka teringin juga nak cuba.. tapi bila dah cuba rasa cam ada yang 'berat' kat muka.. huhu.. Susahnya menjadi diriku.. Semua xboleh nak buat..
Kata orang 'Biarlah apa orang nak kata asalkan kita tak ganggu hidup orang tue'.. Lebih selesa untuk jadi diri sendiri.. Suka nampak lebih 'Natural' dan tak hipokrit.. Sekurang-kurangnya boleh mengelak dari pandangan mata orang lain yang boleh membawa kepada kesan yang kurang baik.. terutamanya pandangan mata lelaki.. dan kita xlah berdosa dan tidak menjadi 'wanita fitnah'.. Hmmm...
Saya akui saya bukanlah seorang wanita yang alim atau wara' dan juga bukan seorang yang bertudung labuh.. saya masih memerlukan tarbiyah untuk membentuk hati dan diri ke arah yang lebih baik.. InsyaAllah. Saya diantara yang biasa dan sederhana sahaja.. tapi kebanyakan lebih selesa untuk berpakaian serba ringkas dan tak keterlaluan..
Peliharalah dirimu dari imej penggoda. Jadilah:
1. Wanita berwawasan.
2. Bersopan-santun pakaian dan tingkah lakumu.
3. Ingatlah bahawa tangan yang mengoncang buaian bukan saja dapat mengoncang dunia, malah mengoncang iman lelaki.
4. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dgn sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hambaNya itu berpasang-pasangan. Lelaki & wanita yang saling memerlukan. Sebahagiannya menjadi pembantu kepada sebahagian yang lain.
Kemuliaan manusia hanyalah dalam agama …. sejauh mana mereka dapat mentaati perintah Allah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada wanita dengan berbagai kelebihan. Syarat untuk wanita masuk syurga begitu mudah.
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Seorang wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya."
Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yg tak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibuka 8 pintu syurga yg mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab."
Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi 'alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin" maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya."
Pesanan buat Sahabat juga diri sendiri yang kadang-kadang leka dengan Duniawi