Blogger Layouts

Wednesday, January 30, 2013

#Wordless Wednesday

LOVE is BLIND...!!!

So True..

But..

Our Heart Never Be Blind To Make A Right Decision

Am I Right???

Think It Deeply and Open Your Eyes, Heart and Mind

Allah Knows Better..



Sincerely : Atiey

Masalah Hati

Hati tak boleh dipaksa..
Walau dipujuk dan dirayu sekalipun..
Sekiranya hati tak ikhlas..
Segalanya takkan mungkin..

Maaf aku tak mampu untuk memaksa diri sendiri saat ini..ku tak mampu.. Hanya Allah yang mengerti isi hatiku..Ya Allah kuatkanlah hambamu ini..Bukan tidak sudi namun..keyakinan dan kekuatan diri masih belum cukup kuat untuk membuktikan bahawasanya ada keikhlasan untuk menerima diri ku seadanya.. Allahu Akbar..Ini sebuah dugaan dan ujian buat hati untuk membuat pilihan..Semoga aku terus tabah dan tidak membuat pilihan yang salah..


Maafkanku wahai Teman..Semoga ada bahagia buatmu..
Hati ini masih tak mampu..untuk dipaksa..

Sunday, January 27, 2013

Jangan Mulakan Kalau Tak Ikhlas

Kadang-kadang kita tak sedar yang kata-kata yang di anggap biasa tu dah mengguris hati orang lain.. Am I Right?? Kita tak pernah sedar sebenarnya, hati manusia ni berbeza-beza..ada sesetengah orang yang boleh tahan dan layan dengan gurauan dan kata-kata kita..tapi ada juga yang kita cakap sikit je dah terasa.. Bak kata pepatah Melayu.. "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar"

Apa perasaan kita kalau tiba-tiba orang, kawan lah terutamanya yang paling terdekat.. Kawan kita cakap "Eh ko ni dah gemuk la.." tak pun "ko nie tak makan ke?? Kurus je..cuba makan banyak-banyak"
Tapi sebenarnya kita terfikir tak apa yang kita cakap tu umpama kita melawan dan menafikan ciptaan Allah.. Cuba tanya pada orang yang gemuk atau kurus, Seronok tak jadi sedemikian rupa?? Sudah pasti jawapannya tidak.. sebab.. Hari2 orang tegur.. Stress right??

Saturday, January 26, 2013

Terima Kasih MARA

Assalamualaikum..
Alhamdulillah semalam 25/1/2013..
Saya telah menerima sepucuk surat dari MARA..
Permohonan pengurangan pembayaran balik pinjaman pelajaran MARA untuk Diploma yang lepas telah berjaya diluluskan..Bersyukur sangat..dari jumlah yang kalau diikutkan sampai cucu cicit pun belum tentu habis bayar..Akhirnya boleh menarik nafas lega..dan boleh senyum sampai telinga..

Jika sebelum ni..surat penangguhan diterima..dan jadual pembayaran balik pinjaman dikeluarkan..dengan jumlah yang.. -__- tak mampu digambarkan dengan kata2..dan jangkaan bayaran pinjaman sehingga tahun 2026..opppsss masa tue mungkin sudah ada anak lima kot..huhu..hutang masih keliling pinggang..camano nie ha..??!!

Tapi dengan penerimaan surat ni..
Dari jumlah yang begitu.. *pengsan jap fikir nak bayar..
Jadi kepada jumlah yang sedemikian..Alhamdulillah.. 
Bersyukur yang teramat sangat..boleh kurangkan sikit beban hutang ni..
Dah lam degree ni ditanggung oleh PTPTN..
Nasib baik jangkaan PTPTN letakkan dalam perjanjian adalah 3 tahun..tapi xlebih RM20000..
Tapi saya belajar dalam masa 2 tahun..mungkin lepas habis 2 tahun..kena buat penutupan akaun terus..
Untuk mengelakkan hutang semakin bertambah..xnaklah ambil semua..
Memanglah best seronok dapat duit beribu2..tapi duit orang pinjamkan..
Cukup tempoh kena bayar balik maa..
Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna..
Ambil langkah berjaga-jaga..lebih baik xyah ambil duit itu..

Okey, masalah hutang dah selesai..
Terima Kasih MARA..

Thursday, January 24, 2013

Perkongsian : MAKANAN YANG BOLEH BUAT JADI PELUPA

    1. Banyak makan epal yang sudah masam.
    2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.
    3. Banyak makan bawang besar.
    4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
    5. Memakan kepala ikan.
    6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
    7. Makan sehingga terlalu kenyang.
    8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
    9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
    10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
    11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
    Sumber dari : Harian Islam

Wednesday, January 23, 2013

Semoga Cintanya Mekar Dihati

..Salam Maulidur Rasul..
Esok ialah hari lahir keputraan Rasulullah SAW..
12 Rabiul Awal
Seorang Rasul yang paling agung di muka bumi ini..
Kekasih yang selalu mengingati kita setiap masa...
Itulah Rasul kita ♥~
Nabi Muhammad SAW ♥

**** اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ****

Mari kita bershalawat keatas nabi sama2 :) 
♥ آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ♥ :) آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ:) ♥ آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ♥ :) آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ:) ♥ آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ♥.

Semoga Cintanya terus mekar dihati kita setiap masa dan ketika..
walau dimana jua kita berada..
 Semoga kita sentiasa membasahkan lidah kita dengan ke atas Nabi serta zikrullah setiap masa..
Jadikan ia satu amalan kita..Bukan hanya berselawat pada hari kelahiran Nabi sahaja..
InsyaAllah..Semoga istiqamah..

Tuesday, January 22, 2013

Mahal Sangat Ke "MAAF" tu??

Assalamualaikum sahabat sekalian..

Pernah tak anda berkawan dengan kawan yang sangat susah nak mengaku salah apatahlagi nak minta maaf..memang sampai ke sudah tak dapat..sangat ego..??
Kat dunia ni ada macam2 manusia Allah jadikan dengan pelbagai ragam dan rupa..ada yang baik, kurang baik, cantik, kacak, macam2lah..semuanya ciptaan yang sempurna..Alhamdulillah..Hanya kita yang menilai seseorang yang kita kenal tu dengan macam2 penilaian..stereotype..

Dalam kita berkawan, kita nak jadi yang terbaik untuk semua kawan2 kita,,dalam erti kata lain xnak lah bermasam muka..biarlah semua happy je. Tapi tak semua yang kita nak kita dapat..Berkawan..kawan juga, takkanlah kita seorang je yang kena jaga hati kawan sedangkan kawan kita tak pernah fikir pasal kita pun..tak pernah faham perasaan kita..Adilkah begitu?? Mestilah tak..Kesabaran ada batasnya..

Susah sangat ke nak sebut perkataan "MAAF" "SORRY" "BIYANEE"..atas kesalahan yang dibuat..bukan tak nak maafkan kesalahan orang tu tapi sekurang2nya dengan kata MAAF itu dah cukup untuk buat kita tenang..Mahal sangat ke maaf dia kat kita..Atau siapakah kita ni dipandangan matanya..Kawan atau hanya orang yang boleh dibuli..

Monday, January 21, 2013

Keyakinan dari Sebuah Usaha

Bukan tak percaya..tapi belum ada keyakinan untuk menerima dengan hati yang terbuka..
Sorry If I always ignore you.. >_< Coz I Love Myself..

Tiada siapa yang tak rasa seronok dan suka sangat bila ada orang minat @ admire kita.. yela kita nie manusia biasa, tak lawa dan tak secantik ratu cantik kat luar tue..Tapi itulah kehidupan, perasaan itu hadir tanpa di duga dan disedari.. itu yang selalu orang kata CINTA ITU BUTA..

Tapi bila bukan seorang yang admire kat kita..mesti pening..huhu..selama ni kita je yang admire kat orang..tiba2 orang pula admire kat kita..tak berbunga-bunga je selalu..kembang setaman..musim luruh terus tukar jadi musim bunga..

Tapi hakikatnya dalam kegembiraan dan keterujaan kita kena bijak berfikir..sebab dan musabab apakah si dia admire kat kita..

Sorry to say,, sebenarnya saya masih kurang yakin dengan orang yang admire kita tapi dalam masa yang sama dia takde usaha untuk bersuara dan cuba menyelami dan mendekati kita,, bukan saja dari perwatakan kita tapi juga dari pendirian kita..

Thursday, January 17, 2013

Let It Go Freely..!!


Sudah sampai masanya untukku berhenti mengharap sesuatu yang tak pasti..
Jagalah hatimu sendiri lebih dari kamu menjaga hati orang lain..
Biarlah Allah menjadi pemilik abadi untuk menjaga diriku dan dirinya..
InsyaAllah semoga dengan izin-Nya..Hatiku akan kembali tenang..Amin..

Santai Malam..Mencari Ruang Rindu..
Subhanallah..

Sunday, January 13, 2013

Hanya Tuhan yang Tahu

Di Malam yang dingin ini..
Masih lagi menanti sebuah jawapan..
Dan masih lagi mencari dan ingin merungkai sebuah persoalan..
Yang masih tiada jawapan..
Ya Allah..
Apakah jawapan sebenar untuk segala persoalan ini..
Masihkah aku punya peluang untuk mengetahui rahsia tersembunyi itu..
Yang masih Kau rahsiakan dariku Ya Allah..
Terus Menanti dan terus mengharap seribu Rahmat-Mu Ya Allah..
Walau ku tahu ia tak semudah yang di sangka..
Tapi aku terus tetap kuatkan semangat dan menyimpan hasrat untuk sebuah jawapan itu.

Sungguh aku bukan manusia sempurna..
Tapi bukan bermakna aku boleh dipermain-mainkan..
Seandai dirinya ingin mengenaliku lebih dekat..
Ku harap..
Carilah jalanmu untuk berterus terang..
Bukan hanya menyebarkan khabar angin yang tidak diketahui asalnya..

Sesungguhnya Allah sentiasa dekat dengan kita..
Andai tidak mampu dan tiada kekuatan untuk berterus terang..
Mohonlah pada Allah
Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan..
Amin..
Semoga Dirimu bahagia selalu..
Dan berada di bawah Rahmat Allah..

Sunday, January 6, 2013

Cari Pasal!!

Memang sengaja kan nak cari pasal..daripada orang tak ambil peduli dan tak kisah..sekarang jadi makin benci pula dengan perangai annoying dia tu..Tolonglah makin lama makin menyampah tengok.. Bukan sebab dia tak menghiraukan tapi sebab dia tak pernah berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan cara sendiri dan berterus terang sendiri..Ini tidak..jaja semua cerita pasal kita pada orang lain dan kawan2..Padahal tuan punya badan tak tahu apa-apa dan tak bersalah dalam semua hal ini. Is it Fair??????????
Kadang2 nampak dia rasa nak lempang laju2 je..nasib baik tahap kesabaran dan kewarasan masih tinggi. Kalau tak confirm dah malu depan orang. Kalau sebelum takde sapa yang kenal kita, tiba-tiba je sekarang dan macam orang hilang yang dicari tu "WANTED" ada kat dahi. Takde sapa pun kenal kita sebelum ni, walaupun orang tu pernah jalan sebelah lagi tapi buat tak kenal je. But now, everything gonna change..change everything. Dah macam penjenayah je..jalan sana orang pandang-pandang, jalan sini orang tunjuk-tunjuk..What the **** is it?!! Kau sapa nak pandang aku camtu.
Dari siapa lagi cerita ini tersebar kalau bukan dari dia yang sangat annoying. Rasa nak tikam-tikam je. Cerita kat orang lain berani pula, tapi cerita kat empunya badan tak berani..tak gentlemen langsung. It's not the matter if he does not like..I don't care anything but now the things is WHY OTHERS PEOPLE (HIS FRIENDS ACTUALLY) LOOK AT ME LIKE CRIMINAL??!!
Cuma mengharap satu benda, mudah2an Allah sentiasa lindungi diriku dari bahaya fitnah dan segala keburukan. Saya tak takut kalau orang tak suka kat saya, atau sengaja mempermainkan saya, tapi perkara sangat saya risau adalah seandainya timbul FITNAH tentang diri ini..sedangkan diri sendiri tak pernah ada kena mengena dengan dia..
Ya Allah sedang aku ingin mengetahui jawapan sebenar, semakin banyak dugaan dan ujian yang kau berikan untukku..Mudah2an aku menghadapinya sehingga bertemu dengan kebenaran itu. Mudah2an Allah lindungi hatiku ini dengan Rahmat dan petunjuk-Nya. Amin.
Its true, semakin kita cuba menjadi kuat, kita sebenarnya bukan sekuat yang disangka..jadi kepada dia,.tolonglah jangan buat macam tu lagi kat orang lain. Selalgi diri ini mampu untuk bertahan, InsyaAllah Allah sentiasa ada dekat dengan kita.

I HOPE THAT THIS ANNOYING THINGS WILL BE SOLVE SOON..AMIN
Please pray for me!! Hope Allah has His way to solving. The Beauty Of Test.

Saturday, January 5, 2013

6 PESANAN UNTUK WANITA


1. Jaga solat pada awal waktu.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

Friday, January 4, 2013

Keep In Silent!!!

To That Somebody from Nobody : 
FIRSTLY, SORRY FOR MISSING YOU IN SILENT !!!

Maafkan diri ini kerana tak mampu menahan perasaan itu..Namun biarlah ia menjadi antara diriku dan Tuhan yang maha Mengetahui. Siapakah dia?? Apakah yang terjadi?? Mengapa ia Terjadi?? Bila ia bermula?? jangan dipersoalkan..kerana perasaan yang secara azali tanpa sebarang paksaan. 

Sudah ku cuba untuk menghindar tetapi ia datang mendugaku semakin kuat.. MAafkan aku!!
Biarlah ia menjadi Rahsia..
Sesungguhnya aku tahu bahawa apa yang terjadi antara aku dan dia telah direncanakan-Nya. Mungkin hadirnya untuk menguji dan mungkin juga untuk itu sebuah petanda baik.. BIarlah TUhan yang tahu..Mungkin satu saat nanti segalanya akan terjawab..InsyaAllah..

Terima Kasih kerana telah membahagiakanku..!!

Daisypath Happy Birthday tickers