Blogger Layouts

Thursday, August 23, 2012

Coretan Ramadhan Syawal

Ramadhan Dihayati
Alhamdulillah pada tanggal 26 Ramadhan saya telah selamat sampai ke kampung halaman..lepas habis kelas terus cabut pergi terminal bas..tiket bas kul 1.30 ptg,so kena la rushing sebab kelas habis 12.30..tak pasal2 lambat tertinggal bas..tak dayo den rayo soghang..
Bermula ke'busy'an ku membantu ibu didapur, dari tolong ibu buat kuih raya..  
 ni kuih semperit dan biskut badam..mak yang buat..saya tolong je..
 yang ni barulah saya yang buat,., cornflakes chocolate
yang ni pun saya yang buat..cuba2 je..
kek batik milo...
tapi sebenarnya kurang menjadi sikit..

Sibuk memanjang sampai raya..Masak2 untuk hantar ketupat kat rumah sedara dan jiran2...dah menjadi kebiasaan kami..setiap kali raya mesti akan mengunjung ketupat ke rumah saudara..tempat lain mungkin xde macam ni..Tapi walau sibuk macam mana letih sekalipun tanggungjawab tetap ditunaikan..walaupun ia hanyalah sunat yang digalakkan tapi datangnya setahun sekali..rasa sayang nak tinggalkan solat Tarawikh.. Alhamdulillah sampai ke penghujungnya dapat bersama2 berjemaah di masjid. 

Syawal Dirai
Coretan syawal yang mungkin tahun ni agak suram..sebab nenek sebelah ayah telah pergi ke alam baqa' beberapa bulan yang lepas..kebiasaannya kalau ada arwah nenek,mesti sedara2 jauh datang beraya..walaupun biasanya nenek memang xde kat rumah..sebab beraya dengan pakcik atau makcik..iaitu abang dan kakak ayah. tapi disebabkan rumah pakcik dan makcik dekat2 je..jadi memang sedara2 singgah rumah selalu. tapi tahun ni berbeza sikit..

Friday, August 10, 2012

Cerita Si Perantau

Selamat Pagi Jumaat..penghulu segala hari sahabat2 sekalian..

Alhamdulillah dah 21 hari kita berpuasa..Diam tak diam tinggal lebih kurang seminggu je lagi kita akan sambut hari Raya..Terasa cepat masa berlalu..Ramadhan hampir tinggalkan kita lagi tahun..Cepat betul ia pergi..Adakah kita dah congak diri kita kat mana kita sekarang..?? banyakkah amalan kita sepanjang Ramadhan ini?? Ada perubahan atau tidak berbanding tahun yang sudah..Jika ada peningkatan saya ucapkan SYABAS dan Tahniah buat anda!!! tapi yang masih sama janganlah kecewa..InsyaAllah boleh diperbaiki lagi..Mudah2an sentiasa istiqamah dalam beribadah..

Tapi sebenarnya ada lagi yang paling menarik untuk diceritakan bila raya nak dekat ialah..Nak Balik Raya!!! Of Coz paling best dan paling mencabar juga kadang2..Terutamanya kepada yang menjalani hidup sebagai perantau di negeri orang..Mana tidaknya..Mula je puasa dah fikir nak beli tiket balik..padahal balik kampung sebulan kemudian..

Thursday, August 9, 2012

Wordless Story - "Touching"

Allahu Akbar..Nape la tiba2 cepat sangat touching pula malam ni..entah angin mana datang bawa virus touching nie entah..Tiba2 je datang..Sedih..sedih..sedih..Ya Allah kuatkanlah hatiku..

Alhamdulillah mula rasa tenang lepas terawikh tadi..Tapi tiba2 pula jadi tak sebak dan sedih..Ya Allah..kenapa dengan aku ni.. nak kat banyak masalah..tak juga..Tiba2 pula hati ni nak touching..adoiyai hati..Napa la sedih sangat ni..

Mula2 pakcik berukband buat hal..macam nak minta kena baling kat dinding je..Adoi la time ni la dia nak rosak2 bagai..Itu adalah situasi yang membuatku marah..tapi sebenarnya saya tak boleh marah..kalau marah saya pun jadi touching..itulah penyebabnya kot.. Then, tiba-tiba saya nak hiburkan hati sendiri yang duka lara ni, tiba2 pula ada orang tegur..lagi lah bertambah2 touching..Sorry to the person..I'am in craving too much this night..Sorry nak diam je tak nak dah bising2 pasni..Sorry..Ayat macam touching..Huhu..Takpela..biarlah aku jadi diri sendiri..Salah ke nak hiburkan hati sendiri..Selama ni mereka bising, I don't care anything, but when my time other person disagree.. Ok fine. Saya Salah dan tak nak buat lagi..

Tiba-tiba teringat mereka..Rindu mereka sangat-sangat..huhu..

Wednesday, August 8, 2012

10 Malam Terakhir Ramadhan

Alhamdulillah..malam ni dah masuk malam ke 20 Ramadhan..Sampailah kita ke 10 malam yang terakhir Ramadhan yang di mana di dalamnya terkandung satu malam yang lebih dari 1000 bulan iaitu Malam Lailatul
Qadar..
Setiap orang Muslim yang beriman pasti merasakan kenikmatan untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar ini..sama lah seperti diriku yang mengharap agak dapat bertemu dengannya..Namun Allah lebih tahu segalanya..Apa yang harus dilakukan adalah berdoa beramal dan beribadahlah sepanjang masa di dalam bulan Ramadhan ini untuk mengutip segala ganjaran yang besar dan bermanfaat ini yang datangnya hanya Setahun sekali..

Thursday, August 2, 2012

Rindu Tarawikh kat Bangi

Di Malam yang dingin ni..tiba2 teringat kenangan lalu..tiba2 datang kerinduan nak Solat Tarawikh kat Bandar Baru Bangi.. Rindu Sangat2 nak ke sana lagi..maklumlah dah 3 tahun bermastautin di sana.. Bila dah jauh baru rindu..Nak buat macam mana perjuanganku di sana telah pun tamat..

Sekarang Berada ditempat yang baru dengan suasana yang baru, pertama kalinya Solat Tarawikh di Melaka..Dah hampir 2 minggu kita berpuasa. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan urusan..dapatlah juga kiranya bertarawikh di Masjid di Masjid Fathur Rahman, Melaka yang letaknya di tengah2 bandar..Kalau dari Kolej Kediaman kami jauh jugalah nak berjalan..Tapi itu je yang tempat kami yang untuk bertarawikh, walaupun jauh ku gagahi jua..Nie je la masa yang kita ada setahun sekali jumpa dengan Ramadhan..Entah dapat jumpa lagi dengan Ramadhan akan datang atau tidak Waallahua'lam..Allah jua yang tahu.
Daisypath Happy Birthday tickers