Assalamualaikum...
Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata seorang sahabat... terasa benar hati ini dengannya.. tapi walau apapun yg terjadi aku harus tabah dan kuat... Bukan ku pinta untuk menjadi begini kerana itu kehendak dan ketentuan Yang Maha Pencipta buatku... Anugerah dari-Nya, Syukur kerana ku dapat merasai kenikmatan kehidupan dunia... Alhamdulillah...
Ntah kenapa dan bagaimana tiba-tiba hati nie terasa sangat dengan kata-katanya bagai tertusuk dek duri yang tajam.. kenapa susah benar semua orang untuk memahami diriku.. aku hanya insan kerdil yang tidak dapat menolak segala ketentuan-Nya walau telah ku cuba melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar.. Hanya mungkin belum merestui dan memakbulkan doaku ini...
Kadang-kadang ada juga rasa rendah diri, kurang yakin dan sedih mengapa aku tidak seperti orang lain.. kadang-kadang aku menjadi seperti orang yang tidak tahu bersyukur.. Astaghfirullah Al-Azim.. mungkin dek kerana kawan-kawan yang selalu mengatakan diriku kurus, kecil dan sebagainya.. yang dilemparkan buat menyatakan diriku mahupun jua memanggilku dengan panggilan tersebut... kadang-kadang jua diriku tertekan dengan keadaan sekeliling..
Namun apakan daya, telah ku cuba lakukan pelbagai cara, usaha, ikhtiar untuk menambah dan menaikkan berat badanku.. tetapi hasilnya masih ditahap memuaskan... walau bagaimanapun aku tak pernah berputus asa untuk mencapai apa yang aku inginkan..
Ya Allah berilah aku kekuatan serta petunjuk-Mu untuk tabah dan kuat semangat bak serikandi Islam yang unggul.. SUMAYYAH...
Mungkin kerana genetik keluargaku yang hanya kecil dan comel.. itulah sebabnya juga aku sama sepeti mereka.. tapi ku tak pernah peduli apa yang orang katakan.. yang penting aku bahagia.. biarlah jika tiada orang sudi menerimaku sebagai kawan. teman, kekasih atau sebagainya.. itu terpulanglah pada diri mereka sendiri.. kerana aku tahu setiap punya kelebihan dan kekurangan sendiri.. Itulah keindahan yang Allah ciptakan buat makhluknya... aku percaya pada janji-janji Allah bahawa suatu hari nanti pasti ada orang yang boleh menerima diri kita seadanya... Walaupun Aku hanya bersaiz "S"...
InsyaAllah...
CETAPHIL BABY MOISTURISING BATH & WASH REVIEW
4 years ago
No comments:
Post a Comment